Masa bilakah smartphone digunakan oleh seluruh penggunannya. Waktu awal pagi, tengahari, petang atau waktu malam. Fakta ini saya fikir menarik juga untuk di ketahui oleh kalian dan khususnya bagi rakan-rakan blogger. Kenapa blogger harus tahu tentang fakta ini. Dari tinjauan yang di buat pengguna smartphone semakin bertambah ramai dan ini menunjukan bahawa kecenderungan menggunakan Mobile Browser semakin popular.

Pelayar internet masa kini semakin menggemari mobile browser untuk melayari web dan blog kegemaran mereka setiap hari. Ini merupakan petanda amat bagus kepada blogger-blogger untuk menaikan traffik ke blog masing-masing. Namum begitu perkara yang harus tuan blog lakukan ialah dengan membuat sedikit setting pada blog masing-masing, agar blog kalian kelihatan seperti mobile browser yang mudah diakses menerusi smartphone.

Balik kepada tajuk waktu paling popular penggunaan smartphone dari sumber Ericsson ConsumerLab, mendapati bahawa waktu lewat petang adalah tahap tertinggi penggunaan smartphone, diikuti pada waktu malam dan seterusnya pada waktu tengahari. Melihat kepada fenomena ini memang jelaslah bahawa para pengguna smartphone amat gemar melayari internet pada waktu tersebut seperti Facebook, Twitter,Myspace dan sebagainya.

Nantikan entri akan datang "Apa Seronoknya Menggunakan Smartphone".....



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Setiap hari ada sahaja virus baru dikesan menerusi medan internet, hal ini memang memeningkan kepala. Mana tidak, jikalau PC atau gadjet kesayangan kita yang sarat dengan perisian ,koleksi foto menarik,serta dokumen yang penting hilang begitu sahaja, gara-gara terkena virus. Justeru sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang serangan virus, perisian antivirus yang terbaik seharusnya menjadi pilihan kita. Tetapi pastikan yang ori serta semestinya berbayar.

Berikut ialah senarai Antivirus Terbaik 2011 jika sekiranya kalian ingin membuat survey apakah perisian antivirus yang terbaik setakat ini.


1. Bitdefender Antivirus Pro 2011
2. Kaspersky Antivirus 2011
3. Norton Antivirus 2011
4. ESET NOD32 Titanium Antivirus
5. Trend Micro Titanium Antivirus
6. McAffee Antivirus Plus 2011
7. Panda Antivirus Pro 2011
8. Avast Pro Antivirus
9. Avira
10. Spyware Doctor With Antivirus 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Foto Inspirasi kali ini juga berkaitan dengan fotografer yang merupakan idola saya, iaitu saudara Rarindra Prakasa dari negara Indonesia. Bagi saya beliau ini merupakan seorang fotografer yang unik, bijak dan bersifat sensetif terhadap penghasilan karyanya. Setiap foto yang dihasilkan bagi saya amat tidak merugikan dan menghampakan pada sesiapa sahaja yang melihatnya. Beliau bijak menyusun atur segala ramuan setiap fotonya. Saya amat kagum dengan pemikirannya, bagaimana begitu kreatifnya beliau mengisi setiap frame foto-fotonya dengan teliti dan kemas, sehinggakan foto itu kelihatan amat menghiburkan. Dari masa ke semasa saya kerap mengunjungi galeri foto-foto beliau untuk menimba serba sedikit ilmu darinya.

Berikut ialah beberapa hasil foto-foto beliau yang saya kagumi.

Foto 1 Good Morning Indonesia

Foto ini amat indah pada perkiraan saya. Point of interest(POI) terletak pada percikan air yang berkilau diterangi cahaya matahari. Bukan itu sahaja bagi saya faktor subjek juga turut memukau, kerana terdapat komunikasi menarik antara anak muda tersebut dengan kerbau.

Foto 2. Play at Paddy Field

Foto ini pula memang unik, saya tertarik bukan sahaja pada perilaku anak-anak sedang melintasi sawah padi, tetapi juga pada impak refleksi anak-anak tersebut, sungguh indah percampuran pelbagai unsur pada foto ini. Antara manusia dan alam sekitar


Foto 3. The Rider Mt Bromo

Foto ini pula saya amat gemar menikmati tone warna yang cantik dan menawan, di samping komposisi pelakon yang bersahaja. Memang menarik kombinasi antara si pemuda dan kudanya.

