Apa khabar kalian, kali ini saya nak kongsikan beberapa koleksi gambar-gambar yang menakjubkan pada saya. Gambar-gambar ini saya fikir agak sukar untuk dirakamkan, tambahan lagi situasi sebegini bukanlah kerap kali berlaku dan fotografer berpeluang merakamkan aksi-aksi tersebut. Semua ini bergantung kepada nasib serta kecekapan fotografer itu. Jika nasib menyebelahi, kira beruntunglah fotografer kerana berpeluang merakamkan saat-saat menakjubkan ini. Apa yang penting sebagai fotografer ialah beberapa ramuan khas yang saya fikir semuapun fotografer menggunakan ramuan ini, antaranya sabar, tenang, kreatif dan  cekap.






Koleksi panorama dan kreativiti yang pernah saya lalui. Semakin jauh perjalanan kita, banyak aksi manusia dan rahsia alam dapat dirakamkan. Kesempatan dalam kesempitan ini eloklah dipergunakan dengan sebaik mungkin. Jika tidak, mustahil detik bermakna tersebut akan berulang kembali. Mari kita nikmati panorama sepanjang kembara seni foto saya.

Foto 1 Kembara Ke Kg Malalin-Sandakan

Foto 2 Panorama Malam Bandaraya Kota Kinabalu

Foto 3 Lilin penerang di kala malam gelap menjelma

Foto 4 Sky Blue.Panorama langit yang mengasyikan sewaktu kembara foto ke Genting Estate-Sandakan








Kali ini saja nak selitkan koleksi foto yang diolah dengan kemas dan kreatif iaitu ilusi optikal. Foto-foto ini menarik bagi saya, kerana sebagai fotografer atau perakam ilusi beberapa aspek penting untuk diambil kira apabila merakam foto. Antaranya susun atur dalam foto itu dan bagaimana meletakan subjek dalam foto dengan kreatif. Mari kita layan foto-foto ni.


Kalimah Allah & Muhamad kelihatan di langit pada perairan laut Cina Selatan. Gambar ini diperolehi dari saudara Hisham Ace yang dirakam menerusi telefon Nokia E71 dari arah Pulau Labuan pada 17/07/2011.

Percaya atau tidak, yakin atau was-was namum inilah hakikatnya yang maha kuasa. Sebenarnya banyak memperlihatkan kekuasaanya pada umat manusia sekalian, hanya manusia itu yang kerap lupa diri begitu juga pada tuhan yang maha agung. Sama-samalah kita mempertingkatkan keimanan pada Allah S.W.T dan Rasulnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sebagai fotografer haruslah mengetahui dan memahami beberapa asek asas dalam fotografi. Antara yang menjadi fokus kali ini ialah Komposisi Asas.

Komposisi Asas memerlukan fotografer mengetahui berberapa hal antaranya ialah seperti teknik framing, kedudukan subjek utama dalam foto, kemahiran dalam menggunapakai background dan foreground untuk kekemasan foto.

Selain itu fotografer juga perlu menguasai penggunaan warna dalam gambar supaya kelihatan lebih menarik dan kelihatan berlainan dari kebiasaan yang kita lihat. Kemudian harus juga memahami aspek keseimbangan beberapa elemen dan juga lain-lain perkara yang berkaitan dengan unsur penceritaan dalam gambar kalian.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Alhmdullilah berkesempatan juga untuk shoting di kepulauan. Dihidangkan dengan pemandangan yang indah, segar dan nyaman membuatkan hati membuak-buak untuk merakam setiap detik kejadian alam. Destinasi ini memang agak jauh dari pengetahuan kota, apa tak lagi dari pengetahuan otai-otai fotografer. Namum peluang ini tidak selalu menjelma dan haruslah dimanfaatkan.

Saksikanlah foto ini..biarkan ilustrasi yang berkata-kata

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Hasselblad merupakan satu jenama yang mahal, setiap keluaran produknya mempetaruhkan peningkatan terhadap aspek teknologi dan inovasi. Namum disebabkan harganya yang terlalu mahal membuatkannya sukar untuk dimiliki. Nampaknya paling berani ialah membeli jenama-jenama seperti Canon, Nikon,Olympus, Sony,Kodak dan Samsung. Namun jangan diperlekeh jenama-jenama ini kerana mereka juga punyai class dan pengikut tersendiri. Jangan nilai pada kamera, tetapi pada tahap kemahiran fotografer tersebut.

