30 Mac 2011

Blogging Guna SMS

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan dan pengunjung yang dihormati sekalian. Kali ini entri saya bukanlah berkaitan dengan dunia fotografi, namum entri ini punya kaitan update blog kita tanpa perlu menggunakan laptop, pc, netbook atau tablet. Tetapi apa yang hanya kita perlukan ialah telefon bimbit. Nampak mudah dan ringkas. Kita boleh update atau menulis entri baru ke dalam blog kita meskipun kita sedang outstation, sedang menunggu bas, dalam perjalanan jauh atau dalam toilet sekalipun. Yang mustahak ialah terdapatnya liputan daripada telco sedara dan sedari. Pengalaman saya setelah berkecimpung ke dunia blog ini, saya terfikir bagaimana blogger-blogger otai dapat update blog mereka dengan pantas, sehinggakan setiap minit dan jam, blog mereka tetap diupdate. Setelah membuat research kini barulah saya tahu bagaimana mereka, update blog dengan sepantas begitu. Maka itulah saya ingin kongsikan ilmu baru saya ini dengan follower dan  para pengunjung blog saya, agar sama-sama memperolehi manfaat dari perkongsiaan ilmu ini. Baiklah bagaimana caranya.

  1. Log in ke Blogspot, dan aktifkan emel blog anda di bahagian Settings > Email & Mobile. Emel ini adalah rahsia, jangan kongsikan dengan orang lain.
    blogspot-sms-01
  2. Hantarkan SMS BLOG REG [label] [emel blogger] ke 32728. Anda boleh berikan apa sahaja nama bagi ruangan [label]. Contoh SMS:
    BLOG REG myblog khairul.34243@blogger.com 
  3. Setelah pendaftaran berjaya, satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.
Update Blog Guna SMS
  1. Hantar SMS BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog] ke 32728. Contoh SMS:
    BLOG myblog Cubaan # Ini cubaan update blog terus guna SMS.
  2. Setelah entri berjaya diterbitkan satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.
Update Blog Guna SMS
  1. Hantar SMS BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog] ke 32728. Contoh SMS:
    BLOG myblog Cubaan # Ini cubaan update blog terus guna SMS.
  2. Setelah entri berjaya diterbitkan satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.

Sumber & Ilustrasi http://www.sembangkomputer.com/

29 Mac 2011

Sumo Paint. Website online paling 'Superb' untuk Image Editor




What is sumopaint.com?
sumopaint.com is a thriving online art community of over a 15 million unique users and over 300 000 registered members from over 220 countries. The primary purpose of the community is to create, share, remix, explore, comment, rate and fave the artwork of its members. Sumopaint.com hosts the internet's most versatile painting / photo manipulation application called the Sumo Paint.

Sumopaint.com ialah sebuah web komuniti dilaksanakan secara  online. Dengan cara online web ini dapat membantu pengguna mencipta, berkongsi, menjelajah dan berkreatif menerusi aplikasi foto seakan Photoshop. Apa yang anda perlukan cuma Flash player untuk menggunakan aplikasi online ini.

Apabila anda mendaftar dengan Sumo Paint, ianya memberi kelebihan untuk anda menyimpan dan menyambung semula suntingan foto atau lukisan foto yang sedang anda lakukan. Ia juga membolehkan anda menggunakan lebih banyak ciri, tools dan servis. Sekiranya anda tidak mahu mendaftar sekalipun, ia tidak menjadi masalah kerana tools yang disediakan sudah cukup untuk anda berkreatif dengan foto digital anda.

Apabila anda klik pada butang Open Sumo Paint, window baru akan terpapar, di mana anda boleh memulakan kerja-kerja kreatif tanpa had. Antara tool yang disediakan seperti Filter efek 3D, Blur, Distort, efek cahaya, Stylize dan banyak lagi. Hanya klik dan ia dilakukan secara automatik. Seperti mana Photoshop, Sumo Paint turut menyediakan Swatches, fungsi Layers dan tentunya peralatan suntingan penting lain. Gambar yang dihasilkan juga boleh dimuat turun terus ke hard drive anda.

