Kesempatan hujung minggu lepas, saya telah gunkaan untuk mengunjungi pusat perkelahan yang tidak kurang hebatnya di Bandaraya Kota Kinabalau. Kepada mereka yang ingin mandi manda datanglah ke lokasi ini. Tiket masuk bagi dewasa hanyalah RM1.50. Kedinginan, kenyamanan dan keasyikan tempat ini sukar dikatakan melainkan kita sendiri yang berkunjung ke tempat ini. Tetapi bagi saya tempat ini amat baik untuk mengamalkan ilmu fotografi. Keindahan air terjun dan aliran air menerusi celah-celah batu membolehkan kita mengambil foto terutamanya foto freeze. Untuk menggunakan teknik ini saya secara berhati-hati menjaga pelbagai aspek terutamanya 3 perkara utama iaitu Shutter Speed, Aperture dan ISO. Kalau ketiga-tiga perkara ini diabaikan pasti hasilnya pun akan barai. Untuk mengetahui kombinasi ketiga-tiga perkara tadi, maka bolehlah melihat pada foto dan keterangannya sekali.

 
Sedikit perkara lagi yang hendak saya kongsikan dengan rakan-rakan sekallian ialah faktor Point Of Intrest"(POI) dalam setiap foto yang dihasilkan. Saya bersetuju dengan fakta ini, jika sesebuah foto itu tidak mempunyai POI pastinya membosankan, lenggang dan seperti tidak membawa apa-apa kesan kepada audien atau sesiapa yang melihatnya. Jadi maknanya sebagai perkongsiaan kepada semua kaum photographer berhati-hatilah dengan fakta ini. Menerusi foto di atas, saya fikirkan POInya ialah pada pancaran cahaya matahari di sebelah bucu kanan, air terjun yang dibekukan(frozen) dan keasyikan beberapa individu dalam angle tersebut.

 Demikianlah beberapa hasil foto yang sempat saya selitkan untuk perkongsiaan bersama rakan-rakan sekalian. Sebarang saranan, komen dan tunjuk ajar amat saya alu-alukan.
Kesempatan kali ini membuatkan saya berjaya mempotret subjek yang jarang sekali berpeluang seperti kali ini. Namum kesempatan tersebut hanyalah kira-kira 30 saat dan bukannya 30 minit. Bagaimanapun hasil foto tidaklah mengecewakan  sangat. Satu kesilapan yang saya tak sengajakan ialah tersilap mengambil dan memasang lensa, sepatutnya saya menggunakan lensa Canon70-300mm tetapi terpasang la pula lensa Tamron 90mm khas untuk mengambil foto macro. Mulanya memang kelangkabut juga dibuatnya, mahunya tidak nak tukar lagi lensa, subjek bila-bila masa akan terbang. Akhirnya tiada pilihan selain terus mengambil foto dengan lensa khas untuk macro. Dan hasilnya bolehlah memuaskan hati dan seperti gambar-gambar tersebut.
Shot 1

Shot 1 hanya memberi tumpuan kepada kuku subjek sahaja untuk melihat kelainan dari pelbagai komposisi.

Shot 2

Fokus hanya pada Paruh subjek dan ini juga bertujuan untuk memberi kelainan dari sudut pandangan biasa. Pada awal shooting sukar untuk memberi fokus kepada sasaran utama iaitu paruh, namum setelah memberi ketenangan kepada subjek akhirnya subjek berdiam diri memberi laluan untuk sesi shooting. Kesemua foto yang diambil tidak menggunakan tripod langsung, cuma menggunakan kekuatan lengan, kemantapan lutut dan sedikit masa diambil untuk menahan pernafasan supaya tiada gegaran pada kamera.

Shot 3

Kali ini tumpuan diberikan kepada bahagian mata subjek sahaja. Sebabnya dari petua para sifu, jika mempotret apa juga subjek hidup bagilah keutamaan pada bahagian mata, kerana dari mata akan memberi banyak makna, ekspresi dan mood.

Shot 4

Dan kali ini pula tumpuan telah diberikan kepada muka subjek. Siapakah gerangannya subjek ini. Untuk mendapatkan hasil seperti ini saya beringat kepada hint "Segi Tiga Emas", "Golden Triangle" iaitu Aperture,ISO dan Shutter Speed. Ketiga-tiga hal ini haruslah difahami supaya hasil foto kelak mengikut kehendak kita dan memuaskan hati. Untuk melihat hint STE Shot 4 boleh lihat pada frame foto tersebut. Saya pasti rakan-rakan, lagi jauh lebih bagus dari saya, justeru saya cuma ingin berkongsi dan bukannya untuk berlagak. Ampun maaf dipohon tiada niat langsung.

