Peristiwa Tsunami Aceh Indonesia

Hadis yang berkaitan dengan hari Kiamat
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?. Baginda menjawab: Apabila bermaharajalela bunyi-bunyian muzik dan penyanyi-penyanyi wanita.”
-Ibnu Majah
Tanah Runtuh

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti  himar(keldai) maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang
-Sahih Muslim
Maksiat berlaku secara terang-terangan

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membaca berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan mu dan memfitnahmu”
-Sahih Muslim
“Sesungguhnya sebelum dating hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian sebenar”-Hadis riwayat Imam Ahmad

“banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar
–Riwayat Bukhari
Rusuhan menjadi perkara biasa

Gambaran Api panas membara

"Semoga kita terhindar dari perkara-perkara yang merugikan"


Skim bayaran Mudah


Saban  hari ramai diantara kita terutamanya yang berkerja makan gaji menceburkan diri dengan Skim Bayaran Mudah. Sedarkah kita bahawa istilah ini lebih kurang membawa maksud begini. Skim Bayaran Mudah ialah skim membuat hutang dengan mudah. Skim ini tidak tetap dan akan berubah-ubah mengikut kehendak dan selera anda sendiri. Pembayaran anda yang akan tentukan sama ada secara mingguan, bulanan dan ada juga tiga bulan sekali. Dari sudut kebaikannya menerusi skim ini anda akan mudah memenuhi keinginan anda untuk memiliki pelbagai barangan contohnya perkakas dan keperluan rumah seperti perabot, televisyen, radio, peti sejuk dan sebagainya secara mudah.
Adakalanya membeli beberapa jenis barangan secara serentak semata-mata hendak memenuhi keinginan diri. Namum dari segi keburukannya pula tidak kurang juga pedihnya. Jikalau anda membuat kira-kira harga tunai dan harga mengikut skim bayaran mudah, sudah pasti harganya jauh berbeza. Berlaku kenaikan harga hampir dua kali ganda atau lebih. Hal ini jarang diambil perhatian oleh mereka yang berkecimpung dalam hal ini, bagi mereka yang penting mencapai keinginan untuk memiliki barang yang mereka hendak.  Harga set sofa kalau dibeli secara tunai ialah RM1200.
Tetapi menerusi skim bayaran mudah, tidak perlu mengeluarkan wang deposit hanya perlu memenuhi beberapa tuntutan dokumen dan menyetujui  jadual pembayaran dan ini mengakibatkan harga sofa tadi mencecah sehingga dua kali ganda atau lebih. Jadi fikir-fikirkanlah rakan-rakan sekalian tentang kebaikan dan kelemahan Skim Bayaran Mudah, Skim Hutang Mudah, bayar payah akibatnya membawa padah”.
Celebes Sea

Semporna

Teringat detik manis 1998-1999 apabila berkunjung ke daerah yang amat terkenal dengan keindahan pulau, batu karang, hidupan laut, makanan laut dan banyak lagi cerita menarik ketika itu. Terasa amat rindu sangat hendak kembali ke daerah nostalgia tersebut. Menyaksikan keindahan dan keunikan alam flora dan faunanya siapa yang tidak taksub. Pertama kali menjejakan kaki ke daerah ini pada tahun 1998 memang banyak kelainannya dan yang lebih indah itu disinilah bermulanya satu memori yang tidak akan terpadam buat selamanya, tetapi hanya aku sahaja yang tahu tentang hal itu. Oklah insyallah pada bulan december 2010 ini group fotographer saya akan berkunjung ke Semporna, menjejaki semula nostalgia manis, dan semestinya mengabadikan segenap keindahan di daerah ini, terutamanya landscape....tak sabar rasanya menanti detik tersebut. Untuk group fotographer saya mulailah mengosok-gosok, mengasah-asah, membedik-bedik dan saya tahu korang semua memang taksub hendak pergi outing kali ni. Bagi anda yang berminat hendak join outing ,group saya tidak akan keberatan untuk menjemput saudara dan saudari. Jomlah sertai kami. Untuk keterangan lanjut tentang outing ini bolehlah menghubungi saya Sharif Putra 019 8094775, email putrasharif@gmail atau geng karas saya Mr Nuarji Sawatan 013 8889534. Ok sayonara


Mekah (Mecca)
house attack,Viena Austria

La Pedrera.(Barcelona Spain)

Atlantis.Dubai

Device-to-Root-Out-Evil-Vancouver-Canada

forest spiral Darmstadt,Germany

 habitat 67.Montreal,Canada
kansas city public library,Missouri US
Kunsthaus.Graz,Austria

