Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Istimewa kepada seluruh follower blog ini dari segenap corong, seperti menerusi email, RSS, Twitter dan Facebook. Apa cerita sensasi kalian kali ini, jikalau boleh dikongsikan, insyallah saya sudi berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Untuk itu juga sebelum tuan-tuan berkongsi dengan saya dan terus menghantar sebarang artikel, komentar dan isu yang berkaitan dengan dunia seni fotografi ke email saya (putrasharif@gmail.com). Sebarang kiriman artikel, komentar atau isu saya akan edit terlebih dahulu, itupun cuma memenuhi syarat blog ini, agar sebarang artikel, bahan dan sebagainya sebelum diterbitkan maka haruslah terlebih dahulu diedit, kemudian barulah diterbitkan dengan hak milik penulis asal. Baiklah menyentuh berkenaan tajuk artikel kali ini iaitu Teknik Menakjubkan Untuk Portrait, saya akan mulakan dengan teknik pertama seperti berikut.
Cari sudut yang tidak sejajar dengan aras mata
Sebagai photographer semestinya kita menginginkan hasil foto lebih menarik , marvelous, luar biasa dan berjaya menterjemahkan sesuatu yang diinginkan. Jikalau objektif tidak tercapai, seolah-olah foto tersebut tidak bermaya, kaku dan kurang menarik. Dalam hal ini akan wujud rasa tidak puas hati pada penonton. Jangan salahkan jikalau pemerhati foto kita menyatakan photographer ini syok sendiri, entah apa-apa yang hendak disampaikannya. Ringkasnya photographer tersebut tidak berjaya menterjemahkan mengikut dua persepsi utama iaitu prapandang sebagai photographer dan penonton. Justeru itu apa yang harus lakukan supaya portrait tersebut unik. Antaranya ialah cuba cari sudut yang tidak sejajar dengan aras mata kita sebagai photographer pada subjek yang hendak diportraitkan.
Photo 1# Technique from Above-below level- The focus is only the face of the subject(bokeh)
Untuk lebih memudahkan pemahaman kita. Dari foto di atas, saya rasakan amat menarik walaupun hanya sesaat memandangnya. Mengapa dan kenapa ? alasannya bagi saya photographer telah menggunakan teknik level atas ke bawah arah subjek. Dan ini memperlihatkan kepada kita sudut yang dipilih oleh photographer bukanlah mengikut aras matanya secara biasa, tetapi mencari sudut yang lebih kreatif supaya subjek amat menarik pada portrait(Find angles that aren’t eye level). Cuba pelbagaikan lagi sudut tersebut misalnya dari arah bawah ke atas, pasti hasilnya lumayan. Kemudian gunakan kemahiran "membokeh" iaitu dengan memberi fokus pada segelintir sahaja dari bahagian subjek, misalnya pada foto ini fokus hanya pada raut wajahnya sahaja namum yang pasti impaknya amat lumayan.
9 ulasan:
viewpoint yg best
Tq bos..jgn lupa ah
teknik yg menarik..boleh dicuba nti ni :D.
terbaek laa...nk tiru laa..hehe
terima kasih kongsi teknik...nanti nak try!! =)
Tq Nurkasih,Teratakindah,Adrenalina...kata2 awak semua sbg perangsang utk kt kerap berkongsi segala ilmu fotografi..
sonok nye dpt belajar cara2 amik pic dgn menarik, ajar lgi ye lenkali
mia belajar kat sini selaloo..mcm mna nak sumbng ilmu.. :)
M.I.A..x pa mana tau kt dpt share apa2 tips kan
Catat Ulasan