Selain itu, anda boleh melihat dan memuat turun imej yang dihasilkan pengguna lain di Sumo Paint atau mungkin anda sendiri ingin berkongsi imej yang anda hasilkan di Sumo Paint dan menerima komen terhadapnya. Ia turut dikelaskan mengikut kategori terbaharu, kegemaran dan undian terbanyak. Sumo Community juga turut membolehkan anda bersosial dengan pengguna lain.


27 Mac 2011

Aperture: Majalah Dalam Versi BM Isu 1

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera, diharapkan rakan-rakan sekalian dalam situasi yang membrangsangkan. Buat sekian lamanya saya menanti-nantikan koleksi rujukan fotografi dalam versi Bahasa Melayu Malaysia. Kalau yang lain kebanyakannya dalam versi Bahasa Melayu Indonesia. Tahniah kepada pihak yang menyediakan majalah Aperture dalam Bahasa Melayu Malaysia, meskipun nama majalah masih menggunakan bahasa Inggeris tetapi yang penting isi kandungannya mudah difahami. Mari kita terjah cover majalah Aperture ini. Dari segi harga sekitar RM8.00 bagi harga Semananjung Malaysia dan Sabah Sarawak berkmungkinan sekitar RM10.00 dan ke atas.

18 Mac 2011

Bernardo Medina

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera para kaum photorapher, harapan semuanya succes dengan tugasan harian. Bercerita berkenaan dengan fotografi ini sememangnya amat luas dan tidak terbatas ruang lingkupnya, dan begitu jugalah dalam mencari formula dan idea untuk kita mantapkan lagi seni dalam foto yang kita hasilkan. Orang kata kalau asyik makan benda yang sama setiap hari, jadi bosan juga jadinya. Justeru kita inginkan menu yang berlainan setiap hari, walaupun tidak jauh berbeza dengan menu yang kerap kita pilih. Dalam dunia fotografi juga saya fikir kita perlu selalu upgrade dan cari kelainan dalam setiap hasil foto kita, supaya terlihatlah perbezaan, peningkatan dan keunikan pada foto kita. Untuk itu saya juga merupakan pengkagum kepada Bernardo Medina yang berjaya menghasilkan foto-foto yang amat menarik, sehinggakan memenangi pelbagai peraduan atau contest. Mari kita nikmati hasil karya beliau ini.


Won the category of travel through- Smithsonian Photocontest

Travel Winner
 







 
 

Kukubesi Manipulasi

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Kesibukan dengan aktiviti harian membuatkan saya terkejar-kejar untuk membuat entri terbaru menerusi blog pertamaa saya ini. Kehadiran blog kedua saya yang baru di lancarkan pada seawal bulan febuari membuatkan saya bertambah sibuk. Tapi itu semua tidak mengapa, yang penting ada rasa minat yang mendalam sebagai blogger yang dapat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk dikongsikan. Untuk kali ini saya teringin membuat entri kedua pasal aliran kukubesi ini, yang mana sebelum ini saya telahpun membuat huraian sedikit tentang fotografer yang sedang mencipta nama di persada antarabangsa ini. Bagi sesiapa yang sudah mengenali beliau tidaklah sukar sangat untuk mengenalinya, tetapi bagi yang baru mengetahui nama beliau, silakanlah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa yang sedang panas diperkatakan di sana sini.





Peranan Kukubesi menerusi filem HMM ini amatlah penuh bermakna. Ini adalah sebagai tanda penghormatan yang tinggi kepada beliau oleh pihak KRU Studio untuk membuat cover filem HMM. Terus terang saya katakan apabila melihat kepada cover filem HMM pada awalnya, saya amat tertarik, sungguh menakjubkan, bagaimana foto sebegitu cantik di hasilkan. Dan soalan penting yang bermain-main di kepala ini, siapakah photographer yang sebegitu hebat menghasilkan cover foto HMM ini. Setahu saya penghasilan foto-foto yang empunya aliran seperti ini, datangnya dari negara seberang iaitu Indonesi seperti saudara Rarindra Prakrasa ataupun photographer sehebat Dave Hill.