Raffles Dubai In Wafi City

the torre galatea figueras,spain

Upside-down-house-Poland

Upside-down-house-Poland

Saban hari semakin banyak perlu difikirkan oleh kita terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan tidak kiralah pengurusan kewangan syarikat mahupun mencakupi pengurusan kewangan keluarga. Namum menerusi ruangan artikel ini fokus utama ialah aspek pengurusan kewangan keluarga dan individu. Walaupun terdapat perbezaan antara keduanya namum skopnya adalah tetap sama. Dalam pengrusan kewangan keluarga atau individu beberapa perkara perlu diambil perhatian. Antaranya ialah tabiat kewangan yang menjadi amalan oleh setiap keluarga dan individu itu. Dengan mengamalkan tabiat kewangan yang tidak baik akan menyebabkan kesan yang negatif keluarga dan diri individu tersebut. Misalnya belum lagi sempat untuk menerima gaji pada bulan sebelumnya keluarga itu telahpun kehabisan sumber kewangan. Mengapa situasi sebegini boleh berlaku. Jawapannya ialah tabiat kewangan yang tidak efisyen.
Justeru menerusi artikel ini dapatlah digariskan beberapa tabiat kewangan yang baik untuk perkongsian sesame kita. Insyallah dengan perkongsiaan ilmu ini akan dapat membawa kebaikan kepada semua. Antara tabiat kewangan yang baik diamalkan ialah.
1.     Bayar segala bil dengan segera
Lumrahnya masa kini setiap dari keluarga atau individu dalam keluarga itu tidak terlepas dari untuk membayar bil. Pembayaran bil ini adalah merupakan kemestian dan jika sekiranya enggan untuk membayar bil, ini akan membuatkan beberapa perkhdimatan yang dinikmati selama ini akan ditamatkan. Contohnya ialah bil eletrik, bil Astro, bil telefon, bil internet, dan banyak lagi. Oleh itu perlulah bagi setiap keluarga dan individu itu menjelaskan secepat yang mungkin setiap bil-bil yang dikenakan setelah memperolehi gaji bulanan atau sebagainya. Jika hal pembayaran bil ini dilengah-lengahkan atau diabaikan ini akan menyebakan berlaku lambakan bil dan sudah pasti menyukarkan pembayar apabila jumlahnya semakin bertambah.
2.     Buat penyelarasan pembayaran bil
Buat penyelarasan pembayaran bil anda dengan kemas dan segera. Contohnya apabila memperolehi gaji pada hujung bulan disiplinkan diri terus membuat pembayaran segala bil. Teknologi terkini banyak membantu kita untuk membuat penyelarasan pembayaran bil misalnya menerusi perbankan Internet  maybank(maybank2u.com.my), Cimb Bank(cimbclick.com.my) dan banyak lagi perkhdimatan perbankan disediakan oleh setiap bank. Dan teknologi terkini  kita boleh membuat pembayaran secara online menerusi telefon pintar(smartphone). Jadi tepuk dada Tanya diri. Kemudahan pembayaran semakin mudah tetapi terpulanglah kepada diri sendiri.
3.      Berbelanja secara berkala dalam kuantiti yang banyak
Elakan daripada membeli belanja dapur atau rumah secara berkali-kali, tetapi lakukanlah secara berkala maksudnya dua minggu sekali atau sebulan sekali. Banyak faedah yang akan dinikmati oleh kita, antaranya jimat masa dan tenaga, jimat wang ringgit tidak perlu banyak wang keluar untuk membayar tol, parking kereta, minyak kereta dan sebagainya. Sebaliknya jika berbelanja dua minggu atau sebulan sekali ini mendorong kita berbelanja secara bijak, tidak terburu-buru, berbelanja mengikut senarai keutamaan dan keperluan. Ingatlah “berbelanja bukanlah mengikut kemestian tetapi mengikut keutamaan”.
Bersambung....


Sabah Index To Places Of Interest
Baturong Caves
Batu Punggul Resort
Croker Range National Park
Danum Valley Conservation Area
Gomantong Caves
Kinabalu Park
Klias Wetlands
Kiulu
Kundasang War Memorial
Kota Belud
Long Pa Sia
Madai Caves
Mengkabong Water Village
Muruk Miau
Mt. Trus Madi
Padas River
Poring Hot Spring & Waterfalls
Pulau Berhala
Pulau Kapalai
Pulau Layang-layang
Pulau Mabul
Pulau Mantanani
Pulau Sipadan
Pulau Tiga Park
Rafflesia Forest Reserve
Rungus Long House
Sepilok Orang Utan Sanctuary
Semporna Islands Park
Sukau
Tabin Wildlife Reserve
Tamparuli Suspension Bridge
Tawau Hill Park
Tenom Orchid Centre
Tenom Agricultural Research Centre
Tuaran Tamu
Tunku Abd Rahman Park
Turtle Island Park


Places of Intrest  Kota Kinabalu Sabah
·         Art Gallery
·         Atkinson Tower
·         Central Market
·         Dewan KDCA
·         Filipino Market
·         Gaya Walk
·         Istana(Palace)
·         Kinabalu Yacht Club
·         KK City Bird Sanctuary
·         Likas Sports Complex
·         Night Market
·         Price Philip Park
·         Puh Toh Si Chines Temple
·         Pulau Gaya
·         Railway Station
·         Sabah Air Aerial Tour
·         Sabah Golf & Country Club
·         Sabah Tourism Promotion
·         Sceince and Technology Centre
·         Sedco Complex
·         Signal Hill Observatory/ Bukit bendera

