27 Mei 2011

Majalah Aperture Versi Jun

Salam hormat semua, nampaknya majalah Aperture keluaran jun sudah pun berada di pasaran. Rasanya ini merupakan versi ketiga memasuki pasaran. Meskipun baru tak sampai setahun berada dipasaran, majalah ini memang mempunyai peminatnya sendiri. Maklumlah sebagai fotografer rasanya tak seronok jika memandang, membelek-belek dan curi-curi baca sahaja di kedai buku.

Lagipun apa yang mustahak ialah mungkin gambar kalian tak diterbitkan lagi, tetapi cuba melihat, menilai, menikmati, komen dan sebagainya tentang artikel serta gambar-gambar yang ada.

Dengan cara sebegini, kalian akan bertambah matang, kreatif, dan berpengetahuan tentang dunia fotografi. Perlu diingat fotografi semestinya berbeza dari konsep fotografer. Sekian...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

26 Mei 2011

Gelagat Photographer








Teknik Splashes

Mari kita layan teknik foto splash ni, unik dan cantik mungkin itu yang layan dikatakan pada hasil kerja ini. Untuk mengadaptasikan foto seumpama ini, memerlukan perancangan yang teliti dari fotografer dan semestinya setting camera harus titiberatkan disamping menuntut kemahiran fotografer itu sendiri. Foto-foto seperti ini banyak digunakan dalam iklan-iklan berasaskan minuman, jadi ini mungkin salah satu lubuk emas untuk mencari dana untuk pocket money kalian. Mana tau foto anda dilamar oleh mana-mana syarikat pengiklanan atau sebagainya...



25 Mei 2011

Peluang Bisnis Fotografi Di Sabah

Assalamulaikum dan Salam Hormat semua. Apa khabar kalian, sebelumitu saya nak ucapkan selamat menyambut Pesta Kamataan kepada rakan-rakan yang meraiikannya "aramaiti kawan" tadau kamataan ti.
Berbalik kepada tajuk entri tadi, saya fikir peluang untuk bisnis fotografi di Sabah masih terbuka luas. Kenapa begitu berani saya berkata demikian, tentu ada sebabnya pertama, saya banyak terima cadangan malahan rungutan sekali betapa perlunya khdimat fotografer di Sabah diperlukan. Kalau kita tengok dalam aspek fotoweding memang cerah peluang untuk buat bisnis ini.

Kalau nak ambil foto kahwin terpaksa menggunakan kamera sendiri dan rasanya pengalaman dan kualiti imej tidaklah seberapa hebat jikalau dibandingkan hasil kerja fotografer. Jadi ini merupakan satu peluang bisnis di kalangan fotografer khususnya di Sabah untuk menawarkan khidmat secara profesional.
Namum tidaklah semudah yang disangka. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor atau cabaran harus ditempuhi oleh kalangan fotografer khususnya di Sabah ini. Antaranya keterbukaan minda masyarakat menerima perkhidmatan secara profesiona. Kadang-kadang ada segelintir pasangan kahwin tersebut merasakan dengan menggunakan khidmat fotografer secara profesional untuk merakam saat bahagia mereka agak mahal dan membebankan.

Selain itu memang tidak dinafikan para pelanggan tidak tahu dimana dan dengan siapa hendak berurusan. Maknanya kalau dalam konteks bisnis permintaan ada tetapi penawaran pula tiada serta sukar diperolehi. Bagi yang berada disekitar bandar besar seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan ini tidaklah menjadi masalah besar cuma call atau datang sendiri ke studio. Meskipun mereka terpaksa kena cekik agak berlebihan. Tetapi bagaimana bagi para pelanggan yang datangnya dari pekan-pekan kecil, kampung atau desa yang jauh dari bandar. Di sinilah peluang bisnis akan terbuka luas. Meskipun para pelanggan ini jauh di perkampungan tetapi wang ringgit mereka kadang-kadang membuatkan kita terkedu.

Sebenarnya masih banyak peluang bisnis untuk fotografer di Sabah ini. Apa yang penting kesungguhan, minat, kesabaran, usaha berterusan, bentuk kumpulan fotografer supaya dapat menjimatkan tenaga tetapi mampu mengilhamkan idea bernas dan bentuk hubungan dengan pelanggan dan anggota masyarakat. Secara terbuka penulis entri ini punyai planning jangka panjang untuk menceburi bisnis ini khususnya di Sabah. Setakat ini memang sudahpun bergerak namum faktor kengkangan tugasan utama membuatkan keterbatasan dalam berkarya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Foto Rock Climbing Tidur









Antara tugas dan hobi kedua-duanya mungkin menjadi keutamaan kepada para climbing ini. Lihatlah foto-foto ini bagaimana mereka hendak berehat dan tidur.