Shot 5

Akhirnya saya mesti megambil potret keseluruhan subjek. Bagus juga subjek ini ketika saya mempotret masih setia dan kurang agresif. Dan paling penting subjek tak angkat kaki, kalau tak kepunanlah jadinya.
Bercerita tentang topik ini, saya merasakan kesemua photographer akan mengalami cabaran seperti halnya topik kali ini " Susah Senang Mempotret Si Kecil ". Mana tidaknya perkara pertama yang harus ditempuhi ialah kerjasama yang diberikan oleh si kecil. Lain yang kita suruh lain dibuatnya, kita sudah setting gaya, stail dan mimik muka lain juga yang diberikannya. Memang mencabar jugalah berkerja dengan si kecil ini. Tetapi inilah lumrahnya sebagai photographer walaupun kerja ini sedikit sukar namum ia tetap seronok. Yang sukarlah akan mempercepatkan ilmu menebal di dada nanti. Ruangan kali ini saya berkongsi beberapa keping foto si kecil yang sempat dipotretkan.

Rentetan gambar model si kecil
Pose 1
Gaya bersahaja namum memberikan senyuman manis

Pose 2
Photographer mengalihkan perhatian si kecil dengan menunjukan sesuatu objek, sengaja untuk memberikan ekspresi dan komposisi yang berlainan.

Pose 3
Ekspresi yang berjaya ditunjukan oleh si kecil dengan hanya sekali arahan sahaja oleh photographer

Pose 4
Sesi penggambaran dihari dan lokasi yang lain, jadi mood pun ada lain pada mulanya
.....model nangis

Pose 5
Setelah mencuba beberapa kali akhirnya berjaya juga menggayakan satu pose menarik


Demikianlah beberapa hasil karya yang menampilkan model si kecil, yang memenatkan tapi pasti menyeronokan. Terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam penghasilan karya ini.

Model kecil : Sh Aliah Nafisah
Lokasi : Tanjung Lipat Beach, Bukit Bendera Signal Hill
Photographer : Sharif Putra
Bila tengok aksi lawak tempatan ni buatkan saya terbahak-bahak ketawa. Siapa yang tidak kenal dengan Brother kita ni Saudara ABE. Saja membuatkan aksi video sebegini sekurang-kurangnya hilang juga rasa tension setelah seharian berkerja.

video
Kerap kali kita mellihat hasil karya foto yang pelbagai dan pastinya ada yang menarik dan ada yang membuatkan kita terdiam seketika dan menyatakan 'cantiknya foto ini'!.JUSTERU bagaimanakah yang dikatakan foto itu menarik selain mengikut peraturan atau rules dalam seni fotografi. Pada pengamatan saya lebih kurang begini, antara yang membuatkan foto itu menarik ialah.

  • Foto yang menarik semestinya hasil dari kamera jenis DSLR atau kamera bersensor besar yang boleh ditukar-tukar lensanya. Ya semestinya hasil foto DSLR memang jauh lebih baik berbanding kamera jenis poket. Kamera poket mempunyai fungsi yang terhad berbanding dengan kamera jenis DSLR. Namum harus diingat juga faktor kemahiran dan skill juga turut memberi impak kepada keberhasilan foto yang menarik.
Foto Sharif Putra
  • Foto yang menarik juga semestinya terhasil dari gabungan Flash, maksudnya ialah kamera yang built-in flash akan dapat menghasilkan foto yang lebih menarik. Dengan bantuan built-in flash kepelbagaian komposisi dan susun atur cahaya akan dapat ditentukan dan menghasilkan foto yang baik. Perlu diingat cahaya adalah amat mustahak dalam fotografi.
  • Faktor lensa juga turut mempengaruhi menarik atau tidak foto itu. Mungkin foto yang diambil dengan menggunakan lens biasa itu menarik tetapi apabila dibuat perbandingan dengan hasil foto dari lens yang mempunyai nilai bukaan besar seperti  f/1.4, f/1.8, dan f/2.8.
Foto: Rarindra Prakrasa
  • Foto yang menarik juga terhasil ketika matahari terbit(golden hour) iaitu sekitar jam 6 pagi  dan saat matahari terbenam. Gabungan dari fakta-fakta ini bolehlah diuji menurut kepakaran, kemahiran, kreativiti dan pemahaman masing-masing. Segala yang diutarakan ini merupakan hasil pengalaman dan pengamatan sendiri penulis.
Foto: Rarindra Prakrasa



Sempena Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Jambongan 2010, saya berkesempatan terpanggil sebagai jurufoto rasmi untuk membuat penggambaran para graduasi. Meskipun hanya si cili padi tetapi rasanya tak bolehlah diperkecilkan. Justeru untuk memastikan portrait yang dimabil ditahap memuaskan hati pelanggan, saya membuat beberapa persiapan antaranya, make up satu persatu para graduasi tapi keja ni dilakukan sepenuhnya oleh pembantu sebagai jurusolek, lens yang sesuai dan yang paling penting komposisi dalam portrait. Sedikit pengalaman bila berurusan dengan si kecil memang merumitkan, lain yang kita suruh lain pula yang dibuatnya. Saya tak salahkan mereka al maklumlah budak-budaklah katakan. Berikut ialah beberapa hasil portrait dari mini studio saya.








