11 April 2011

Seronoknya Berkarya menerusi Kamera

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat menjalani hari-hari yang bahagia samada secara solo, bersama suami/isteri, kawan-kawan dan couple anda sekalian. Entri kali ini agak biasa sahaja namum meskipun begitu saya ingin kongsikan cerita atau sedikit pengalaman sejak berkecimpung dalam dunia kamera ini. Kalau dulu asyik perhati orang ja bila kamera tergantung kemas di leher. Apa la rasanya bila sudah ada kamera sendiri, mesti seronok kan, rasanya nak rakam apa saja yang berada di depan mata. Tetapi kini tu semuanya ceita lama yang melucukan.


Kini kamera hanya akan keluar muncungnya jikalau ada misi atau tugasan khas sahaja. Wow nampak macam hebat ja bunyinya tapi biasa-biasa je, tak lah sesibuk saudara Bustaman Mokhtar, Hasnudin, Saiful Nang, Louis Pang dan ramai lagi saudagar-saudagar fotografi ni. Kesemua mereka seperti yang saya sebutkan ni, dah pun membina kekayaan menceracak mengapai langit. Mahunya tidak jikalau dah menjadi photographer majalah-majalah top seperti Glam, Nona, Wanita, Pengantin dan banyak lagi la, tak sempat rasanya nak catat semua kehebatan mereka ni. Semua ni seumpama sasterawan, novelis dan karyawan. Seseorang photographer juga dikatakan sebagai karyawan yang berkarya secara bergambar. Namum impaknya membuatkan kita merasa terhibur, taksub dan menggilai hasil foto-foto mereka.

Justeru rakan-rakan yang banyak merakam imej tak kiralah aliran masing-masing seperti aliran portrait, still life, macro, landscapes,sports dan sebagainya teruskan usaha anda. Jikalau seorang komposer lagu menghasilkan lagu-lagu yang hebat lalu merakamkannya ke dalam CD,VCD,DVD atau Blue-Ray kita pula sebagai photographer juga sebagai komposer yang merakamkan imej yang berkualiti serta tak lapuk dek zaman. Itulah seronoknya sebagai photographer dan kameranya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

3 ulasan:

Asri Alam berkata...

suda lama x pegang kamera. tiada yg syok ditembak

cik chinta berkata...

blum lg dpt camera gntung kat leher, tp sonok bc pglman org :) smoga bjaya jg

putrasharif@gmail.com berkata...

Tq sasa n cik chinta..segala komen n saranan amat dihargai..