Kalau dikatakan tugas sememangnya tidur dengan cara sebegini akan memberikan pengalaman sebenar kepada mereka ini. Biar diri sendiri merasakan pengalaman sebegini. Manakala jikalau hobi pula, sememangnya minat ini menimbulkan kepuasan kepada para pendaki ini. Namun ada satu hal yang membuatkan saya kagum ialah fotografer yang merakam imej mereka ini. Nampaknya ini adalah satu siri atau teknik menakjubkan. Kita sudah biasa melihat rakaman imej dari dasar laut, dari atas langit atau pergunungan. Tetapi rakaman untuk para pendaki ini memang sesuatu di luar jangkaan sebenarnya. Unik, berani, menakjubkan dan punyai kelainannya. Jom kita layan foto-foto ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 Mei 2011

Mentor Fotografi

Untuk menjadi seorang fotografer yang handal saya fikir agak perlu banyak melihat, meneliti dan menikmati gambar-gambar dari kalangan fotografer yang memang sudah ternama dan berpengalaman. Dengan melihat gambar-gambar mereka ini akan membantu kita sebenarnya membentuk idea, mendapatkan ilham, dan mempelajari cara mereka berkerja. Saya memang suka melihat hasil karya fotografer-fotografer yang tidak kiralah dalam Malaysia mahupun dari luar. Apa yang penting ialah pengalaman mereka, bagaimana mereka menghasilkan foto-foto yang hebat dan mempersona. Oleh itu foto-foto di bawah adalah merupakan hasil karya di kalangan fotografer yang saya meinati. Sama-samalah kita amati foto mereka ini. Apakah motif, visi dan manifestasi dari foto ini.

Foto 1# Agah Permadi
Penilaian saya: Foto ini amat indah, cantik dan sempurna. POI dalam foto ini ialah pada aksi subjek menebar jala yang kembang, dengan iringan percikan air, kemudian view nampak smooth dengan keunikan rakit. 

Foto 2# Rarindra Prakrasa
Penialaian saya: Foto ini memang unik kerana kekuatan faktor background yang sempurna. Permainan cahaya juga turut menguatkan keunikan pada subjek. Saya amat gemar dengan teknik strobist ini.

Foto 3# Barbara Koskina
Penilaian saya: Foto ini nampak amat tenang, cantik dan menakjubkan. Alangkah asyiknya tempat ini dengan rakaman yang seolah-olah hidup.


Foto 4# Michael Anderson
Penilaian saya: Foto ini memang cool, nice and amazing. Pertama faktor background yang indah dengan keasyikan tone warna serta shadow yang mempersona. Selain itu keupayaan fotografer juga mampu bermain dengan aperture yang amat bagus sehingga mampu menyelitkan foreground star fish yang seolah-olah pintu masuk kepada alam imaginasi ini.

20 Mei 2011

Reflektor Sumber Cahaya Unik


Sebagai fotogafer seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan sumber cahaya dalam sesebuah penghasilan foto mereka. Cahaya adalah satu perkara yang amat penting dalam merakam imej yang bagus. Tanpa cahaya yang baik, imej yang dirakam kurang menarik, suram, bosan, tiada kelainan dan sebagainya. Jadi cuba pelajari tentang sumber cahaya yang boleh membantu anda dalam merakam imej.

Sebagai bahan pelajaran dan seterusnya praktikal, cubalah di rumah anda. Sama ada indoor ataupun outdoor. Sebagai contoh cuba sensetif dan amati persekitaran dalam rumah anda. Saya percaya ada banyak sumber yang berguna boleh dijadikan sebagai sumber cahaya yang kreatif.

Antaranya ialah permukaan dinding yang berwarna keputihan akan menghasilkan pantulan cahaya yang lembut dan setara. Selain itu sofa, meja, langsir dan pintu juga mungkin berguna untuk dijadikan sumber pemantul cahaya. Cara ini nampak pelik tetapi pasti anda akan rasai perubahan pada imej yang anda rakam. Cara ini juga sebenarnya membezakan diri anda dari fotografer lain yang tidak peka terhadap reflektor semulajadi ini.

Selain itu anda boleh juga menggunakan kertas putih bersaiz besar seperti kad manila dan kertas majong. Kertas ini secara tidak langsung akan memantulkan cahaya lembut dan seimbang pada subjek yang dirakam. Cuba anda buat latihan ini dengan menjadikan anak, adik, emak, isteri atau suami sebagai model. Susun atur komposisinya dengan berdiri di sisi tingkap dan perhatikan dari arah mana sumber cahaya seperti matahari, kemudian gunakan reflektor kertas putih itu tadi. Saya yakin hasilnya memang menakjubkan. Meskipun begitu berhati-hati dengan sumber cahaya utama anda, reflektor sebenarnya bergantung penuh pada sumber cahaya utama. Selamat mencuba....arigato..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sudut Inspirasi Fotografer

Assalamulaikum dan Salam Hormat. Kali ini sengaja saya selitkan beberapa kata-kata hikmah dan perangsang dari kalangan otai-otai yang telah mencipta nama, jenama dan kejayaan dalam dunia fotografi. Mari kita baca, amati dan renung-renungkan ungkapan kata-kata mereka agar menjadi pencetus semangat buat diri kita dan mereka yang bergelar fotografer.

"Semua orang boleh beli kamera, tapi tak semua orang boleh jadi seorang photographer yang baik. Semua orang mampu menjadi seorang photographer, namum tak semua yang mampu hasilkan imej yang terbaik, imej yang ada sentuhan nilai seni 'sense of art'.- Yaman Ibrahim.

"Ilmu itu penting, sebab daripada ilmu, anda boleh pergi jauh dan arah tuju anda akan lebih fokus".-Yaman Ibrahim.

"Carilah jurulatih-jurulatih yang anda suka karya mereka dan juga boleh terbukti". -Saiful Nang

"Saya seorang pencerita visual, saya benar-benar percaya tentang kepentingan misi seorang jurufoto. Ia tentang membentangkan rekod visual masa kita.-Joe MCnally

Demikianlah sebahagian daripada kata-kata hikmat dari kalangan otai-otai yang saya kagumi tentang hasil karya mereka. Meskipun cuma sebaris kata namum membawa seribu makna atau lebih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 Mei 2011

Teknik Bounce Flash

Foto 1
Foto 2

Bounce atau bouncing ialah teknik memantulkan cahaya daripada flash. Caranya amat mudah iaitu dengan menghalakan muncung flash anda ke arah mana yang difikirkan boleh memantulkan cahaya atau sebagai reflektor. Namum begitu sedikit kesukaran bagi flash yang statik tidak boleh diubah-ubah posisi muncungnya.

Cahaya yang terhasil daripada bouncing adalah lembut dengan sebaran cahaya yang sekata. Kemudian potret juga tidak memperlihatkan tone yang kontra serta menghasilkan bayangan. Menarik bukan, memang menarik berbanding dengan cara yang lazim digunakan sebelum ini.

Sebenarnya ada banyak cara lagi yang menuntut kreativiti anda untuk membuat bounce flash ini. Antaranya bukan sahaja menggunakan syiling rumah atau dinding sebagai bouncing tetapi juga objek lain seperti daun kayu dan pisang. Hasil foto kelak kelihatan lebih natural dan menarik.

Gambar-gambar diatas memperlihatkan contoh foto dari bouncing dan carta kerja teknik bounce flash.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jom Menyelam

Foto 1

Foto 2
Foto 3
Pagi sabtu yang terang benderang, memberikan kesempatan pada saya kali ini untuk menyertai dua kumpulan bot nelayan untuk pergi menyelam di perairan kepulauan Jambongan Sandakan.

Tempat ini tak ubah seperti perairan kepulauan di daerah Semporna. Kejernihan dan keindahan batu karangnya amatlah menggoda. Tapi saya kali ini saya tidak dapat menyelam bersama. Kerana memberi fokus kepada kerja-kerja merakam foto rakan-rakan yang menyelam khimah atau tiram besar.

Spesis hidupan laut ini mempunyai persamaan dengan tiram. Namum dari segi saiz khimah lebih besar dan berat. Sebenarnya banyak lagi foto-foto aktiviti menyelam ini telah dapat saya rakam. Namum memadailah saya selitkan beberapa foto dahulu sebagai tatapan bersama sebagai koleksi perkongsiaan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 Mei 2011

Santai Petang dengan Foto Makro

Foto 1. Spider

Foto 2 Snail
Masa petang yang terluang saya gunakan untuk bersantai-santai sambil merehatkan minda setelah letih memerah otak seharian.

