Foto 1. Perairan Bohey Dulang(Air Dulang) dari Kemuncak

Semporna sememangnya begitu terkenal dengan keindahan panorama lautnya. Siapa pun yang balik dari apa-apa aktiviti di daerah ini pasti akan kembali lagi pada suatu hari kelak. 

Alhamdulilah akhirnya berjaya juga Trip Outing Siri 2 yang berlangsung bermula dari 12 Nov-15 Nov 2012. Bermula dari tanggal 12 Nov pergerakan rakan-rakan bermula dari Kota Kinabalu, ada  yang menaiki kenderaan sendiri dan ada juga yang menaiki bas dengan masa perjalanan hampir 12 jam. Perasaan begitu berkobar-kobar bagi rakan-rakan Geng Photographer yang buat kali pertama mengikuti outing ini, mana kan tidak, melihat dari jendela hotel Seafest sahaja, perasaan begitu teruja dengan keindahan laut Semporna dan turut kelihatan dari kejauhan kemuncak Pulau Bohey Dulang.

Foto 2. Kemuncak Bohey Dulang


Seawal jam 3.50 pagi kami telah pun bersiap sedia untuk memulakan perjalanan dengan menaiki bot Kembara Pulau dan menuju ke Pulau Maiga sebagai destinasi pertama untuk merakam panorama matahari terbit di sebalik kemuncak Pulau Bohey Dulang. Nasib begitu menyebelahi kami, kerana pada pagi tersebut cuaca amat baik dan kami tak melepaskan peluang untuk merakam sebaik yang mungkin panorama menjelang golden hour.


Foto 3. Mentari Pagi di Pulau Maiga


Sebaik sahaja tugasan pertama selesai, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Bodgaya, namun cuaca tidak begitu baik, kerana ketika kami tiba di perairan pulau tersebut langit kelihatan mendung. Sebagai tips kepada rakan-rakan fotografer yang hendak berkunjung ke daerah Semporna, cuaca di daerah ini begitu pantas bertukar-tukar. Sekejap mendung, sekejap hujan dan cerah. Namun kami tidak berputus asa, perjalanan diteruskan lagi ke destinasi ketiga iaitu misi menawan kemuncak Bohey Dulang.


Foto 4. Rakan-rakan Geng Photographer menuju ke Pulau Bodgaya

Destinasi ketiga ini begitu mencabar dan mengundang risiko. Setiap pengunjung ataupun fotografer wajib mendaki bukit yang cerun dan licin. Masa yang diperlukan ialah kira-kira 40 hingga 50 minit dan bergantung kepada kecergasan kalian. Meskipun letih membawa bebanan kelengkapan kamera namun hati kami begitu berdebar-debar menantikan saat manis tiba dikemuncak dan merakamkan sebaik mungkin panorama perairan Bohey Dulang. Dan dari sejarah namanyapun telah memberi maksud Bohey Dulang sebagai Air Dulang. Jadi tugasan sukar yang perlu dilaksanakan oleh para fotografer ialah merakam panorama lautan sehingga terbentuk seolah-olah sebuah dulang besar kelihatan depan mata. Dan ini telah dapat dirakamkan dengan perbincangan dan kerjasama yang ada di kalangan Geng Photographer. Akhir kata pengalaman merakam panorama indah dari kemuncak Bohey Dulang begitu menyeronokan dan pasti kalian akan habis ruangan memori kad sehingga 8gb atau lebih....sampai jumpa lagi pada siri laporan Bodgaya....

Foto 5. Geng Photographer Kemuncak Bohey Dulang

Setelah misi outing part 1 ke kepulauan di Semporna pada bulan mei yang lepas, rasanya memang tidak puas lagi berada di sana. Justeru sekali lagi Geng Photographer akan berentap ke semporna pada 13-15 Nov 2012 ini.

Bagi rakan-rakan yang berminat bolehlah kita pergi bersama-sama, untuk merakam keindahan semulajadi kepulauan Semporna seperti Pulau Maiga, Pulau Bohey Dulang, Bdgaya dan Sibuan. Sesungguhnya keindahan panorama pulau ini, begitu mengasyikan dan pastinya memori kad kalian akan full...jumpa di sana...

Akushatra BlackBerry®

Alhmdulilla sempat juga kemaskini blog ini. Rasanya sepi blog yang saya khususkan untuk berbicara tentang dunia fotografi semejak kebelakangan ini.

Dan kali ini saya hendak memaparkan keindahan pantai dan teluk meruntum yang berhampiran dengan daerah kecil Putatan. Tempat ini begitu cantik dan punyai unsur yang menarik. Susunan ranting kayu berhampiran pantai begitu seronok dirakamkan terutamanya ketika sunset dengan stail slow shutter.

Manakala di bahagian teluknya pula, menghidangkan panorama perumahan atas air dan ini juga turut menarik minat saya untuk merakamkannya. Apa tak lagi keindahan langit ketika itu amat menarik. Bagi rakan-rakan yang hendak berkunjung ke tempat ini untuk merakam keindahan tempat ini, datanglah ketika menjelang matahari terbenam.

Akushatra BlackBerry®

PENGIKUT