Seni fotografi adalah halus, teliti, indah, cantik, mempersona dan mendatangkan kepuasan kepada penghasilnya dan audien yang menikmati hasil seni tersebut. Seni dalam fotografi mungkin mempunyai perbezaan dengan makna fotografi dalam seni. Untuk menjawabnya entalah bagaimana menurut perspektif masing-masing. Namum bagi saya fotografi itu adalah satu seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Entri kali ini bukanlah menyentuh secara panjang lebar berkenaan dengan tamsilan sebentar tadi tetapi bekongsikan Tips Sebelum Mempotret. Apakah tips yang harus menjadi pedoman kepada setiap fotografer sebelum melaksanakan tugasnya. Berikut beberapa tips yang berguna untukl diamalkan.
Subjek yang menarik
Cuba fikirkan tentang motif atau matlamat yang hendak disampaikan menerusi foto yang terhasil kelak. Dari itu kita akan tidak tersasar dari matlamat asal. Misalnya kita sedang berada dalam suasana khalayak ramai, jadi mungkin kita ingin mengambil candid sahaja. Tetapi harus diingat juga jangan terlalu banyak memasukan unsur-unsur di dalam foto kita, ini membuatkan foto tersebut berserabut dan tidak mempunyai nilai yang disebut sebagai Point of intrest(poi).
Foto 1
Point of intrest dalam foto ini, saya fikir terletak pada aksi jari telunjuk yang memberi makna tersirat.
Sebelum mempotret haruslah dititikberatkan soal sumber cahaya, arah cahaya, kekuatan cahaya tersebut dan bagaimana seseorang fotografer itu dapat menyesuaikan setting kameranya dengan situasi cahaya. Disinilah sebenarnya akan teruji kemampuan, kemahiran dan pengalaman seorang fotografer tersebut. Cahaya adalah sumber kekuatan dalam seni foto. Tanpa cahaya yang bagus, foto yang dimabil juga semestinya kurang bagus.
Kemahiran fotografer bermain cahaya berjaya menghasilkan foto yang amat menarik. Teknik ini dipanggil teknik silhoutte. Foto ini adalah hasil karya sahabat saya saudara Cayril.
Komposisi
Langkah terbaik sebelum membuat komposisi ialah dengan mengambil tahu hal berkenaan dengan faktor latar belakang. Latar belakang yang bersih, teratur dan tersusun adalah langkah penting untuk menghasilkan foto yang amat bagus. Jika anda baru sahaja menceburi dunia fotografi, maka wajarlah mempelajari terlebih dahulu berkaitan dengan rumus komposisi sebagai panduan, antaranya seperti rule of thirds, golden rasio, skala dan lain-lain.
Foto 3
Foto ini bukan sahaja memberi fokus kuat kepada subjek utama tetapi juga kepada faktor background dan foreground. Dan dengan gabungan kompoisi tersebut hasil karya ini kelihatan menarik. Link pada foto ini
6 ulasan:
bile berphotoshoot...hati kena suci dan murni...baru mendapatkan hasil yg menarik
@Cayril, peh.. kalau shoot model seksi konpem hati dah tak suci. haha
*Cayril..tq komen membina tu..ni 1 lg tips tambahan dri Cayril..tq bg pinjam foto ya
*Sasa-nakal jg kata2 tu..sya fikir ada btl jg tu..leh jd stim lg ti ha2..
best info ni.. susah la mau cari explenesen photography dlm bm ni. keep up the good work bro..!
Bro Richard..thanks ni hanya perkongsiaan ilmu yg x seberapa..
Catat Ulasan