Dato' Rahim Razali sebagai Taji

 Namum segala sangkaan saya telah meleset, apabila saya membuat research di internet, saya amat terkejut. Cover HMM yang saya kagumi sebelum ini, rupa-rupanya di hasilkan oleh saudara Kukubesi yang saya kagumi selama ini. Tahniah saudara sememangnya cover filem HMM yang dihasilkan itu amat indah dan menarik sekali. Bagi mereka yang belum menyaksikan filem ini di pawagam, silakanlah menonton, anda pasti akan rasa kelainan dalam penghasilan filem melayu lain dari yang lain. Saya sudah menyaksikannya dan anda bagaimana pula....Nantikan kupasan seterusnya mengenai foto HMM siri akan datang.

Aksi Merong Mahawangsa


10 Mac 2011

Best Photo From National Geographic

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian, apa khabar semua diharapkan hebat-hebat belaka. Siapa yang tidak kenal dengan rancangan TV NATIONAL GEOGRAPHIC yang memaparkan kisah pelbagai dimensi, susungalur dan keunikan tentang sesuatu yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini. Kali ini sengaja saya memaparkan beberapa koleksi terbaik dari NG sebagai perangsang minda dan idea kita bersama. Sebagai photographer kita harus rajin mencari idea untuk mencipta kelainan dan kepelbagaian dalam penghasilan koleksi foto-foto kita. Mari kita layan koleksi foto terbaik dari NG ini.

Foto 1 Serra da Leba, Angola, Photograph by Kostadin Luchansky

This is Serra da Leba, a landmark in Angola. It has been one of the country's postcard images for decades, but all shots were taken by day. I needed something different. I decided to try a night shot, but it seemed impossible: pitch black, foggy, an altitude of 1,800 meters (5,000 feet). My Nikon can stay open as long as 60 seconds max. But a car takes a few minutes to climb and descend and complete the "drawing." The fog was blocking! Suddenly the fog cleared, a car went down, another went up, and they met in the middle in under 60 seconds. Painting done.

Foto 2 Lightning, Cape Town Photograph by Warren Tyrer

Two separate lightning bolts converge over Table Mountain in Cape Town, South Africa, with an amazing display of natural electricity.

Foto 3 Bottlenose Dolphins in Surf,  Photograph by Andrew Wong

Dolphins are known to jump out the back of big waves as they break against the shores. This pod of bottlenose dolphins was leisurely surfing in the waves as the offshore wind blew against the incoming waves, creating an atmosphere that was most unique and magical. At a place called Waterfall Bluff in the Transkei, South Africa.

Foto 4  Lightning, Superstition Mountains, Photograph by Robert Quinn

A thunderstorm strikes over the foothills of the Superstition Mountains in central Arizona.


Foto 5 Chicago City Lights, Photograph by Jim Richardson

Chicago at night burns bright under blankets of clouds. Much of the glow escapes from streetlamps, including clear, Victorian-style lamps good for creating atmosphere but poor for harnessing today's extra-bright bulbs.

Foto 6 Snoqualmie Falls, Washington, Snoqualmie Falls, Washington

Sunrise filtering through the rising mist at the base of the falls. A perfect moment. Snoqualmie Falls, Washington, 30 miles east of Seattle

Foto 7 Swan on the River Avon, Photograph by Jason Wickens

Captured one morning along the River Avon, this beautiful swan was cleaning itself before stretching its wings in a classic pose. The early morning sun rays add to the surreal image as they burn away the river mist.

