Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Apa cerita otai-otai photographer sekalian. Begitu juga para pengunjung dan peminat-peminat fotografi, harapan succes and happy ya.
Untuk kesekian kalinya ini, saya nak share dengan kawan-kawan sekalian tentang kemunculan majalah kamera, rasanya pertama kalinya diterbitkan khususnya dalam bahasa Malaysia. Baguslah sekurang-kurangnya masih ada lagi Bahasa Malaysia wujud dalam peta dunia ini, untuk menjadi lingua franca khusus dalam ilmu fotografi.
Jika sebelum ini, sepanjang pengalaman saya, belum ada lagi majalah kamera ni versi melayu, ada juga tapi dalam versi bahasa Indonesia. Sungguh patriotik orang Indonesia berbanding kita. Tak tahulah kenapa dan mengapa, lantaklah yang penting kita kena jawab la dengan jujur bahasa Malaysia untuk siapa dan begitu juga dengan bahasa Inggeris untuk siapa..wah emo sikit plak ni..sorry ya, sekadar renungan bersama ja.
Baiklah balik kepada topik asal "Majalah Aperture" adalah dalam versi BM tetapi pelik sikit judul majalah masih orang putih lagi. Tak apa yang penting setiap penerangan yang disampaikan dalam versi BM. Dari segi harga, bagi kawasan Sabah RM9.60 manakala bagi Semenanjung RM8.00 sahaja. Harganya memang berbaloi-baloi dengan kualiti kertas, printing kualiti, dan jumlah muka surat 98 pages kalau tak silap saya.
Antara isi kandungannya ialah terdapat ruangan galeria yang mengandungi hasil-hasil foto yang dikirimkan oleh photographer. Selain itu turut menyediakan ruangan Gear yang membuat review, komen dan sebagainya berkenaan kamera yang terbaru.
Seterusnya ruangan yang penting sangat bagi saya ialah ruangan Diskusi Foto, yang memberikan ruang kepada para pakar fotografi serta para peminat membincangkan pelbagai isu berkaitan dunia foto, syabas kepada pihak penerbit. Ruangan panduan klik juga amat menarik minat saya, menerusi ruangan ini kita boleh mempelajari, memahami dan menajamkan lagi skill photographer.
Foto yang dirakam tidak akan menarik jika tidak disunting dan sebagainya. Ibarat seorang awek, kalau di make up lagi cute gila. Jadi begitu juga halnya dengan foto, setelah diedit barulah nampak aura dan serinya. Untuk itu majalah ini juga turut memberi tunjuk ajar pelbagai teknik editing dan sebagainya.
Kemudian turut juga disediakan sudut inspirasi yang membolehkan para pengemar fotografi mengkaji, memahami, mengenali dan yang penting punyai inspirasi untuk dijadikan sebagai benchmarking dalam karier masing-masing.
Rasanya cukup setakat ni dulu yang sempat saya share dengan kawan-kawan sekalian. Tidak punya niat lain sekadar berkongsi maklumat, ilmu bila disebar ia akan semakin bertambah! Betul tak?. Kepada pihak penerbit Majalah Aperture Digital Imaging Publication Sdn Bhd,syabas dan tahniah kerana kreatif dan berani menerbitkan majalah kamera versi bahasa kita...cayalah..lepas ni betimbun-timbunlah majalah ni dekat rak koleksi saya...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
6 ulasan:
hari tu belek² kat kedai buku je..hehe..sebab tengok content kureng sikit
n@m@n: tq alert n support entry blog sya ya..mungkin ni hanya langkah permulaan sahaja dr editor AM...harapan selepas ni byk isu2 yg bagus kelak
MENAREK2X...NAK SURVEY LAH
Adrenalina: makasi ya..survey la lps ni..klu berkenaan bedal la
digitalSLR photography tu oke ka?
thebeybeh: tq dtg bg komen ya..sya suka DSP ni..n jd koleksi bulanan..mmg bagus byk info
Catat Ulasan