Kini pihak Canon bakal memperkenalkan DSLR dari keluarga 5D mereka, selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Model yang dimaksudkan ialah Canon 5D MK III dijangka akan membawakan sensor 22-megapixel, skrin LCD bersaiz 3.2-inci, slot untuk kad CF/SD dan juga disertakan bersama 100% VF. Bagi para follower dan peminat Canon bersedialah untuk memiliki Mark lll yang serba canggih ini. Harganya dijangkakan sekitar RM10500...

Sekian lama baru terluang masa untuk kemaskini blog saya ini,mungkin disebabkan oleh faktor masa sejak kebelakangan ini, jadi kali ini saja nak kongsi dengan rakan-rakan fotografer atau bagi mereka yang juga meminati dunia foto.

Jom saksikan koleksi foto-foto menarik yang telah dirakam oleh beberapa orang jurufoto profesional dan mungkin ini dapat membantu menebalkan ilmu di dada sebagai penggemar dunia fotografi.

Fenomena dunia masa kini sibuk dengan pelbagai rangkaian sosial, sibuk dirumah,sibuk dikereta, sibuk di tempat kerja dan segalanya sibuk dengan semua ini. Apa sahaja aktiviti dan program kalau boleh semuanya dilonggkan dan dipamerkan di dalam Facebook. Termasuklah gambar-gambar sulit, dedah paha,betis, buah dada, punggung dan segalanya terdedah.

Kini menjadi ketakutan kepada semua pemilik akaun Facebook yang bersifat keterlaluan sehinggakan memuat naik gambar-gambar panas mereka dan apabila dirasakan kurang sesuai atau sebagainya langsung dipadam. Tetapi melalui ujian yang dilakukan oleh ArsTechnica, gambar yang telah dipadam 3 tahun lepas, masih boleh diakses sehingga ke hari ini. Ini bermakna gambar-gambar panas yang sebelum ini telah dipadam masih boleh diakses dan disalahkan gunakan oleh sesiapapun...bahayanya wahana Facebook, tu pasal hati-hati upload gambar-gambar sedara

Keindahan panorama pantai Beringgis memang mengasyikan, lama agaknya tak berkunjung ke tempat ini setelah setahun lepas merakam panorama kaki langit yang kebiruan dan kali ini syukur berpeluang lagi merakam fenomena alam yang indah ini.

PENGIKUT