08 Mac 2011

Olympus XZ-1

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Kalian. Kini pihak Olympus telah melancarkan satu lagi kamera digital kompak terbaru kelas high-end iaitu Olympus XZ-1 dengan type “X-treme” .  Kamera kompak ini membawakan reka bentuk X-faktor yang membolehkan cara kawalan secara manual penuh. Dar segi saiz dan ukuran kamera ini ialah kelihatan sedikit nipis, ringan dan mudah di masukan di dalam poket seluar,ultra wide angle lens iZUIKO f1.8-2.5 6.0-24mm  dengan 4x optical zoom.
Foto 1 Pandang Depan

Foto 2 Pandangan Belakang

Spesifikasi Ringkas XZ-1
  • Sensor 10MP
  • Ada rakaman video HD (1280 X 720 Hp HDMI
  • Water Resist sehingga kedalaman air 40 meter(130 kaki)
  • Harga sekitar RM1,555.00


Dunia Tablet Kian Menyengat: Samsung Galaxy Tab 2

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Kalian. Dunia Tablet kian menyengat, demikianlah judul entri kali ini yang menyimpang sedikit dari fokus blog saya ini. Tapi bila difikirkan memang ada kaitannya juga dengan dunia fotografi. Apa tidaknya menerusi kemudahan tablet ini, kerja-kerja update, respon, pertanyaan, kemuskilan dan sebagainya berkenaan dengan blog, akan dapat dijalankan dengan pantas, cepat dan boleh dilakukan dimana-mana jua. Meskipun sedang pergi melancong, memancing, outing fotografi dan sebagainya. Perkara utama yang menarik perhatian saya ialah dari segi performance bateri pada tablet yang agak bagus berbanding, laptop dan netbook. Mari kita lihat teknologi yang tengah hot ini, mari kita tinjau-tinjau mana tau ada keuntungannya pada diri kita atau sebagainya.


Tablet dari keluaran samsung ini sudah pun berada di pasaran sebelum ini iaitu samsung galaxy tab 1, yang menawarkan kepelbagaian keistimewaan. Namum pihak samsung tidak hanya berpuas hati dengan keluaran siri 1 tersebut dan akhirnya membuat siri pembaharuan kepada yang terkini iaitu galaxy 2 yang nampak lebih cool. Membawakan keluasan skrin 10.1-inch, menggunakan platform Android Honeycomb, kamera 8MP untuk panggilan video berserta menyokong rakaman video dalam bentuk HD.


Foto 1 Samsung Galaxy Tab 2


Foto 2

Foto 3

Apa pula keistimewaannya tablet keluaran samsung pada siri pengenalan ini  pada saya sebagai blogger kepada 3 blog saya http://akushatra.blogspot.com/, http://citrazaman.blogspot.com/ dan yang satu lagi blog tempat kerja saya. Di ini sedikit ringkasan keistimewaan yang saya alami apabila menggunakan tablet ini entahlah pula pada rakan-rakan blogger yang lain apa kelebihannya.

  • Mudah update blog walau di mana juga selagi ada coverage telco, tidak kiralah bila-bila, meskipun saya sedang memancing di tengah lautan.
  • Cepat, pantas dan selangkah ke hadapan dari yang biasa pernah saya lalui, Saya punya peluang untuk mendapat informasi dari web atau blog yang lain berkenaan pelbagai perkara dan semestinya dunia fotografi.
  • Ketahanan bateri sehingga 8-10 jam. Betapa hebat tablet ini berbanding laptop yang lagi berat, ketahanan bateri hanyalah 2-3 jam sahaja.
  • Mudah untuk saya bawa walau kemana juga. Setiap kali saya outstation antara barang-barang dan peralatan menjadi teman ialah 3 biji kamera(kalau rajin bawa 3 sekali), sebiji phone Nokia N96, sebiji Blackberry 9780(senang baca email update blog rakan-rakan), laptop acer(dulu) dan terkini Tablet pula(maaf bukan niat menunjuk-nunjuk).
Demikianlah beberapa perkongsiaan cerita dan pengalaman yang saya lalui sebagai blogger yang biasa-biasa ini. Ampun maaf bukan niat nak menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi informasi dengan rakan-rakan, supaya lebih bermotivasi, bertenaga, bersemangat dan yang lebih utama ialah apa juga kerja yang kita lakukan haruslah dimulai dengan rasa seronok supaya hasilnya kelak amat menyeronokan. Cuba dapat kerja yang menyampah, hasilnya pun akan menyampah betul tidak....