Saya tahu untuk lebih membuatkan kepala ini rileks caranya saya hanya perlu capai kamera dan mencari subjek kecil untuk dijadikan tema makro. Dengan cara sebegini kelihatannya amat seronok kerana taksub melihat hasil imej yang dirakam.

Sedikit cerita nak share disini, bila nak shot foto macro ni, apa yang penting ialah setting kamera anda, apakah ISO yang sesuai dengan cahaya persekitaran, penggunaan aperture yang anda hendak untuk membolehkan foto anda fokus pada mata, kaki atau badan subjek. Selanjutnya lagi ialah apakah angka shutter speed yang sesuai supaya foto anda kelak tidak blur. Maklumlah merakam imej makro ini menuntut anda supaya jangan bergegar, jika tidak pastinya foto yang diambil blur dan merugikan masa serta tenaga sahaja.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rahsia Menjadi Fotografer Yang Hebat

Joe MCnally


Assalamulaikum dan Salam Hormat rakan-rakan yang budiman, para geng-geng fotografer yang cool dan para peminat seni fotografi semua.Kali ini sengaja saya nak ingatkan diri saya dan rasanya nak juga berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Orang kata ilmu itu kalau disebar-sebarkan ianya akan semakin bertambah banyak. Fokus cerita kali ini ialah apakah rahsia untuk menjadi fotografer yang hebat.
Saya telah mencari info, membaca, memahami dan meneliti apakah rahsia kekuatan pada hasil karya Joe MCnally. Siapa yang tidak mengenali beliau yang merupakan antara 30 Most Influential Photographers of the decade. Dengan hasil-hasil karya beliau yang menjadi penghias buka depan Majalah National Geographic yang juga merupakan majalah bergambar terbaik di dunia.

Dasyat betul bunyinya bila terbaca tentang profail Joe MCnally ini, bukanya mudah mendapat status photograpers seperti yang beliau perolehi tersebut. Ianya memerlukan lebih banyak pengamatan, penelitian, kesungguhan, ketabahan dan minat yang mendalam. Demikian sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau untuk prasyarat menjadi fotografer yang hebat.

Rahsia beliau untuk menjadi seorang fotografer yang hebat ialah bermula dengan keupayaan untuk mengekalkan minat yang amat mendalam terhadap dunia fotografi. Pada beliau untuk menjadi yang terbaik perlu ada minat dan bukan setakat itu sahaja tetapi juga harus mengekalkan minat tersebut sehinggalah menjadi hebat. Jika anda hanya sekadar minat seketika atau bermusim serta terikut-ikut dengan kawan-kawan, itu bukanlah seorang fotografer yang hebat dan ini bukan tempatnya.
Seterusnya saranan beliau ialah dengan minat yang mendalam cuba kembangkan minat tersebut dengan rajin belajar dan mempraktikan pelbagai idea yang ada. Idea yang selalu diasah dengan kesungguhan pasti akan menghasilkan satu karya yang cukup hebat.

Usaha yang berterusan ini juga membolehkan anda untuk mencipta nama anda sendiri dengan mengikuti pelbagai peraduan, pertandingan, contest dan sebagainya. Dengan cara ini anda sebenarnya telah menguji diri anda sendiri, setakat mana keupayaan dan keberhasilan idea yang anda terjemahkan menerusi foto-foto anda. Jika foto anda terpilih sebagai pemenang ini merupakan petanda pintu kejayaan telah terbuka untuk anda. Dan ini merupakan jalan ke arah menjadi seorang fotografer yang hebat nanti.

Kesimpulannya menurut beliau jika anda sudahpun menterjemahkan kesemua ramuan seperti yang disebutkan sebelum ini. Anda sebenarnya sudah berada dalam kelompok yang dinamakan 'keunggulan visual'. Jadi apa yang perlu anda lakukan diperingkat awal ialah tanamkan rasa minat anda secara mendalam, jangan bersikap acuh tak acuh hanya hangat seketika sahaja...seni adalah subjektif di mata hati kita'......

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 Mei 2011

Remote Control Kamera

Remote Control

Remote control, alat kawalan jauh, pemasa(timer) atau juga dikenali sebagai. 'Shutter release kabel. Kesemua istilah dan alat ini merujuk kepada satu fungsi iaitu sebagai alat kawalan jauh pada kamera.

Apa pentingnya alat kawalan jauh ini dalam fotografi. Alat ini mustahak dan dapat memainkan peranannya membantu fotografer dalam situasi seperti merakam imej landscapes, makro dan sebagainya yang difikirkan sesuai.

