Hai jumpa lagi, sekembalinya dari bercuti raya, perjalanan ke Kota Kinabalu saya mengambil kesempatan menerjah satu lokasi menarik di Kota Belud iaitu Kampung Tempasuk.

Pemandangan begitu menarik di lokasi ini, dengan keluasan menghijau sawah padi sejauh mata memandang, berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang tersergam indah, membuatkan kalian terpukau seketika.

Peluang ini saya gunakan sebaik mungkin untuk merakamkan keindahan panorama sawah dengan keadaan cuaca yang baik, sawah kelihatan kehijauan, langit membiru dan gambaran gunung yang mengasyikan. Jom saksikan

Akushatra BlackBerry®

Assalamulaikum WBT kepada semua rakan-rakan sealiran dengan saya. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari raya kali ini memberi makna yang begitu mendalam kepada sesama kita.

Akushatra BlackBerry®



Asslamulaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan dan para pelawat blog saya yang tak seberapa ini. Selamat menyambut hari raya aidilfitri yang tak lama kunjung tiba.

Kali ini saya nak kongsikan beberapa koleksi foto rakaman Baturong Madai Waterfall yang terletak di daerah Kunak. Air terjun ini agak tinggi juga pada perkiraan saya, mungkin sekitar 40 meter. Dan yang pasti tidak sesiapa pun dibenarkan mandi, atas faktor keselamatan.

Saksikan beberapa koleksi foto rakaman saya...jommm...

Akushatra BlackBerry®

PENGIKUT