Balik pada siri model terbaru Hasselblad H4D-200MS yang telah menjalani ujian teliti dari aspek kestabilan dan kejituan warna. Model ini berharga lebih kurang RM138,000. Wow terbeliak mata bila terpandang harganya.Patutlah ramai yang tak nak produk brand ini, harga memang kaw tim punya.

Model ini menggunakan modul rangka piezo yang mampu merakam 6 shots dan menggabungkannya menjadi 200 megapiksel fail. Harga yang sebegini mahal rasanya memang agak sesuai untuk kegunaan studio yang memerlukan resolusi yang tinggi, misalnya untuk shots produk jualan kereta, cermin mata, barang kemas dan sebagainya. Saya fikir jika hendak memiliki kamera ini memang agak sukar, ianya hanya sesuai untuk sesebuah syarikat pengiklanan yang membuat rakaman seperti kereta Ferrari, Audi, Toyota dan sebagainya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baru-baru ini pihak Nikon telah mengumumkan lensa makro skala murah, mensasarkan kepada pengguna DSLR entry-level. Model AF-S DX Micro Nikkor 40mm f/2.8G menawarkan makro 1:01 sebenar dalam pakej yang padat, ringan.


Dengan motor gelombang yang terbina, pasti ia senyap ketika autofocus pada semua DSLRs Nikon.Selain itu ciri berikutnya ialah lensa ini menggunakan sistem fokus dalaman dengan kebolehan membetulkan jarak yang dekat dan boleh mencapai jarak fokus minimum 16cm / 6,4m. Sumber nikon menyatakan lensa ini boleh diperolehi pada 25 Ogos nanti. Berikut ialah cappaian yang boleh membantu kalian untuk melihat komen-komen para peminat Nikonian tentang lensa baru ini http://www.dpreview.com/news/1107/11071115nikkor40mmmacro.asp.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Nampaknya rezeki Penyanyi Yuna semakin bertambah-tambah. Kini Yuna telah dilantik pula sebagai Duta Canon Malaysia sebaris dengan seleberiti sebelum ini seperti Simon Yam dari Hong Kong.

Ciri-ciri inovatif, kreatif, kualiti dan komitmen yang ada pada Yuna melayakannya sebagai duta pilihan oleh pihak Canon Malaysia. Selain itu dari menurut pihak Canon pemilihan Yuna juga bertujuan sebagai langkah strategi pemasaran untuk menarik golongan muda mudi memiliki produk Canon. Lepas ini ingat Canon ingatlah pula Yuna. Tahniah Yuna atas perlantikan tersebut, semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Canon " Delighting You Always".



Berikutan pengenalan kepada Google+ pada minggu lepas, kini pihak Google membuat beberapa perubahan lagi dengan membuat penjenamaan(rebrand) semula terhadap dua produk terlaris mereka iaitu Blogger dan Picasa. Blogger akan diubah namanya kepada Google Blog manakala Picasa pula akan berubah nama kepada Google Photo. Rasanya disebalik rebrand blogger dan picasa ini pastinya pihak Google menawarkan kepada ciri-ciri fungsi yang lebih menarik.

Namum dari bahan info yang diberikan perubahan ini hanya akan berlaku dalam jangkamasa dua bulan dari sekarang.


Google Plus bakal gantikan Facebook yang ketika ini mendominasi rangkaian sosial keseleruhannya. Google+ adalah lebih baik daripada Google Maps, Google Buzz, Google Wave dan Gmail. Malahan kekuatan yang ada pada Google+ ini adalah merupakan rangkuman dari semua di atas.

Terdapat beberapa ciri utama yang di tawarkan oleh Google+ ini, antaranya ialah seperti berikut;

1. Circles
Membolehkan membuat senarai mengikut kehendak sendiri seperti keluarga, rakan, pejabat, bisnis dan sebagainya.

