Kesempatan yang ada harus dipergunakan sebaik mungkin dalam karier kehidupan seharian kita. Demikian jugalah kepada puak-puak photographer. Setiap detik yang berharga itu akan diabadikan menerusi rakaman imej, sebagai kenangan, catatan perjalanan hidup, hobi dan sebagainya mengikut justifikasi masing-masing. Justeru pada kali ini ingin saya kongsikan beberapa foto yang sempat saya rakamkan secara kebetulan apabila melalui tempat tersebut. Maklumlah bila sudah menjadi hobi beg kamera sentiasa berada dengan tuannya. Mari kita mengertikan nikmat mata yang diberikan olehNya dengan melihat segala kurniaNya.
Foto 1# Senja Nan Merah. 1/2000 sec, at f/5.6, ISO100, Canon 75-300mm.
Pertama kali menghampiri kumpulan subjek, kelihatan agak cemas dan agak berwaspada. Saya terpaksa duduk mencangkung dengan bantuan kekuatan kaki dan lengan kerana terlupa membawa tripod atau monopod. Dalam situasi seperti ini saya kerap menggunakan monopod untuk mengelakan gegaran pada kamera. Tetapi kali ini terpaksalah menggunakan monopod semulajadi kekuatan kaki dan lengan.
Foto 1# Oh Bangau. 1/1000 sec, at f/5.6, ISO100, Canon 75-300mm.
Menantikan saat untuk mendapatkan sudut komposisi seperti ini membuatkan lutut dan lengan saya menjadi letih dan lengu. Kali pertama menghampiri subjek, kelihatan seperti kurang selesa dan ada petanda subjek hendak terbang. Tetapi agak bagus dengan pergerakan saya yang agak perlahan membetulkan posisi badan akhirnya subjek kelihatan tenang dan sedia memberi pose pada saya.