Foto 1 Gadis Bajau Laut
Mereka kembali dari daratan setelah selesai mengambil air dari telaga yang ada di sekitar Pulau Maiga,Semporna. Untuk kegunaan air minum mereka terpaksa membeli dari pengusaha air tempatan pada harga sekitar RM2-RM3 untuk seliter.

Foto 2 Perenang dan Penyelam hebat
Suku ini juga punyai kemahiran tinggi untuk berenang dan menyelam tanpa menggunakan alat bantu pernafasan. Kehidupan mereka sememangnya begitu mencabar dan memaksa mereka untuk sentiasa kuat dan mampu bertahan dalam apa juga keadaan.

Foto 3 Menyelam untuk memburu ikan, sotong, ketam dan kemah

Foto 3 Aktiviti petang anak Pala'u
Aktiviti petang anak-anak suku Pala'u naik ke daratan bermain apa-apa saja yang menyeronokan mereka. Setelah lewat petang mereka akan kembali ke perahu dan rumah atas air mereka.

Foto 4 Karena rambut kuning
Anak gadis Bajau Laut yang mempunyai warna rambut yang unik iaitu kekuningan. Hal ini disebabkan oleh kekerapan mereka mandi air laut sepanjang hidup mereka, sehinggakan rambut hitam bertukar menjadi kekuningan.

Foto 5 Rumah Atas Air, Maiga
Beginilah keadaan, bentuk dan citra hidup mereka iaitu suku Bajau Laut atau Sea Gypsies. Mereka mendirikan rumah di atas air, beratapkan daun nipah dan kelapa, masak menggunakan kayu dan serba serbi kekurangan.

Foto 6 Anak muda Pala'u
Awal pagi anak Pala'u bermain sampan kecil dan berlatar belakangkan Pulau Bugaya,Semporna

Foto 7 Penyelam hebat


Foto 8 Rumah dalam perahu, Pulau Maiga

Foto 1 
Pemburu Senja, menebar jala sebagai alternatif untuk menangkap udang 
selain menggunakan pukat pantai.

Sepanjang bulan mac hingga april sekitar pesisir pantai Meruntum, Kuala Putatan dan Petagas sibuk dengan aktiviti memburu udang pantai. Kerana pada bulan ini kehadiran kumpulan udang banyak membanjiri pesisir pantai sama ada untuk bertelur atau mengikut sumber makanan. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh kalangan nelayan sepenuh masa dan ada juga di antaranya sekadar mengisi masa lapang serta mengurangkan kos membeli udang di pasar.

Foto 2 Pukat Pantai 
Menggunakan pukat pantai yang boleh menghasilkan tangkapan agak lumayan

Dari perbualan ringkas di kalangan pemburu senja ini, mereka mula turun menebar jala atau pukat ialah sekitar jam 4 petang dan hinggalah berlarutan sehingga ke jam 12 tengah malam. Hasil tangkapan juga agak lumayan sehinggakan mendatangkan pendapatan mencecah ratusan ringgit dalam satu malam kerja memburu udang ini.

Foto 3 Kerja membuka hasil tangkapan udang.

Foto 4 Memeriksa pukat dalam selang masa antara 20-30 minit

Foto 5 Gambaran dari sudut jauh untuk melihat aksi pemburu senja

Foto 6 Berbekalkan Jala atau rambat boleh mendatangkan hasil yang lumayan

Foto 7 Kerja memburu udang hingga tesasar ke malam

Foto 8 Berbekalkan lampu suluh yang dipakai dikepala 
membantu si pemburu memeriksa jalanya.

PENGIKUT