Foto 1  Dancing Ants

Dunia foto makro begitu membuatkan saya jatuh cinta dalam erti yang sebenar. Dari dunia kecil dan kerdil mampu diterjemahkan ke dunia lebih jelas dan besar. Genre ini juga begitu menghiburkan dan memberi keseronokan pada saya.

Foto 2  I have a dream

Setiap dari rakaman yang saya lakukan sudah pasti memberi kepuasan dan keseronokan. Berbeza dengan genre landskap dan human interest yang juga menjadi keminatan saya sekian lama. Kali ini saya kongsikan beberapa hasil rakaman makro terutamanya ialah watak si kerengga yang bijak dan pintar.

Foto 3 Extreme Predators

Foto 4 Silent Killer

Foto 5 Hellooo, Have a nice day

Foto 6 Salam Sahur

Sampai ketemu lagi, Planet Macromania akan datang...






Foto 1
Penulis/Fotografer bergambar dengan kenderaan utama di Bromo dan berlatar belakangkan Gunung Batok.


2- 7 Jun 2013 julung kalinya Geng Photographer telah mengadakan siri XPDC Photography yang merentasi sempadan Malaysia ke Indonesia. XPDC ini telah lama terpendam dan dirancang dengan teliti sebelum pergi menerjah bumi Bromo. Namun begitu antara niat utama yang menjadi perangsang kuat GP ke Bromo ini ialah dengan kesudiaan Pak Rarindra Prakarsa menjadi perancang aktiviti, jadual perjalanan dan semestinya tips berharga dari beliau.  

XPDC kali pertama ini telah disertai oleh seramai sembilan orang fotografer, 5 orang lelaki dan selebihnya ialah perempuan. Perjalanan bermula dengan menaiki penerbangan Air Asia dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Surabaya. Dan setibanya sahaja di Surabaya, kami telah menginap di salah sebuah hotel yang mempunyai rangkaian besar di Surabaya iaitu Sinar Hotel.

Foto 2
Whispering Sand

Hari pertama begitu mendebarkan membuatkan semangat berkobar-kobar, rasa tidak sabar ingin menyaksikan lantas merakamkan sepuas-puasnya gunung Bromo. Namun kami perlu mengharugi perjalanan jauh dengan menaiki bas kecil Wisata kira-kira jaraknya sekitar 100-120km dari hotel penginapan kami dan memakan masa sekitar 3 hingga 4 jam. Perjalanan begitu menyeronokan ditambah lagi dengan kepelbagaian dan keunikan karakter manusia yang dapat kami saksikan sepanjang perjalanan. Masa akan datang ingin rasanya duduk minum kopi di warung berhampiran tepi jalan untuk merakamkan pelbagai detik menarik serta perilaku manusia.


Foto 3
Penunggang Motosikal bersama muatannya dicelah-celah antara lori dan kenderaan lain.

Foto 4
Penjual Bakso di sepanjang perjalanan ke Bromo.

Foto 5
Peniaga Bakso Rasa Cinta, kawasan sekitar Malang.

Foto 6
Perjalanan masuk ke kawasan Kampung Probolinggo, Semeru.

Bersambung nanti...



Foto 1 The Ant of King Scorpion

 
Foto 2 Mission Imposible, Life or death. 

Foto 3 Santai 

Foto 4 Work Hard

Foto 5 Dark Hunter

Sudah jarang-jarang nampaknya saya mengemaskini dan menambah koleksi cerita dalam blog ini, asyik sibuk dengan arus media yang lain, lebih ringkas, pantas dan mudah dikendalikan. Dengan blog ianya memerlukan masa dan komitmen supaya cerita yang dikongsikan tidak memboringkan. Kali ini saya kongsikan beberapa foto makro yang saya rakamkan di beberapa tempat dan masa. Ssampai ke temu lagi....

PENGIKUT