30 April 2011

Senja Nan Merah

Kesempatan yang ada harus dipergunakan sebaik mungkin dalam karier kehidupan seharian kita. Demikian jugalah kepada puak-puak photographer. Setiap detik yang berharga itu akan diabadikan menerusi rakaman imej, sebagai kenangan, catatan perjalanan hidup, hobi dan sebagainya mengikut justifikasi masing-masing. Justeru pada kali ini ingin saya kongsikan beberapa foto yang sempat saya rakamkan secara kebetulan apabila melalui tempat tersebut. Maklumlah bila sudah menjadi hobi beg kamera sentiasa berada dengan tuannya. Mari kita mengertikan nikmat mata yang diberikan olehNya dengan melihat segala kurniaNya.

Foto 1# Senja Nan Merah. 1/2000 sec, at f/5.6, ISO100, Canon  75-300mm.

Pertama kali menghampiri kumpulan subjek, kelihatan agak cemas dan agak berwaspada. Saya terpaksa duduk mencangkung dengan bantuan kekuatan kaki dan lengan kerana terlupa membawa tripod atau monopod. Dalam situasi seperti ini saya kerap menggunakan monopod untuk mengelakan gegaran pada kamera. Tetapi kali ini terpaksalah menggunakan monopod semulajadi kekuatan kaki dan lengan.


Foto 1# Oh Bangau. 1/1000 sec, at f/5.6, ISO100, Canon  75-300mm.

 Menantikan saat untuk mendapatkan sudut komposisi seperti ini membuatkan lutut dan lengan saya menjadi letih dan lengu. Kali pertama menghampiri subjek, kelihatan seperti kurang selesa dan ada petanda subjek hendak terbang. Tetapi agak bagus dengan pergerakan saya yang agak perlahan membetulkan posisi badan akhirnya subjek kelihatan tenang dan sedia memberi pose pada saya.

4 ulasan:

Nurr_Rahmah berkata...

subhanallah..sungguh indah ciptaan Tuhan. dan sangat bertuah dapat merakam saat2 seperti ni. cantik kedua2 gambar. tahniah :)

putrasharif@gmail.com berkata...

Nurr Kasih: Tq sedari..sbg photographer selain meminati dunia foto, tetapi juga berasa taksub n bersyukur dpt merakam segala ciptaan maha esa..

afzan berkata...

gambar ke-2 memang superb. kalau aku boleh blur burung bangau tu jadinya :)

putrasharif@gmail.com berkata...

Bro Afzan..terharu bila dpt penghargaan tu..tp bro lg tyco dr sya..byk kali jg sya p tengok2 hasil karya kt..byk yg bagus2..