Bila mana anda menggunakan 'shutter speed' yang perlahan, sila berhati-hati, hal ini kerana jika tahap kemahiran anda sebagai fotografer masih di peringkat asas, imej yang terhasil kelak adalah kabur. Mengapa hal ini berlaku, ini disebabkan oleh kamera bergegar akibat tangan anda mengeletar ketika memfokus sesuatu subjek.

Oleh itu cubalah usahakan untuk memiliki alat-alat seperti yang disebutkan tadi dengan harga sekitar RM100-300. Kemudian setelah memilikinya cuba rakam imej air terjun dengan menggunakan shutter speed yang perlahan. Dan lihat hasilnya yang memperlihatkan impak air terjun seperti kapas keputihan. Menarik tidak, cubalah dan nikmati hasil karya anda yang lain dari yang lain.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

11 Mei 2011

Tips Supaya Foto Superb


Kebanyakan fotografer inginkan hasil foto yang mereka superb, amat bagus, menakjubkan dan semestinya menarik perhatian sesiapa pun yang memandangnya. Bagaimana semua ini menjadi kenyataan pada diri anda. Kesemua keinginan ini bermula dari ilmu pengetahuan yang dipelajari dari kursus-kursus fotografi yang anda perlu hadiri. Dari situ anda akan mengetahui lebih banyak ilmu, kemahiran, idea dan kepakaran. Ini juga boleh dikategorikan sebagai tips supaya foto anda superb.

Tips asas seperti kemahiran memegang dan mengendalikan kamera juga rasanya mustahak untuk dipelajari. Dengan teknik memegang kamera yang betul bukan sahaja memudahkan anda mengendalikan kamera, tetapi juga hasil foto yang dirakam kelak. Cara pegang kamera tidak betul akan membuatkan tangan anda bergegar dan titik fokus akan hilang. Maka hasil fotonya akan jadi blur, biasa-biasa sahaja dan kurang menarik.

Seterusnya anda perlulah bijak menggunakan tripod atau monopod. Namum begitu perlulah pandai menyesuaikan diri dengan situasi atau venu di mana anda merakam imej tersebut. Jika tidak mungkin anda akan diketawakan oleh kawan-kawan. Penggunaan tripod dan monopod amat berguna ketika merakam imej landscape, night trail, water fall untuk slow shutter dan banyak lagi yang difikirkan sesuai.

Bagaimana pula jika kita terlupa untuk membawa tripod atau monopod. Sedangkan ketika itu kita teramat perlu menggunakannya. Jangan risau atau kelangkabut cuba gunakan beberapa tripod atau monopod semulajadi, antaranya paling asas menggunakan kekuatan lutut anda, sambil duduk mencangkung gunakanlah lutut sebagai alat sokongan supaya foto anda sharp. Kemudian anda mungkin boleh menggunakan objek seperti kayu, batu, meja, kerusi atau sebagainya yang sesuai. Dan jika kesemua cara tersebut kurang sesuai cuba sandarkan badan anda di dinding, batu, pokok kayu atau sebagainya. Dengan teknik ini mungkin menjadikan foto anda kelihatan superb. Selamat mencuba dan semoga berjaya...bye-bye..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kunci(Lock) Fokus Pada Subjek

Kebanyakan dari fotografer yang baru berkecimpung dalam dunia fotografi merakam imej pada sesuatu subjek contohnya foto manusia, mereka lumrahnya meletakan subjek di tengah-tengah frame. Mengapa hal ini berlaku, antara alasan yang mungkin diberikan ialah kunci(lock) fokus kamera hanya tertumpu di bahagian tengah sahaja. Justeru imej subjek betul-betul berada di tengah-tengah frame foto. Cara ini bukannya tak bagus, sememangnya bagus, tetapi bagi saya kurang menarik dan cool.

Foto kelihatan menarik apabila fotografer berjaya meletakan sedikit subjek di bahagian tepi frame foto. Dengan cara ini subjek kelihatan amat menarik dan menawan. Cara ini mungkin perlu dipelajari secara mendalam dan praktis menerusi Rule of third supaya membantu anda memperkemaskan susun atur subjek di dalam frame foto anda.

Persoalannya bagaimana hendak mengunci atau lock fokus kamera anda supaya imej yang dirakam terfokus dan sharp. Begini caranya kawan-kawan.
1. Letakan subjek anda di tengah dan tekan separuh butang ' shutter' kamera.

