Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Kali ini pasti para peminat DSLR Nikon teruja dengan kemunculan model D5100 serba canggih ini. Model ini baru sahaja dilancarkan oleh pihak Nikon yang dikategorikan sebagai DSLR entry-level. Kamera ini memiliki sensor 16.2 Mp serta layar LCD yang boleh dipusing, auto focus continuous, ISO sehingga 25,000. Model ini dilihat sebagai siri update dari model D5000 yang telah dilancarkan pada bulan april 2009. Spesifikasinya pula adalah di antara D3100 dan D700 dan model ini juga mempunyai berat yang ringan serta bersaiz kecil seperti D3100. Jadi model ini amat bersesuaian dengan golongan wanita dengan berlandaskan kepada saiz dan beratnya.
Model D5100 ini juga mempunyai keupayaan merakam video yang beresolusi 1080p dan 720p dengan kadar kepantasan 24 atau 30 fps. Dengan ukuran LCD 3 inci juga membolehkan jurufoto melihat hasil rakaman imej dan video secara mudah. Satu perkara yang menarik lagi tentang model terbaru Nikon ini ialah pada aspek mode efek yang membolehkan jurufoto menggunakan empat filter iaitu selective Color, Color Sketch, Effect tilt-shift dan Night Vision. Saya amat suka pada efek tilt-shift yang ditawarkan menerusi model D5100 ini. Lepas ini rasanya tidak perlulah membeli sebarang lensa khas untuk tilt-shift lagi. Info berkenaan harga masih belum ketahui untuk pasaran Malaysia.
Untuk keterangan lanjut bolehlah layari laman web ini
6 ulasan:
ISO 25 000!!!! wow.. 1080HD?? ush mcm TV full HD dah ni bro... brape harge die???
Ya bro mmg power gila new model 5100 ni..x payah beli video camera la...
wah best ni.. :D
wow...sape yg tgh mencari2 dslr mesti teruja
Ciknamr: tq 2 support ya
Adrenalina: tq ya..ya sya pun setuju 2
Catat Ulasan