02 April 2011

Tips Menjaga Image Sensor DSLR

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Kadang-kadang blog ini, rasa sepi tanpa ada sebarang entri, bukannya apa, kadang-kadang terasa sibuk dengan tugas utama sebagai kuli, jadi al maklumlah kalau sudah namanya kuli ibaratkan timun dan durian, mahu tidak mahu kena ikut cakap bos. Namum begitu itu semua tidak menghalang saya untuk sekali sekala update blog ini. Baiklah merapu pun sudah merungut pun sudah mari kita cerita sedikit Tips Menjaga Image Sensor DSLR(How to Avoid  a Dirty DSLR Image Sensor) . Rasanya rakan-rakan dan para pemilik kamera khususnya DSLR pernah mengalami masalah image sensor yang kotor, kelihatan tompok-tompok hitam dan ini amat merimaskan. Bila gambar dilihat pada skrin komputer kelihatan berbintik-bintik dan sudah pastinya kita akan delete, kalau tidakpun terpaksalah edit dengan photoshop. Kekotoran pada sensor adalah musuh utama kepada DSLR anda, justeru bagaimana pula tips untuk mengelakan berlakunya kekotoran pada image sensor kamera kita.

Photo 1# Kelihatan tompok-tompok hitam pada gambar.

Photo 2# Image Sensor

  • Elakan menukar lensa kamera anda di persekitaran yang dikenal pasti kotor, seperti kawasan berdebu ketika acara suka rally kereta, acara marathon dan sebagainya yang dikenalpasti berdebu. Cuba elakan juga menukar lensa ketika suasan berkabus, hal ini kerana ketika suasan berkabus, titisan air akan berjaya memasuki corong kamera anda. Jadi berhati-hatilah ketika menukar lensa kamera anda ketika berada dalam persekitaran seperti yang disebutkan tadi.
  • Sebelum membuat pertukaran lensa kamera, sila pastikan bahawa kamera anda sudahpun dimatikan(off). Sesetengah kamera apabila dalam kondisi masih On mempunyai cas eletrik dan ini membolehkannya menyedut habuk atau bahan kotoran dari luar. Sila disiplinkan diri anda sebaik sahaja hendak membuat pertukaran lensa, kamera dalam posisi off terlebih dahulu, kemudian barulah membuat pertukaran lensa.
  • Sebelum memasang lensa lain ke kamera anda, terlebih dahulu anda kena pastikan bahawa lensa yang hendak dipasang ke kamera anda adalah bersih dan bebas dari debu dan kulat(fungus). Cara ini penting bagi membantu mengelakan sensor kamera anda dari terkena virus-virus tadi.

Photo 3# Kamera akan terdedah kepada ancaman habuk

  • Ketika membuat pertukaran lensa terhadap kamera anda, sila pastikan ianya berlaku dengan pantas. Jika anda leka sehinggakan kamera dan lensa anda terbuka dalam masa yang lama, ini memberi peluang kepada debu dan bahan kotoran yang berterbangan  dipersekitaran anda memasuki kamera anda. Dan ini akan debu atau bahan kotoran akan melekat di image sensor kamera anda.
  • Dan yang akhir simpanlah kamera dan lensa anda di tempat yang baik seperti Drybox untuk memeliahara kebersihan image sensor kamera anda.

Photo 4# Drybox Camera

Rasanya cukup dulu setakat ini, tips menjaga image sensor DSLR anda, akan datang saya akan kongsikan lagi beberapa tips yang berguna untuk kita semua.



Tiada ulasan: