Memaparkan catatan dengan label Tips Foto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Foto. Papar semua catatan

20 Mei 2011

Sudut Inspirasi Fotografer

Assalamulaikum dan Salam Hormat. Kali ini sengaja saya selitkan beberapa kata-kata hikmah dan perangsang dari kalangan otai-otai yang telah mencipta nama, jenama dan kejayaan dalam dunia fotografi. Mari kita baca, amati dan renung-renungkan ungkapan kata-kata mereka agar menjadi pencetus semangat buat diri kita dan mereka yang bergelar fotografer.

"Semua orang boleh beli kamera, tapi tak semua orang boleh jadi seorang photographer yang baik. Semua orang mampu menjadi seorang photographer, namum tak semua yang mampu hasilkan imej yang terbaik, imej yang ada sentuhan nilai seni 'sense of art'.- Yaman Ibrahim.

"Ilmu itu penting, sebab daripada ilmu, anda boleh pergi jauh dan arah tuju anda akan lebih fokus".-Yaman Ibrahim.

"Carilah jurulatih-jurulatih yang anda suka karya mereka dan juga boleh terbukti". -Saiful Nang

"Saya seorang pencerita visual, saya benar-benar percaya tentang kepentingan misi seorang jurufoto. Ia tentang membentangkan rekod visual masa kita.-Joe MCnally

Demikianlah sebahagian daripada kata-kata hikmat dari kalangan otai-otai yang saya kagumi tentang hasil karya mereka. Meskipun cuma sebaris kata namum membawa seribu makna atau lebih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 Mei 2011

Teknik Bounce Flash

Foto 1
Foto 2

Bounce atau bouncing ialah teknik memantulkan cahaya daripada flash. Caranya amat mudah iaitu dengan menghalakan muncung flash anda ke arah mana yang difikirkan boleh memantulkan cahaya atau sebagai reflektor. Namum begitu sedikit kesukaran bagi flash yang statik tidak boleh diubah-ubah posisi muncungnya.

Cahaya yang terhasil daripada bouncing adalah lembut dengan sebaran cahaya yang sekata. Kemudian potret juga tidak memperlihatkan tone yang kontra serta menghasilkan bayangan. Menarik bukan, memang menarik berbanding dengan cara yang lazim digunakan sebelum ini.

Sebenarnya ada banyak cara lagi yang menuntut kreativiti anda untuk membuat bounce flash ini. Antaranya bukan sahaja menggunakan syiling rumah atau dinding sebagai bouncing tetapi juga objek lain seperti daun kayu dan pisang. Hasil foto kelak kelihatan lebih natural dan menarik.

Gambar-gambar diatas memperlihatkan contoh foto dari bouncing dan carta kerja teknik bounce flash.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

11 Mei 2011

Tips Supaya Foto Superb


Kebanyakan fotografer inginkan hasil foto yang mereka superb, amat bagus, menakjubkan dan semestinya menarik perhatian sesiapa pun yang memandangnya. Bagaimana semua ini menjadi kenyataan pada diri anda. Kesemua keinginan ini bermula dari ilmu pengetahuan yang dipelajari dari kursus-kursus fotografi yang anda perlu hadiri. Dari situ anda akan mengetahui lebih banyak ilmu, kemahiran, idea dan kepakaran. Ini juga boleh dikategorikan sebagai tips supaya foto anda superb.

Tips asas seperti kemahiran memegang dan mengendalikan kamera juga rasanya mustahak untuk dipelajari. Dengan teknik memegang kamera yang betul bukan sahaja memudahkan anda mengendalikan kamera, tetapi juga hasil foto yang dirakam kelak. Cara pegang kamera tidak betul akan membuatkan tangan anda bergegar dan titik fokus akan hilang. Maka hasil fotonya akan jadi blur, biasa-biasa sahaja dan kurang menarik.

Seterusnya anda perlulah bijak menggunakan tripod atau monopod. Namum begitu perlulah pandai menyesuaikan diri dengan situasi atau venu di mana anda merakam imej tersebut. Jika tidak mungkin anda akan diketawakan oleh kawan-kawan. Penggunaan tripod dan monopod amat berguna ketika merakam imej landscape, night trail, water fall untuk slow shutter dan banyak lagi yang difikirkan sesuai.

Bagaimana pula jika kita terlupa untuk membawa tripod atau monopod. Sedangkan ketika itu kita teramat perlu menggunakannya. Jangan risau atau kelangkabut cuba gunakan beberapa tripod atau monopod semulajadi, antaranya paling asas menggunakan kekuatan lutut anda, sambil duduk mencangkung gunakanlah lutut sebagai alat sokongan supaya foto anda sharp. Kemudian anda mungkin boleh menggunakan objek seperti kayu, batu, meja, kerusi atau sebagainya yang sesuai. Dan jika kesemua cara tersebut kurang sesuai cuba sandarkan badan anda di dinding, batu, pokok kayu atau sebagainya. Dengan teknik ini mungkin menjadikan foto anda kelihatan superb. Selamat mencuba dan semoga berjaya...bye-bye..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 Mei 2011

Tips Merakam Potret Diwaktu Malam



Merakam imej diwaktu malam memang menyukarkan bagi para fotografer. Sebabnya ialah faktor cahaya yang memang terhad. Berbanding diwaktu siang, secara semulajadinya cahaya matahari banyak membantu dalam proses merakam imej.

Namum jika terpaksa merakam imej diwaktu malam atau dalam ruang yang kurang sumber cahaya, maka bolehlah mempraktikan beberapa perkongsiaan tips ini untuk memastikan imej yang dirakam bagus.

1. Sila gunakan tripod. Tujuannya ialah untuk mengelakan gegaran yang menghasilkan kesan kabur. Selain itu imej yang dirakam cukup sharp dan dapat menggunakan shutter yang perlahan.

2. Gunakan shutter yang perlahan supaya dapat merakam ambience light.

3. Tukar mode flash kepada rear flash untuk memastikan hasil imej yang lebih sharp.

4. Cuba gunakan aperture yang besar seperti f1.4 atau f2.8 bila merakam imej diwaktu malam. Latihan yang kerap dengan merakam foto still life di rumah akan dapat meningkatkan lagi skill anda.

5. Jangan lupa menggunakan flash untuk mendapatkan main light yang bagus. Dan jikalau berkemampuan gunakan lebih dari satu flash atau lebih dikenali strobist skill.

6. Selalunya sebagai newbie mereka kerap menggunakan mode autofokus bila merakam imej, tidak kiralah waktu malam atau tidak. Tetapi bagi mereka yang sudah mempunyai asas yang baik dalam teknik pengendalian kamera, cuba gunakan mode manual fokus untuk mendapatkan imej yang tajam.

Dari contoh foto ini menunjukan perbezaan yang ketara, antaranya nose dan sharp. Gunakanlah tips-tips seperti yang digariskan tersebut untuk memperbaiki skill masing-masing.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

24 April 2011

Bracketing



Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat berhujung minggu tak kiralah di mana kalian berada. Jika anda sedang berkelah, beriadah dan sebagainya, jangan lupa untuk merakam gambar sebaik yang mungkin. Kerana sebenarnya dari gambar anda merakamkan nostalgia disuatu masa kelak.

Kali ini mari kita mengenali dan memahami apakah itu "bracketing" dalam fotografi. Dari pemahaman saya bracketing itu ialah proses merakam imej terhadap sesuatu subjek atau objek dalam kadar yang banyak dengan menggunakan setting kamera yang berlainan.


Bracketing amat bermanfaat digunakan ketika kurangnya cahaya dalam satu-satu tempat shooting. Jadi sebagai jalan peneyelesaiannya gunakanlah teknik bracketing.

Mengapa penting belajar dan memahami bracketing ini. Kadang-kadang sensor kamera mempunyai had limit untuk mengesan dynamic range. Dynamic range ini ialah sensitiviti terhadap cahaya. Sesetengah keadaan sensor kamera gagal atau sukar merakam secara baik, kerana tone dan situasi kecerahan serta gelap pada satu-satu shooting. Oleh kerana single shoot yang kerap digunakan dalam merakam imej gagal menghasilkan imej yang baik, maka silalah gunakan teknik bracketing yang dapat menghasilkan imej yang mempunyai kapasiti dynamic range yang tinggi.

Isu akan datang Kegunaan Bracketing Secara Khusus.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

20 April 2011

Kelebihan & Kekurangan Rakaman JPEG & RAW

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kawan-kawan dan para pengunjung setia blog ini, terima kasih atas sokongan sekalian. Kali ini mari kita bongkar rahsia kelebihan & Kekurangan merakam imej dalam format JPEG dan RAW.

Format JPEG
Kelebihan
1. Saiz fail yang lebih kecil
2. Lebih imej bagi setiap kad memori
3. Lebih pantas disimpan ke dalam kad memori.
4. Capaian terus kepada imej tanpa perlu proses converter.

