Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Saya amat menggemari gambar-gambar dari macro terutamanya yang bertemakan serangga yang halus. Sebabnya ialah agak jarang kita melihat dunia sekecil dan sehalus serangga dengan mata kasar. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah melihat menerusi lensa macro sahaja, kemudian transfer ke ruangan komputer ataupun print sahaja. Tetapi adakah anda diluar sana mengetahui bagaimana photographer berjaya menghasilkan gambar-gambar macro ini. Bagi yang sewaktunya dengannya iaitu seorang photographer yang menceburi bidang macro shot sudah pasti bersetuju dan berkongsi pendapat, rasa dan idea dengan saya. Mari kita kongsikan tips macro shot menerusi blog ini, dengan harapan ilmu sesama kita bertambah-tambah hendaknya.
Kebanyakan serangga seperti pepatung(dragonflies),rama-rama(butterflies),lalat dan belalang misalannya, sedikit kesukaran akan dihadapi oleh kalangan begginer, mungkin dari segi skill dan ilmu yang masih di tahap begginer menyukarkan mereka untuk merakam imej pepatung atau rama-rama. Namum begitu di kalangan photographer yang bertaraf Pro seperti Matt Cole(http://www.mattcolephotography.co.uk/) mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk merakam imej pepatung dan rama-rama ini. Pada beliau untuk merakam imej subjek ini photographer haruslah mempunyai sikap bertenang, bersabar dan berhati-hati ketika mendekati subjek ini. Setiap pergerakan yang agresif akan mempengaruhi respons kepada subjek, jika subjek berasa terancam dengan pergerakan photographer yang terlalu agresif, sudah pasti ia akan terbang dan jawapannya ialah gagal. Maka dengan itu cubalah bersikap cool, steady dan berhati-hati mendekati subjek ini. Cuba alahkan muncung lensa anda secara perlahan-lahan ke arah subjek dan subjek lama kelamaan akan berasa tenang dan mesra dengan anda. Saya sudahpun mempraktikan cara ini setiap kali merakam imej pepatung ,rama-rama dan ada berbagai lagi . Dan hasilnya ialah seperti berikut.
Foto 1# Canon 400D+Tamron 90mm. 1/10s, at f/5.0 ISO 100
Foto 2# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/160s,at f/18, ISO 100.
Foto 3# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/80s, at f/2.8 ISO 100
Foto 4# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/400s, at f/5.6 ISO 400
Foto 5# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/60s, at f/5.0 ISO 100
Merakam imej macro seperti serangga ini memerlukan stamina dan kekuatan pada bahagian lenggan dan kekuda kaki kita. Jadi bagi mereka yang mempunyai minat untuk menceburi bidang macro shot ini bersedialah dengan tips-tips yang bermanfaat ini. Sebarang perkongsiaan dan idea saya selalu bersikap terbuka kepada semua rakan-rakan.
7 ulasan:
indah sungguh dunia berbentuk micro
lens jgk la. sharp. tp aku belum mampu
menarik!!!
Cayril Ikhwan..tq bro kerap support n kongsi idea dng sya
Sasa: x apa pelan2 kumpul modal tu.
Adrenalina: tq girl rajin baca n komen pd entri blog ni...
terbaek la bro...i like semut tuuuu..
Catat Ulasan