Photographer - Sharif Putra ( 016 8101409) Area KK-Kudat-Kota Marudu-Beluran-Sandakan dan lain-lain
Singgah seketika di National Park untuk mengabadikan langit kebiruaan

Tinggal dulu Pondok Timpohon-National Park Ranau 

 Menjejak sampai ke Sepilok Garden-Sandakan
Biarkan foto saja yang menerangkan maksudnya, malas mau beri ungkapan panjang-panjang. Yang utama hasilnya bukan kata-katanya. Namum masih mohon petunjuk dan komen dari kawan-kawan tyco sekalian....

The Dragonfly

Ladybird

Black Ant

In the bag
Fotographer : Sharif Putra (putrasharif@gmail.com and sharif_putra@yahoo.com)
For lenses: Tamron 90mm, Canon 18-55mm, Canon 50mm, Canon 55-200mm, Canon 24-105mm, Canon 70-300mm.
Camera : Canon G7, Canon 400D and Canon 60D.
Experience since 2006.
  



Tanggal 13 hb Nov 2010 merupakan tarikh keramat bagi pasangan ini, tetapi difahami pasangan ini telahpun melangsungkan majlis perkahwinan mereka awal sebelum tarikh ini di sebelah pihak keluarga perempuan di Telupid. Namum rasanya kurang lengkap kiranya majlis ini tidak diadakan di sebelah pihak lelaki. Untuk itu majlis serupa telah dilangsungkan di Dewan KDCA Penampang. Majlis ini sungguh meriah dan dihadiri oleh ramai tetamu undangan termasuklah orang kenamaan. Sempena majlis tersebut maka berkesempatanlah saya terpanggil sebagai salah seorang jurufoto untuk majlis perkahwinan mempelai. Terima kasih diucapkan dengan pelawaan tersebut. Berikut adalah beberapa foto sekitar perkahwinan mempelai.

Preview make up

Anggun dengan warna keputihan
Acara memotong kek

Untuk yang tersayang

Tengah menjamu selera

Keriangan terpancar di wajah kedua mempelai

Sama cantik sama padan

Rasanya setakat ini dulu beberapa foto majlis perkahwinan mempelai dan akan menyusul selepas ini. Ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada En Eduardo dan Puan Connie kerana sudi mempelawa saya sebagai sebahagian daripada jurufoto perkahwinan kalian. Selamat berbahagia untuk selamanya.


Foto 1

Foto 2

Foto 3

Foto 4

Foto 5

 Foto 6
Baru semalam mesin baru Proton ini dilancarkan dengan namanya Proton Inspira..nampaknya memang betul jugalah ramalan dan spekulasi sebelum ini yang mempamerkan gambar-gambar mesin ini. Bagi para peminat kereta yang menantikan kehadiran mesin baru ini, rasanya lega apabila penjelmaan mesin ini benar-benar di depan mata kini. Pada pendapat saya model ini pasti akan laris di pasaran kelak. Apa taknya, model ini adalah jelmaan dari gergasi Mitsubsihi. Siapa yang tak tahu tentang keganasan dan kemasyhuraan jentera-jentera Mistsubsihi. Lepas ni boleh lah buat test drive..

Pandangan Depan

Model Lancer
Seiras juga dengan Toyota Camry


Hanya tinggal install spoiler sport
Wow nak modified jadi asal macam ni la..


Ruangan dalaman yang menawan..Syabas dan tahniah Proton

Dashboard Lancer boleh tahan...


*Sebagai perkongsiaan idea dan fikiran sedara dan sedari sekalian bolehlah tinggalkan komen untuk menghangatkan lagi kemunculan Proton Inspira




Dari tajuk memang menggerunkan, bukan senang mendapat title semacam itu. Tetapi menerusi ekspresi  hasil karya saya kali ini, "Awesome Silhouette" bukanlah merujuk kepada foto saya ini. Saya sekadar pengkagum ciptaan-Nya dan menumpang dari keindahan yang diberikannya. Dari itu sukalah kiranya saya berkongsi karya yang tak seberapa ini dengan para follow blog saya yang power2 orangnya.

Lokasi: Bukit Tamisan-Kota Marudu

Lokasi: Bukit Tamisan-Kota Marudu

XPDC Tigabu Island-Kudat

Lokasi Jambongan Island-Inside Coconut



PENGIKUT