Kekurangan
1. Kamera akan memampatkan imej tersebut
2. Maklumat akan hilang kerana pemampatan
3. Kurang julat penyuntingan
4. Kurang fleksibel dengan kesilapan Jurufoto

Format RAW
Kelebihan
1.Tiada pemampatan foto fail. Imej yang dirakam adalah sepenuhnya daripada sensor kamera.
2. Mempunyai kelebihan untuk manipulasi imej dalam perisian penyuntingan.
3. Julat penyuntingan tona yang lebih tinggi.

Kekurangan
1. Saiz fail yang lebih besar
2. Kurang imej untuk setiap kad memori
3. Mesti mempunyai perisian untuk menyunting foto.

Jadi format yang mana satu menjadi kegemaran anda. Saya gemar menggunakan format RAW untuk merakam imej landscape. Sebabnya sudah pasti saya inginkan imej yang dirakam adalah sepenuhnya dari sensor kamera. Kemudian apabila melalui proses editing, imej kelihatan padat dan kemas dari segi warna. Meskipun begitu saiz sesebuah foto berformat RAW amatlah besar dan jikalau PC, laptop atau tablet anda tidak mempunyai perisian seperti shrink image proses upload agak lambat.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Framing Dalam Foto

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Apa cerita kaum kerabat sahabat photographer sekalian. Di samping kita menjalani segala aktiviti yang menjadi kewajipan kita seharian, mari seketika kita sembang-sembang apa itu framing dalam foto.

Framing adalah satu cara untuk menampakan impak yang lebih kukuh pada imej yang dirakam. Framing juga merupakan satu kaedah memasukan border di dalam framing foto. Untuk itu cuba masukan apa-apa sahaja di depan subjek utama anda sebagai border. Sebagai contoh menggunakan daun-daun sebagai bahan binaan border dalam framing.

Tona warna boleh juga digunakan sebagai border dalam framing. Tona warna yang berlainan efek membuatkan subjek utama kelihatan amat dramatik dan menarik. Teknik ini amat berkesan dipraktikan untuk merakam potret perkahwinan dan modeling. Cuba-cubalah cara ini agar memberi kelainan pada setiap imej yang anda rakam. Kadang-kadang asyik merakam dan menikmati imej yang mempunyai stail sama membuatkan kita bosan dan sebagainya.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

17 April 2011

Belajar Fotografi

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Semoga rakan-rakan mewarnai kehidupan seharian dengan warna warni yang indah, cantik, molek dan semestinya hebat. Untuk itu mari kita cerita sedikit tentang "belajar Fotografi". Hal ini nampak macam sukar sangat, ya memang betul belajar fotografi ni memang ada sukarnya. Maka itu harus juga belajar terlebih dahulu tentang fotografi, barulah dapat merakam imej yang bagus.

1. Baiklah sebagai permulaan cuba pelajari bagaimana mendapatkan exposure yang seimbang dahulu. Mahirkan diri anda dengan ISO, shutter speed dan Aperture.

2. Kemudian perlu juga menguasai asas-asas komposisi seperti framing, placement, warna, white balance dan perspective.

3. Fahami apa itu DOF dan teknik slow shutter, ini akan membantu anda merakam imej secara tepat dan mengelakan berlakunya nose atau bintik-bintik halus dalam imej yang dirakam.

4. Sumber cahaya ibarat sinaran dalam imej yang dirakam, jika gagal memanipulasikan cahaya imej yang dirakam itu pastinya kurang menarik. Untuk mengatasi hal ini cuba pelajari, fahami dan buat praktikal setelah memahami setiap langkah pembelajaran. Fahami kesan arah cahaya kepada subjek, juga perlu mempelajari apa itu sifat pada bentuk, tekstur pada permukaan, corak berulang dan contrast.

5. Seterusnya cuba pelajari dan dalami ilmu berkenaan lighting. Lighting akan memberikan impak kepada permukaan yang berlainan contohnya kesan cahaya pada alat berbeza dengan wajah manusia.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

09 April 2011

Tips Macro Shot

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Saya amat menggemari gambar-gambar dari macro terutamanya yang bertemakan serangga yang halus. Sebabnya ialah agak jarang kita melihat dunia sekecil dan sehalus serangga dengan mata kasar. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah melihat menerusi lensa macro sahaja, kemudian transfer ke ruangan komputer ataupun print sahaja. Tetapi adakah anda diluar sana mengetahui bagaimana photographer berjaya menghasilkan gambar-gambar macro ini. Bagi yang sewaktunya dengannya iaitu seorang photographer yang menceburi bidang macro shot sudah pasti bersetuju dan berkongsi pendapat, rasa dan idea dengan saya. Mari kita kongsikan tips macro shot menerusi blog ini, dengan harapan ilmu sesama kita bertambah-tambah hendaknya.

Kebanyakan serangga seperti pepatung(dragonflies),rama-rama(butterflies),lalat dan belalang misalannya, sedikit kesukaran akan dihadapi oleh kalangan begginer, mungkin dari segi skill dan ilmu yang masih di tahap begginer menyukarkan mereka untuk merakam imej pepatung atau rama-rama. Namum begitu di kalangan photographer yang bertaraf Pro seperti Matt Cole(http://www.mattcolephotography.co.uk/) mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk merakam imej pepatung dan rama-rama ini. Pada beliau untuk merakam imej subjek ini photographer haruslah mempunyai sikap bertenang, bersabar dan berhati-hati ketika mendekati subjek ini. Setiap pergerakan yang agresif akan mempengaruhi respons kepada subjek, jika subjek berasa terancam dengan pergerakan photographer yang terlalu agresif, sudah pasti ia akan terbang dan jawapannya ialah gagal. Maka dengan itu cubalah bersikap cool, steady dan berhati-hati mendekati subjek ini. Cuba alahkan muncung lensa anda secara perlahan-lahan ke arah subjek dan subjek lama kelamaan akan berasa tenang dan mesra dengan anda. Saya sudahpun mempraktikan cara ini setiap kali merakam imej pepatung ,rama-rama dan ada berbagai lagi . Dan hasilnya ialah seperti berikut.

Foto 1# Canon 400D+Tamron 90mm. 1/10s, at f/5.0 ISO 100

Foto 2# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/160s,at f/18, ISO 100.

Foto 3# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/80s, at f/2.8 ISO 100

Foto 4# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/400s, at f/5.6 ISO 400

Foto 5# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/60s, at f/5.0 ISO 100

Merakam imej macro seperti serangga ini memerlukan stamina dan kekuatan pada bahagian lenggan dan kekuda kaki kita. Jadi bagi mereka yang mempunyai minat untuk menceburi bidang macro shot ini bersedialah dengan tips-tips yang bermanfaat ini. Sebarang perkongsiaan dan idea saya selalu bersikap terbuka kepada semua rakan-rakan.

03 April 2011

Teknik Menakjubkan Untuk Portrait

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Istimewa kepada seluruh follower blog ini dari segenap corong, seperti menerusi email, RSS, Twitter dan Facebook. Apa cerita sensasi kalian kali ini, jikalau boleh dikongsikan, insyallah saya sudi berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Untuk itu juga sebelum tuan-tuan berkongsi dengan saya dan terus menghantar sebarang artikel, komentar dan isu yang berkaitan dengan dunia seni fotografi ke email saya (putrasharif@gmail.com). Sebarang kiriman artikel, komentar atau isu saya akan edit terlebih dahulu, itupun cuma memenuhi syarat blog ini, agar sebarang artikel, bahan dan sebagainya sebelum diterbitkan maka haruslah terlebih dahulu diedit, kemudian barulah diterbitkan dengan hak milik penulis asal. Baiklah menyentuh berkenaan tajuk artikel kali ini iaitu Teknik Menakjubkan Untuk Portrait, saya akan mulakan dengan teknik pertama seperti berikut.

Cari sudut yang tidak sejajar dengan aras mata

Sebagai photographer semestinya kita  menginginkan hasil foto lebih menarik , marvelous, luar biasa dan berjaya menterjemahkan sesuatu yang diinginkan. Jikalau objektif tidak tercapai, seolah-olah foto tersebut tidak bermaya, kaku dan kurang menarik. Dalam hal ini akan wujud rasa tidak puas hati pada penonton. Jangan salahkan jikalau pemerhati foto kita menyatakan photographer ini syok sendiri, entah apa-apa yang hendak disampaikannya. Ringkasnya photographer tersebut tidak berjaya menterjemahkan mengikut dua persepsi utama iaitu prapandang sebagai photographer dan penonton. Justeru itu apa yang harus lakukan supaya portrait tersebut unik. Antaranya ialah cuba cari sudut yang tidak sejajar dengan aras mata kita sebagai photographer pada subjek yang hendak diportraitkan.