2. Sparks
Para pengguna boleh memilih minat, hobi atau aktiviti kegemaran mereka untuk bersosial di Google+

3. Hangouts
Para pengguna boleh berhubung menerusi video atau webcam.

4. Mobile
Google+ boleh diakses menerusi mobile, yang kini menjadi trend untuk bersosial di internet.

5. Huddle
Boleh buat temujanji dalam kumpulan ramai, tentukan masa, waktu, tempat dan aktiviti. Ini merupakan satu ciri yang mustahak dan popular.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Foto 1 Chimney Labuan

Foto 2 Daun

Foto 3 Manja Rasa Labuan

Assalamulaikum dan Salam Hormat sekalian. Hujung minggu yang membosankan ini, saja nak share koleksi foto sempena Outing ke Labuan suatu masa yang lepas. Baru rasanya berpeluang buat entri untuk outing Labuan kali ini. Banyak yang menarik sebenarnya untuk dirakamkan di Pulau Labuan ini seperti flora fauna di Taman Burung Labuan dan tidak melepaskan peluang juga untuk merakam imeja chimney yang menjadi bahan bersejarah di Labuan. Jom kita layan dan share apa-apa yang patut hasil rakaman saya ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Majalah Aperture Isu 4 Julai

Foto 1 Kedamaian Mengkabong

Ulasan Foto
Mengkabong. Foto ini saya fikir memang menarik kerana suasana pada hari tersebut memang agak berlainan dari sebelum ini saya rakam. Untuk makluman lokasi foto tersebut telah banyak kali saya rakam semenjak 5 tahun lepas dan akhirnya pada hari bertuah tersebut, mata hati saya berkata 'inilah fenomena alam yang saya nanti-nantikan' dan inilah rakaman yang terbaik pernah saya hasilkan'. Kemudian tergerak hati saya untuk mengirimkan foto tersebut ke pihak Penerbit Majalah Aperture.





Foto 2 Sang Labah-labah

Ulasan Foto
Sang Labah-labah. Foto ini saya rakam ketika mengadakan sesi outing ke Kundasang Memorial Park, Ranau bersama keluarga saya. Planning datang ke lokasi ini bukanlah untuk merakam foto makro tetapi lebih kepada rakaman biasa-biasa sahaja berkaitan dengan sejarah peperangan suatu masa dahulu. Namum begitu kalau sudah rezeki namanya, pasti tidak akan kemana. Saya terserempak dengan labah-labah ini yang kebetulan sedang bertaut kemas di sarangnya. Peluang ini pastinya saya tak akan lepaskan kerana, saya memang seorang yang meminati aliran makro, lantas saya tukar lensa Canon 50mm saya kepada Tamron 90mm dan hasilnya agak lumayan.

Akhirnya foto-foto saya berjaya memikat hati pihak penerbitan Majalah Aperture yang kian meningkat popular di kalangan peminat seni fotografi Malaysia. Untuk terbitan bulan julai ini, foto saya telah berjaya terpilih sebanyak dua keping. Alhamdulilah syukur kepada Allah s.w.t dan terima kasih kepada pihak Penerbit Majalah Aperture kerana memilih koleksi foto saya untuk terbitan bulan julai.

Meskipun foto-foto tersebut tidaklah sebaik mana dan sehebat fotografer yang lain, namum ini adalah sebagai langkah positif untuk saya terus memperbaiki segala kelemahan yang ada. Sesungguhnya bidang fotografi ini bukanlah satu bidang yang boleh dianggap mudah, remeh temeh, mengarut dan membuang masa. Tetapi bagi saya bidang ini merupakan satu bidang yang amat mencabar, menyeronokan, memuaskan, menguji kreativiti dan sebagainya.

Tidak keterlaluan juga saya katakan, fotografer adalah merupakan seorang pelukis zaman, pengukir cerita pelbagai dimensi dan perakam kepada seni visual. Namum begitu hobi ini nampaknya mempunyai kos yang tinggi, terpaksa mengeluarkan wang ringgit untuk memiliki kamera yang diinginkan, lensa yang bersesuaian, aksesori yang pelbagai dan seumpamanya.

Namum semua ini tidaklah mematahkan semangat bagi mereka yang bergelar fotografer. Meskipun terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan segala kelengkapan fotografi, tetapi pulangannya adalah lumayan. Antaranya bagi saya ialah pulangan dari segi kepuasan intrinsik itu sendiri.
Berbalik kepada cerita di sebalik foto-foto tersebut.

Akhir kalam ucapan terima kasih kepada Pihak Majalah Aperture kerana terpikat dan menghargai hasil-hasil karya saya. Kepada ahli keluarga saya, nampaknya tak sia-sia sesi outing Kundasang yang kita rancang sekian lamanya. Rakan-rakan seperjuangan terima kasih tunjuk ajar kalian, kerana kalianlah saya perolehi ilmu sedemikian rupa.

Link Facebook Majalah Aperture;
http://m.facebook.com/ApertureMag

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENGIKUT