Assalamulaikum, salam sejahtera, selamat menyambut hari natal dan yang pastinya tahun baru 2011 akan menjelang tiba hanya seketika sahaja. Entry kali ini saya memaparkan beberapa hasil karya dari kalangan rakan photographer dan blogger, diharapkan rakan-rakan merestui entry ini. Niat saya bukanlah untuk tujuan mengaut keuntungan sama ada secara komersial ataupun tidak, tetapi hanyalah sekadar mengkagumi, menghormati, dan menyanjungi hasil ketipan kamera saudara/saudari sekalian. Berikut adalah beberapa hasil foto rakan-rakan saya.
Saya salah seorang yang meminati foto yang ditampilkan dengan impak "bokeh" rasanya amat seronok bila melihat foto seperti ini. POI pada foto ini pada saya ialah pada kesan bokeh itu sendiri yang menampilkan subjek utama. Bukan senang mengambil foto sebegini, bepeluh juga dibuatnya.Congra tuan ketip-ketip Sasa
Bila melihat foto ini saya terus tertarik kepada kesan background yang menakjubkan. Penampilan bukit yang pelbagai lapisan ditambah lagi dengan kekuatan impak Mt Kinabalu, siapa yang tidak terpikat dengan foto ini. Saya fikir POI pada foto ini ialah seperti apa yang telah saya ungkapkan tadi. Syabas saudara Afzan, teruskan menghasilkan karya hebat sebegini.
Saya tidak dapat menafikan bahawa hasil karya ini memang amat bagus. Dan saya amat meminati foto berkonsepkan "silhouette" yang diolah dengan Strobist. Keunikan pada penampilan tekstur badan manusia tersebut meninggalkan cerita yang berbentuk teka teki " siapakah gerangannya"?. Syabas saudara Cayril saya peminat hasil karya awak.
Sejak berkecimpung dalam dunia fotografi ini, saya punyai impian untuk menngambil foto sehebat ini, namum apakan daya poket selalu kempis. Jadi lambat lagi la untuk memiliki lensa power macam saudara Redzlan ini. Foto ini amat menghiburkan dan menghairankan, bukan senang mengambil foto-foto seperti ini, susah, payah, bepeluh dan yang pastinya tuan punya foto ini penyabar orangnya. Kalau tak penyabar asyik angkat kaki la jawabnya.
Selalunya foto-foto macam ini, saya saksikan menerusi iklan-iklan besar syarikat insuran, kewangan, pendidikan, MAS, Air Asia dan pelancongan. Bila melihat foto saudara Daniel ini, saya fikir beliau sememangnya photographer seperti yang saya sebutkan tadi. Foto ini memberikan kita impak harmoni, aman damai, dunia kanak-kanak yang menyeronokan dan keasliaan. Bila la saya dapat ambil photo sebaik ini. Awesome photo bro.
Saya gemar mengambil foto-foto macam ini dan foto ini memberikan saya inspirasi bagaimana meletakan unsur-unsur menarik di dalam foto. Saya fikir POI pada foto ini ialah pada bayangan subjek seperti kapal dan diperkemaskan lagi dengan kesinambungan bukit bukau. Dan yang hebatnya lagi ialah matahari betul-betul bulat kemerahan. Syabas bro Gidong mahu minta ajar ni.
Dari foto ini saya suka cara photographer menampilkan raut wajah subjek. Subjek kelihatan amat ayu, cantik dan mempersona di sebalik kebijaksanaan photographer menampilkan si cantik dengan menggunakan teknik "border in framing".Tahniah bro saya suka cara dan aliran pemikiran serta teknik yang saudara ketengahkan.
Demikianlah beberapa penilaian yang sempat saya berikan kepada beberapa otai tersebut. Mohon maaf sekiranya penilaian saya kurang tepat dan menjatuhkan hukuman yang tidak adil. Saya juga seperti photographer yang lain, budak baru belajar". Sekalung penghargaan saya tujukan kepada otai-otai kerana membenarkan saya memaparkan hasil-hasil karya tersebut.
Sharif Putra
KK-Sabah
14 ulasan:
Memang menarik semua pic tu.... paling suka pic hasil sentuhan c sasa.... mmg cantik...
Good and nice review la bro..! nice job..! ;)
thanks bro..memilih pic saya....kredit ti bro shatra
Tq Fuziani sya sekadar mengkagumi bakat rakan2 tersebut
wah, tingkiu bos..
@Fuziani JSR: terperasan jugak dgn komen kak fuzee di situ. tingkiu kak, ekceli bro shatra ni selalu jadi tempat aku merujuk dan mempelajari bidang fotografi ni :)
Tq RCM sememangnya sya mengkagumi hasil karya sedara..mau dikadikan mentor
Tq bro Cayril..klu tak keberatan sya akan review lg next time hasil karya sedara
Ok Adik Sasa..seharusnya saya taksub dng idea2 baru foto Sasa tu..teruskan berkarya
thanks sharif sebab diberi ruang dalam entry kali ini. jika nak dibandingkan dengan yang lain-lain, masih banyak yang kena asah lagi ni.
Ok sedara Afzan..secara tak langsung sya dpt banyak belajar dri rakan2 seperti sedara jg sbg rujukan
Sdr Shatra - ma kaseh atas ulasan dan ma kaseh kerna meletakkan gambar saya dlm banyak2 pilihan yang kamu ada.. Saya masih belajar dan akan terus belajar utk menjadi lebih baik dlm fotografi .. :-)
Khas u bro Gidong..ok saya just meminati foto2 yg luar biasa dari kebiasaan jd sedara Gidong salah seorang photographer yg mendapat perhatian saya..teruskan berkarya
TQ Sharif Putra for this entry.
My lens for birding (400mm f5.6) hanyalah yang paling asas untuk memburung. Kalau ikutkan lens 500,600 atau 800mm dengan image stabilizer diperlukan. Tapi kena lelong kereta/rumah untuk itu.
Untuk En Tabib...400mm pun dah hebat tu..harganya pun buat badan mengeletar ni ha2..apapun saya adalah peminat hasil2 karya sedara..bagus, cool n boleh timba ilmu
Catat Ulasan