Photo 1# Technique from Above-below level- The focus is only the face of the subject(bokeh)

Untuk lebih memudahkan pemahaman kita. Dari foto di atas, saya rasakan amat menarik walaupun hanya sesaat memandangnya. Mengapa dan kenapa ? alasannya bagi saya photographer telah menggunakan teknik level atas ke bawah arah subjek. Dan ini memperlihatkan kepada kita sudut yang dipilih oleh photographer bukanlah mengikut aras matanya secara biasa, tetapi mencari sudut yang lebih kreatif supaya subjek amat menarik pada portrait(Find angles that aren’t eye level). Cuba pelbagaikan lagi sudut tersebut misalnya dari arah bawah ke atas, pasti hasilnya lumayan. Kemudian gunakan kemahiran "membokeh" iaitu dengan memberi fokus pada segelintir sahaja dari bahagian subjek, misalnya pada foto ini fokus hanya pada raut wajahnya sahaja namum yang pasti impaknya amat lumayan.

03 Disember 2010

Tips Photography

Aperture

The opening in the lens that restricts how much light reaches the image sensor. In all but the most basic cameras, the size of the aperture is adjustble. The aperture setting used has an important role to play in both exposure and depth of field(DOF)


Nilai angka ini pada setting kamera akan membuatkan titik fokus pada subjek tertentu sahaja. Keadaan begini sememangnya cantik dilihat. Hal ini kerana hanya subjek sahaja yang menjadi fokus dan background menjadi blur.

Nilai angka f/2.5 membuatkan fokus pada subjek tersebut menjadi lebih luas berbanding nilai angka f/2.4

Nilai angka f/5.6 membuatkan fokus pada keseluruhan subjek dan bukan hanya pada bahagian tertentu. Tetapi jika bijak bermain dengan aperture pada kamera anda, akan menghasilkan foreground dan background yang cantik dan kreatif. Sekadar perkongsiaan dan bukannya berniat sebagai mengajar ibu itik mengajar anaknya berenang. Mohon maaf jikalau kurang bagus penerangannya.

In The Bag
Camera Canon 60D
Lens Canon 50mm
Flash Nissin Di622, Canon 220EX

18 November 2010

Bagaimana Foto yang dikatakan "MENARIK"

Kerap kali kita mellihat hasil karya foto yang pelbagai dan pastinya ada yang menarik dan ada yang membuatkan kita terdiam seketika dan menyatakan 'cantiknya foto ini'!.JUSTERU bagaimanakah yang dikatakan foto itu menarik selain mengikut peraturan atau rules dalam seni fotografi. Pada pengamatan saya lebih kurang begini, antara yang membuatkan foto itu menarik ialah.

  • Foto yang menarik semestinya hasil dari kamera jenis DSLR atau kamera bersensor besar yang boleh ditukar-tukar lensanya. Ya semestinya hasil foto DSLR memang jauh lebih baik berbanding kamera jenis poket. Kamera poket mempunyai fungsi yang terhad berbanding dengan kamera jenis DSLR. Namum harus diingat juga faktor kemahiran dan skill juga turut memberi impak kepada keberhasilan foto yang menarik.
Foto Sharif Putra
  • Foto yang menarik juga semestinya terhasil dari gabungan Flash, maksudnya ialah kamera yang built-in flash akan dapat menghasilkan foto yang lebih menarik. Dengan bantuan built-in flash kepelbagaian komposisi dan susun atur cahaya akan dapat ditentukan dan menghasilkan foto yang baik. Perlu diingat cahaya adalah amat mustahak dalam fotografi.
  • Faktor lensa juga turut mempengaruhi menarik atau tidak foto itu. Mungkin foto yang diambil dengan menggunakan lens biasa itu menarik tetapi apabila dibuat perbandingan dengan hasil foto dari lens yang mempunyai nilai bukaan besar seperti  f/1.4, f/1.8, dan f/2.8.
Foto: Rarindra Prakrasa
  • Foto yang menarik juga terhasil ketika matahari terbit(golden hour) iaitu sekitar jam 6 pagi  dan saat matahari terbenam. Gabungan dari fakta-fakta ini bolehlah diuji menurut kepakaran, kemahiran, kreativiti dan pemahaman masing-masing. Segala yang diutarakan ini merupakan hasil pengalaman dan pengamatan sendiri penulis.
Foto: Rarindra Prakrasa