Entri kali ini bersahaja dan santai. Hanya sekadar nak rehatkan minda dari pelbagai kekusutan. Mari kita layan gambar unik dan aneh ini. Bagaimana batu boleh tersenyum. Dari sumber yang diperolehi batu ini terletak di negara Sudan. Sebagai peringatan kita semua, tak kiralah apa juga anutan serta kepercayaan, sesungguhnya inilah kekuasaan yang maha esa ditunjukan kepada seluruh umat manusia supaya timbul keinsafan serta kesedaran betapa agungnya segala ciptaanNYA.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Keterbatasan untuk membeli perisian Photoshop(mestilah ori kan) yang agak mahal membuatkan para jurufoto mencari pelbagai perisian lain untuk membuat editing pada foto masing-masing. Berikut ialah beberapa perisian penyuntingan yang boleh didapati secara percuma.

1. GIMP for Windows
http://www.gimp.org/windows/
Ia digelar sebagai photoshop percuma yang mempunyai antaramuka dan ciri seperti photoshop.

2. Serif Photo Plus
http://www.freeserifsoftware.com/
Mempunyai fungsi penyuntingan teks, pemotongan imej dan pemetaan imej.

3. Pixia
http://park18.wakwak.com/~pixia/
Mempunyai fungsi tips berus, penggunaan lapisan(layer), masking, perkakasan lukisan vektor dan bitmap, warna dan tona.

Selamat mencuba...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sebagai penggemar kepada dunia kamera dan fotografi, saya gemar melihat, mengamati dan meninjau-ninjau beberapa laman kamera dan fotografi sebagai penambah ilmu. Berikut adalah beberapa laman yang kerap saya kunjungi.

http://www.dpreview.com/
Memberi ulasan kamera digital terkini

http://www.photo.net/
Laman ini dimiliki oleh Philip Greenspun. Memaparkan banyak foto-foto terbaik seluruh dunia.

http://www.steves-digicams.com/
Laman ini pula dimiliki oleh Steves Sanders, seorang jurufoto profesional dan turut memberikan ulasan terkini berkaitan kamera.

http://www.imaging-resource.com/
Laman ini berkisarkan kepada berita kamera digital.

http://www.whatdigitalcamera.com/
Merupakan majalah bulanan fotografi digital yang ternama.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Keindahan dan kedamaian sungai Kiulu membuatkan sesiapa juga yang berkunjung ke destinasi ini terpersona. Sungai ini terkenal dengan sukan rafting diperingkat international dan kerap dilakukan setiap tahun. Kehadirankalian ke destinasi ini, tidak lengkap jikalau tidak menggunakan peluang yang ada untuk mandi manda. Air sungai yang sejuk memang betul-betul datangnya dari Gunung Kinabalu yang letaknya kira-kira 60 km dari destinasi ini. Kesempatan ini saya gunakan untuk merakam imej ini dan mari kita saksikan keseronokan dua beranak ini sedang bermandi manda.

Foto 1# 1/500 sec, f/4.5mm, ISO100

Foto 2# 1/500, f/4.0,ISO100
Kesempatan yang ada akhirnya dapat jugalah saya menjejakan kaki ke daerah Tawau, khususnya ke Taman Bukit Tawau. Destinasi ini memang menarik sekali untuk aktiviti reakreasi seperti mandi manda, berjalan merentas hutan yang kaya dengan flora dan fauna. Namum entri kali ini saya cuma nak share hasil rakaman pada spider yang cute ini. Saksikanlah hasil rakaman yang tak seberapa ini.