06 Mac 2011

Diari Seorang Fotographer

Dari Mata Turun ke Hati..Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini saja nak ubah kata sapaan sebagai pembuka tirai kata dari entri ini. Sebagai fotographer rasanya memahami apa maksud di sebalik "Dari Mata Turun Ke Hati". Istimewanya bagi mereka sebagai pengguna tegar DSLR, bila saat mengetip yang kita aim, semestinya pada awalnya kita setting dulu dari sudut mana, bagaimana yang kita nak hasilnya dan terus turun ke hati. Seronoknya bila sudah mendapat hasil seperti yang kita mahukan, pastinya kita akan berkata " wahhh cantiknya" sedar tak sedar kita sudah jatuh hati pada hasil foto yang kita ambil tadi. Tapi hati-hati jangan pula ambil gambar bini orang dan terus jatuh hati. Bukan itu maksud saya, tetapi lebih kepada aspek kepuasan dan ketaksuban hasil foto yang sebegitu indah. Ada faham kah?. Saya pun tak faham ni!!..tak apa yang penting fahamlah kan.

Saya kerap melihat hasil-hasil foto saya sejak dari dulu-dulu lagi, terkadang ada beberapa kemungkinan yang menjadi rutin saya, apabila melihat koleksi foto saya. Antaranya rasa malu, sebab hasil foto kurang hebat, foto hentam kromo saja sepertinya tiada tema, foto tersebut tiada atau kurang faktor Point of intrest dan ada macam-macam lagilah. Tetapi itu tidak mengapa, yang penting kita kena bergerak selangkah demi selangkah, dari Newbe, semi pro , pro, super pro and mega pro. Rasanya begitu juga dengan rakan-rakan di luar sana, mempunyai cerita yang mirip dengan saya. Namum kini semua itu hanyalah cerita lucu dan menjadi bahan pelajaran pada masa sekarang.

Foto 2007. Ibu Ayam
Menarik : Point of intrest-ibu ayam teliti mengawasi anak-anaknya yang asyik makan
Kurang menarik : Tiada penggunaan teknik "Bokeh"

Foto 2008
Menarik : Silhoutte kelapa yang mempunyai background bewarna jingga
Kurang menarik : Wide pada foto yang terbatas


Foto 2009
Menarik : Cahaya di sebalik jari jemari membawa maksud cahaya adal sumber kehidupan
Kurang menarik : Komposisi yang sedikit tersasar dari frame foto


Foto 2010
Menarik : Tone yang cantik, background dan foreground yang dramatis


Foto 2011
Menarik : Keindahan terserlah pada kesan struktur permukaan batu yang kelihatan berkilau


05 Mac 2011

Cool Gadjets Photographers

Lama rasanya tidak update blog ini, ini semuanya disebabkan oleh kengkangan tugas yang amat menuntut komitmen tinggi. Akibatnya sedikit masa diperuntukan untuk berblog. Namum begitu insyallah di masa akan datang update entri blog ini akan berjalan lancar dengan menyajikan pelbagai informasi dunia fotografi. Kita tinggalkan dulu hal tersebut mari kita layan dulu koleksi cool gadjets photographers ini.

Level Camera Cube Link

Cloak Bag Link

Canon Lens Thermos

Bottle Cap Tripod

Bike Helmet Camera Mount

Canon 5D Mark II Flash Drive