2. Cuba arahkan atau heret lensa anda perlahan-lahan ke arah sipi sedikit atau menurut kemahuan anda bagaimana(butang 'shutter' masih ditekan dan jangan dilepaskan)

3. Seterusnya tekan terus butang 'shutter' kamera anda untuk merakam gambar.

Pesanan...cuba praktikan teknik ini di rumah, gunakan subjek seperti cawan, toys, replika atau untuk lebih seronok lagi jadikan anak atau isteri/ suami jadi model.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 Mei 2011

Tips Merakam Potret Diwaktu Malam



Merakam imej diwaktu malam memang menyukarkan bagi para fotografer. Sebabnya ialah faktor cahaya yang memang terhad. Berbanding diwaktu siang, secara semulajadinya cahaya matahari banyak membantu dalam proses merakam imej.

Namum jika terpaksa merakam imej diwaktu malam atau dalam ruang yang kurang sumber cahaya, maka bolehlah mempraktikan beberapa perkongsiaan tips ini untuk memastikan imej yang dirakam bagus.

1. Sila gunakan tripod. Tujuannya ialah untuk mengelakan gegaran yang menghasilkan kesan kabur. Selain itu imej yang dirakam cukup sharp dan dapat menggunakan shutter yang perlahan.

2. Gunakan shutter yang perlahan supaya dapat merakam ambience light.

3. Tukar mode flash kepada rear flash untuk memastikan hasil imej yang lebih sharp.

4. Cuba gunakan aperture yang besar seperti f1.4 atau f2.8 bila merakam imej diwaktu malam. Latihan yang kerap dengan merakam foto still life di rumah akan dapat meningkatkan lagi skill anda.

5. Jangan lupa menggunakan flash untuk mendapatkan main light yang bagus. Dan jikalau berkemampuan gunakan lebih dari satu flash atau lebih dikenali strobist skill.

6. Selalunya sebagai newbie mereka kerap menggunakan mode autofokus bila merakam imej, tidak kiralah waktu malam atau tidak. Tetapi bagi mereka yang sudah mempunyai asas yang baik dalam teknik pengendalian kamera, cuba gunakan mode manual fokus untuk mendapatkan imej yang tajam.

Dari contoh foto ini menunjukan perbezaan yang ketara, antaranya nose dan sharp. Gunakanlah tips-tips seperti yang digariskan tersebut untuk memperbaiki skill masing-masing.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 Mei 2011

Jadikan Blog Anda Mesra Mobile Browser

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Sejak berkecimpung dengan dunia blog ini, terasa pelbagai pengalaman baru sama ada manis mahupun pahit. Namum kalau suda menjadi kegemaran dan keinginan yang tanpa dipaksa-paksa semua yang pahit tu tetap akan menjadi manis. Oklah kawan-kawan saya nak share sedikit info berkaitan dengan blog, iaitu "jadikan blog anda mesra mobile browser". Pengalaman saya sejak menggunakan smartphone Nokia E7 dan Blackberry ni, agak mudah sekali dalam apa juga urusan. Antaranya nak update blog agak mudah dan pantas. Dan begitu juga bila saya nak melawat blog atau web yang menjadi kegemaran saya, hanya dengan menggunakan smartphone sahaja. Maklumlah bukan mudah nak sentiasa online dengan menggunakan PC, Laptop, Netbook atau tablet kerana faktor saiz, berat, ruang dan keselesaan kita. Justeru sebagai langkah yang amat smart dan pantas ada baiknya menggunakan smartphone. Tetapi bagi blogger yang sentiasa nak update blog dan sebagainya, agak sukar sedikit jika menggunakan smartphone full touch screen seperti IPhone dan HTC. Sebaiknya gunakanlah smartphone yang menggunakan fungsi Qwerty atau kedua-duanya sekali. Bukan nak bodek atau belasah IPhone dan HTC cuma sebagai contoh dan perkongsiaan pegalaman ya..jangan marah.

Bagaimana supaya blog kita mesra mobile browser ni. Caranya taklah sukar sangat hanya memerlukan rakan-rakan setting blog anda. Khasnya untuk Blogspot begini caranya,

1. Aktifkan blogger in Draft
2. Bila Blogger in Draft diaktifkan pergi ke Setting > Email & Mobile Tab. Lepas tu aktifkan mobile template seperti gambarajah di bawah ini, kemudian scroll ke bawah dan klik Save Setting


3. Kemudian anda boleh klik butang Mobile Preview untuk melihat bagaimana rupa blog anda dalam versi mobile.

Selamat mencuba rakan-rakan dan lepas ini boleh la kita lihat sama-sama blog korang dalam versi mobile