Foto 1 Teluk Villa, Putatan

Alhamdulillah masih berpeluang merakamkan pelbagai keindahan dan keunikan beberapa tempat menarik di Kota Kinabalu. Bandar ini bukan sahaja dihiasai dengan landskap bangunan baru mahupun lama, tetapi juga mempunyai beberapa tempat yang bagus untuk dikunjungi terutamanya kepada rakan-rakan fotografer. Dari foto 1, momen ini saya rakamkan di Teluk Villa, Putatan ketika menanti menjelang senja.
Foto 2 Pantai Pasir Putih, Petagas
Foto ini pula saya rakamkan ketika sesi outing ke kawasan pantai Kampung Pasir Putih, Petagas. Tempat ini tidak kurang juga hebatnya dengan ketepatan masa dan cuaca, sudah pasti akan memberikan keseronokan kepada fotografer yang hendak merakamkan detik matahari terbenam.

Foto 3 Tanjung Aru

Foto 4 Teluk Villa

Foto 5 Kuala Putatan


Foto 1 Sudut pandang dari jeti Batangan Baru Resort

Keindahan Kampung Batangan Baru, Tuaran begitu membuatkan saya teruja dan oleh sebab itulah saya kerap kali berkunjung ke tempat ini. Untuk kali ini saya pergi untuk merakamkan panorama landskap versi moonlit dan low light. Mencari kelainan dalam pelbagai versi cuaca, musim dan termasuklah siang dan malam.  

Foto 2 Batangan Baru Resort

Menyaksikan keindahan landskap menjelang moonlit di tempat ini, siapapun akan terpersona. Hal ini kerana tempat ini bukan sahaja cantik, indah dan menarik malahan juga tenang, aman dan damai. Jika berpeluang berkunjung ke resort ini, datanglah secara beramai-ramai bersama rakan-rakan fotografer sambil berkongsi idea, fikiran dan kegembiraan.

Foto 3 Tasik Batagan Baru.
Kampung ini juga terserlah keindahannya dengan kewujudan tasik yang terbentang luas disekitar kediaman penduduk kampung. Namun harus diingat sesiapa pun tidak dibenarkan memancing, memukat atau merambat kerana tasik ini telah ditaggal.


PENGIKUT