Foto 1# Canon 60D, 1/100 sec, f/3.5mm,ISO100 + Tamron 90mm

Foto 2# Canon 60D, 1/100 sec, f/3.5mm, ISO100 + Tamron 90mm

 Foto 3# Canon 60D, 1/100 sec, f/5.6mm,ISO100 + Tamron 90mm

Foto 4# Canon 60D, 1/100 sec, f/3.5mm, ISO100 + Tamron 90mm
Saya kagumi hasil-hasil karya Annie Leibovitz yang bermutu tinggi, kaya dengan unsur penceritaan dan watak karakter manusia. Bila memandang foto-foto beliau seolah-olah saya sedang membaca sebuah novel yang amat menarik isi kandungannya. Betapa hebat karya-karya yang dihasilkannya. Mari kita layan foto-foto yang dirakam oleh Annie Leibovitz ini.





Secara keseluruhannya kedua-dua jenama ini iaitu Canon dan Nikon telah mendominasikan senarai lensa yang popular. Ini bermakna lensa-lensa dari kedua-dua jenama ini telah mendapat kepercayaan dari kalangan pengguna khususnya fotografer di seluruh dunia. Mari kita lihat senarai lensa yang popular masa kini.





  • Canon EF-S 55-250mm f/4.0-5.6 IS Telephoto Zoom Lens
  • Canon EF 50mm f1.4 USM Standard & Medium Telephoto Lens
  • Nikon 50mm f/1.4G SIC SW Prime Nikkor Lens
  • Nikon 18-200mm f/3.5-5.6G AF-S ED VR II Telephoto Zoom Lens
  • Sigma 10-20mm f/4-5.6 EX DC HSM Lens
  • Sebelum ini rasanya sudah ramai di kalangan blogger telah melakukan perubahan atau upgrade blog masing-masing agar kelihatan lebih mesra dan yang lebih utama ialah memudahkan pihak pelawat membuka blog masing-masing. Jika kalian masih belum membuat perubahan pada template blog anda kepada mobile browser, mulakan dari sekarang. Kerana dengan pemasangan mobile browser ke blog kalian, ianya lebih mesra dan yang paling penting pelawat tak rasa menyampah menunggu agak lama membuka blog kalian. Menyedari betapa perlunya tema mudah alih ini pihak Google telah memperkenalkan sokongan ini kepada semua pengguna blogger seluruh dunia. Dan kini kalian bolehlah mengaktifkan fungsi tersebut.


    Baiklah apabila kalian sudahpun membuat perubahan kepada peranti mudah alih, maka senanglah para pelawat menelah blog korang semua. Pada hari ini anda perlu tahu bahawa semakin ramai pengguna peranti mudah alih semakin bertambah ramai. Maka itu keperluan untuk melayari blog kegemaran mereka termasuklah blog korang semua boleh diakses walau tengah shoping, dalam toilet, tengah majlis keramaian dan kecuali ketika solat.



    Walaupun korang semua memang sudah mengetahui apakah itu Twitter, apakah yang bestnya tentang twitter ini dan bagaiman menggunakan twitter. Saja saya nak tulis sebagai perkongsiaan bersama, ilmu yang baik best nak share kan. Yang tak best pun ada juga yang nak share betul tak?.

    Baiklah apakah itu Twitter?.. Twitter ialah sebuah layanan Microblongging yang bertujuan untuk menjawab sebarang pertanyaan, perkongsiaan maklumat, foto dan banyak lagi di dalam blog kalian.

    Meskipun terdapat terhad dari segi penggunaan karakter iaitu sebanyak 140, namum pengaruhnya semakin meningkat. Saya sendiri apabila menggunakannya terasa amat seronok. Kalau sebelum ini saya agak lembab dan lambat memperolehi apa-apa maklumat dan sebagainya, tetapi apabila mula menggunakannya terasa lain jadinya. Dari segi promote blog amat mudah dan simple. Setiap entri baru yang saya tulis menerusi blog saya akan cepat tersenarai ke timeline twitter.

    Harus diingat oleh kalangan blogger twitter amat membantu traffic blog kalian. Meskipun blog saya ini tidak popular seperti blog-blog yang telah mendapat rank yang terbaik, tetapi ini adalah merupakan langkah terbaik untuk saya lebih maju dalam berkarya menerusi blog dengan bantuan twitter. Meskipun hanya sekadar 140 karakter tetapi membolehkan blog kalian akan dibaca, terlah, terjah dan diamati oleh seluruh dunia.

