Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan photographer, kali ini rasanya nak share lagi sedikit pengalaman dan kemahiran yang dipraktikan namum hanya setakat ini dulu skill yang ada. Insyallah dengan tunjuk ajar rakan-rakan juga akan dapat meningkatkan lagi ilmu di dada ini. Baiklah sebagai mengisi ruangan entri kali ini mari kita sama-sama mengupas tajuk Exposure ini. Bagi mereka yang baru menceburkan diri dengan dunia kamera, mode Auto adalah sebagai alternatif dan kerap digunakan berbanding dari menggunakan mode Manual. Untuk menggunakan mode Manual maka haruslah mempelajari apakah itu exposure atau dedahan cahaya. Exposure bermakna jumlah dedahan cahaya dan imbangan cahaya yang memasuki ruangan kamera sensor anda. Harus diketahui bahawa keadaan di dalam kamera adalah gelap, dan apabila kita hendak merakam imej, shutter pada kamera akan terbuka dan cahaya dari luar akan memasuki kamera kita menerusi lensa. Dalam hal ini sensor akan menerima dedahan cahaya ini, sama ada dalam keadaan banyak atau sedikit. Inilah yang dimaksudkan dengan exposure dalam merakam imej.
Bagaimana jika kamera kita mengalami lebihan cahaya, ini akan menyebabkan imej yang terhasil akan menjadi keputihan. Manakala pula jika kurangnya cahaya ini akan menyebabkan imej yang terhasil menjadi gelap. Maka itu sebagai jurufoto anda juga dituntut agar menguasai kemahiran dari aspek pengiraan tetapan exposure(dedahan) supaya imej yang terhasil kelihatan amat menarik. Kebolehan untuk mengawal kuantiti cahaya masuk dengan melaraskan shutter, aperture dan ISO adalah kunci kepada penghasilan imej yang amat bagus.
Contoh imej yang dirakam dengan berlainan exposure..
Berjumpa di siri entri akan datang untuk sesi penerangan lanjut dan untuk rujukan tambahan sila klik link blog ini http://akushatra.blogspot.com/2010/12/tips-photography.html,
2 ulasan:
nice...ilmu dari bro
Hai Cayril Ikhwan..tq 2 support
Catat Ulasan