State Mosque
·         State Museum
·         Sundy Market

 Sutera Harbour
Tanjung Aru Beach
·         Tun Fuad Stephens Park
·         Water Esplanande
·         Wong Kok Go-Kart

Pen berfungsi sebagai Spy




Lumrahnya pen digunakan sebagai alat untuk mencatat, menulis atau melakar sesuatu dalam apa juga tempat dan sebagainya. Namum teknologi masa kini telah merubah situasi dan fungsi pen. Daripada tugasnya hanya untuk menulis tetapi kini pen telah beralih tugas baru iaitu sebagai Uzi Tactical Pen atau spy. Mempunyai kamera fungsi sebagai perakam video dan audio berukuran 154 x 14mm dan mudah untuk anda menyimpan atau sisipkan di celah-celah buku atau poket. Ruang kapasiti memori pen Uzi ini ialah 2GB hingga 4GB dan mudahlah anda memulakan tugas sebagai spy seperti dalam filem James Bond".
"Bersin"











Bersin adalah sifat  mekanisme pertahanan tubuh yang berfungsi menghalang kemasukan sebarang kehadiran zat asing termasuk bakteria atau lebihan cairan yang boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh. Apabila kita bersin udara kuat akan keluar yang boleh mencapai kelajuan 70 m/detik atau bersamaan dengan 250 km/jam. Semasa bersin tersebut kira-kira 40,000 butir air yang mengandungi zat asing bersama dengan 100,000 kuman berterbangan ketika seseorang itu bersin.

Berikut adalah fakta "bahaya apabila menahan diri dari bersin"

  • Pecahnya gegendang telinga akibat tekanan udara didalam

  • Mimisan atau carian kotor keluar dari hidung

  • Boleh menyabebkan patah tulang di bahagian tyulang rawan hidung

  • Boleh menyebabkan gangguan pendengaran

  • Boleh menyebabkan emfisema iaitu udara di ruang paru-paru akan membsar dan ini mendatangkan kesesakan bernafas.




Kini bagi para peminat Apple IPhone 4 boleh bernafas lega apabila pihak telco Maxis dan Digi telah membuat pelancaran pada pakej harga serendah RM58 selepas rebat RM5 untuk auto-billing. Pihak Digi menawarkan rebat sebanyak RM100 untuk sebarang telefon bimbit yang dibawa oleh para pelanggannya ke lokasi carnival Digi yang dibuat.iPhone 4 mula dijual pada 24 September 2010 ini di 45 cawangan seluruh negara. Berikut ialah senarai pakej harga yang ditawarkan oleh pihak telco Digi.




Fenomena baru dalam sistem rangkaian sosial yang semakin popular masa kini ialah CMnet yang semakin mendapat perhatian ramai dari seluruh masyarakat islam. Sejak dilancarkan pada 6 ogos yang lalu sambutan dari dunia islam amat menggalakan. Laman web sosial itu telah diasaskan oleh saudara Dolla Indra, Indonesia. Semenjak dilancarkan baru-baru ini CMnet telah mendapat kunjungan seramai 5,894,954 dalam tempoh seminggu dilancarkan. Manakala jumlah ahli yang telah mendaftar setakat ini ialah seramai 3,700 dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat,Mesir, Malaysia, Hong Kong, dan Eropah. Sebagai makluman laman web ini bolehlah dikunjungi menerusi www.cybermoslem.net
Koleksi Foto Jalanan

New Mood Myvi

Toyota Corolla AE86  milik seorang kawan-Yu Classic Auto

Rim Sukan kilat menyilau

Lagend AE86

Mengancam Vigo ini, ubahsuai tercantik pernah saya temui.4 Owner i vote *****

AE86

Vigo type VVIP-Tyco Yu Classic Auto

My Present Vigo
Manusia Berwajah Syaitan


Gavin Paslow

Disebuah tempat Seasalter, Kent, Britain, terdapat seorang manusia yang berwajah syaitan. Dikatakan individu ini dengan sengaja membuat pengubahsuaian terhadap wajahnya supaya menyerupai wajah syaitan. Individu yang dimaksudkan ialah Gavin Paslow. Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa sebab wajahnya berwajah syaitan. Beliau telah membuat pembedahan dengan sejumlah RM20,861. dan sehingga kini dalam usia 37 tahun beliau dikenakan perintah berkurung bermula dari 5.00 petang hingga 5.00 pagi. Antara yang bentuk wajahnya yang diubahsuai ialah terdapat benjolan tanduk di dahinya, lidah bercabang dua dan mempunyai gigi taring.
Pelakon veteran M. Rajoli meninggal dunia
17/09/2010 11:44pm

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.
Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.
“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.
- UTUSAN

Gear Canon 400D,Tamron 90mm

 
 
              

PENGIKUT