    Memang best twitter ni kan. So apa tunggu lagi mulakan langkah dari sekarang, cipta akaun dan identiti twitter kalian supaya anda lebih dikenali dan memudahkan proses serta aktiviti blongging.

    Sebagai perkongsian kepada follower blog saya bolehlah klik button follower twitter di atas sebelah kanan blog saya. Kalian follower twitter saya dan sebaliknya saya akan follower balik...agak mudah kan...selamat mencuba
    Kali ini saya nak memaparkan hasil rakaman makro saya kepada rakan-rakan sekalian, sebagai bahan nak dikongsi dan komen dari kalian yang berminat dengan dunia seni fotografi.

    Foto 1# Canon 60D The Snails, 1/250 sec, f/10, ISO100

    Foto 2# Canon 60D The Shells, 1/250 sec, F/10, ISO100

    Foto 3# Star Fish. Canon 60D, 1/200 sec, F/16.0,ISO100

    Sepanjang karier bergiat secara perlahan-lahan, meredah  dan merakam pelbagai fenomena alam, membuatkan saya rasa betapa kagumnya kepada penciptaNYA yang maha agung, menciptakan santapan mata pada diri kita, betapa indahnya panorama kita. Meskipun kebanyakan foto-foto saya ini adalah hasil rakaman panorama yang tidak seberapa, namum saya tetap berpuas hati dan bersyukur kerana berpeluang merakam aksi tak terkata ini.

    Foto 1#  Exif Info Canon PowerShot G7, 1/5 sec, f/6.3, ISO100

    Suasana pagi yang tenang dan damai, seronok benar rakaman imej ketika ini. Semestinya saya banyak membuat rakaman dari pelbagai komposisi, namun memadai berkongsi hanya sekadar foto ini. Untuk memperolehi rakaman seperti ini saya terpaksa pergi ke lapangan lebih awal jam 5.30 pagi, dengan tujuan saya dapat membuat penyesuaian komposisi dan menguruskan persiapan kamera dan sebagainya.

    Foto 2# Exif Info Canon PowerShot G7, 1/40 sec, f/8.0, ISO 100

    Masa rakaman panorama ini ialah sekitar jam 3 petang. Tempat dan lokasi rakaman ini ialah di salah satu tempat kepulauan yang jauh nun di Pulau Jambongan, Sandakan. Rasa beruntung bila dapat merakam saat bersama dengan anak-anak muda ini.

    Foto 3# Exif Info Canon PowerShot G7, 1/1600 Sec, f/4.5, ISO100

    Foto ini pula meskipun nampak senget sedikit pada sudut pandang permukaan air laut namum agak istimewa pada saya. Tidak mengapa hanya sekadar percubaan untuk mempelajari sesuatu dalam berkarya.

    Foto 4# Canon PowerShot G7, 1/200 sec, f/4.0, ISO100

    Panorama ini saya rakamkan agak banyak juga sehingga 20 ketip dan pelbagai teknik serta komposisi cuba saya praktikan untuk merakamkan panorama sunset ini. Dan foto ini hanyalah sebahagian dari rakaman tersebut. Tentang rakaman ini saya menggunakan tripod dan terpaksa diletakan dalam air masin, selain itu untuk mengelakan sebarang gegaran saya menggunakan remote control dan tidak memakai apa-apa filter, cuma membuat sedikit setting pada kamera.

    

    Sebelum ini blog dan website kita hanya mempunyai button like box dari facebook, tetapi kini kalian bolehlah menggunakan dan mengintergrasikan butang Follow yang baru sahaja diperkenalkan oleh Twitter di blog atau laman website masing-masing.

    Dengan pengenalan butang follow ini juga akan membolehkan rakan-rakan mengikuti perkembangan terbaru berkenaan tuan punya laman web atau blog dari semasa ke masa. Saya sudahpun mengintergrasikan butang Follow Twitter terbaru ini di kedua-dua blog saya http://akushatra.blogspot.com/ dan http://citrazaman.blogspot.com/. Jadi sudilah kiranya Click butang FOLLOW dekat blog saya ni yaa. Maknanya bolehlah kita berkongsi maklumat entri dengan cepat, pantas dan smart.

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    PENGIKUT