Memaparkan catatan dengan label Tips Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Blogger. Papar semua catatan

09 Jun 2011

Blogger Perkenalkan Peranti Mudah Alih Untuk Semua(Mobile Browser)

Sebelum ini rasanya sudah ramai di kalangan blogger telah melakukan perubahan atau upgrade blog masing-masing agar kelihatan lebih mesra dan yang lebih utama ialah memudahkan pihak pelawat membuka blog masing-masing. Jika kalian masih belum membuat perubahan pada template blog anda kepada mobile browser, mulakan dari sekarang. Kerana dengan pemasangan mobile browser ke blog kalian, ianya lebih mesra dan yang paling penting pelawat tak rasa menyampah menunggu agak lama membuka blog kalian. Menyedari betapa perlunya tema mudah alih ini pihak Google telah memperkenalkan sokongan ini kepada semua pengguna blogger seluruh dunia. Dan kini kalian bolehlah mengaktifkan fungsi tersebut.


Baiklah apabila kalian sudahpun membuat perubahan kepada peranti mudah alih, maka senanglah para pelawat menelah blog korang semua. Pada hari ini anda perlu tahu bahawa semakin ramai pengguna peranti mudah alih semakin bertambah ramai. Maka itu keperluan untuk melayari blog kegemaran mereka termasuklah blog korang semua boleh diakses walau tengah shoping, dalam toilet, tengah majlis keramaian dan kecuali ketika solat.


08 Jun 2011

Kuasa Twitter


Walaupun korang semua memang sudah mengetahui apakah itu Twitter, apakah yang bestnya tentang twitter ini dan bagaiman menggunakan twitter. Saja saya nak tulis sebagai perkongsiaan bersama, ilmu yang baik best nak share kan. Yang tak best pun ada juga yang nak share betul tak?.

Baiklah apakah itu Twitter?.. Twitter ialah sebuah layanan Microblongging yang bertujuan untuk menjawab sebarang pertanyaan, perkongsiaan maklumat, foto dan banyak lagi di dalam blog kalian.

Meskipun terdapat terhad dari segi penggunaan karakter iaitu sebanyak 140, namum pengaruhnya semakin meningkat. Saya sendiri apabila menggunakannya terasa amat seronok. Kalau sebelum ini saya agak lembab dan lambat memperolehi apa-apa maklumat dan sebagainya, tetapi apabila mula menggunakannya terasa lain jadinya. Dari segi promote blog amat mudah dan simple. Setiap entri baru yang saya tulis menerusi blog saya akan cepat tersenarai ke timeline twitter.

Harus diingat oleh kalangan blogger twitter amat membantu traffic blog kalian. Meskipun blog saya ini tidak popular seperti blog-blog yang telah mendapat rank yang terbaik, tetapi ini adalah merupakan langkah terbaik untuk saya lebih maju dalam berkarya menerusi blog dengan bantuan twitter. Meskipun hanya sekadar 140 karakter tetapi membolehkan blog kalian akan dibaca, terlah, terjah dan diamati oleh seluruh dunia.

Memang best twitter ni kan. So apa tunggu lagi mulakan langkah dari sekarang, cipta akaun dan identiti twitter kalian supaya anda lebih dikenali dan memudahkan proses serta aktiviti blongging.

Sebagai perkongsian kepada follower blog saya bolehlah klik button follower twitter di atas sebelah kanan blog saya. Kalian follower twitter saya dan sebaliknya saya akan follower balik...agak mudah kan...selamat mencuba

01 Jun 2011

Twitter Memperkenalkan Butang Follow


Sebelum ini blog dan website kita hanya mempunyai button like box dari facebook, tetapi kini kalian bolehlah menggunakan dan mengintergrasikan butang Follow yang baru sahaja diperkenalkan oleh Twitter di blog atau laman website masing-masing.

Dengan pengenalan butang follow ini juga akan membolehkan rakan-rakan mengikuti perkembangan terbaru berkenaan tuan punya laman web atau blog dari semasa ke masa. Saya sudahpun mengintergrasikan butang Follow Twitter terbaru ini di kedua-dua blog saya http://akushatra.blogspot.com/ dan http://citrazaman.blogspot.com/. Jadi sudilah kiranya Click butang FOLLOW dekat blog saya ni yaa. Maknanya bolehlah kita berkongsi maklumat entri dengan cepat, pantas dan smart.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 Mei 2011

Jadikan Blog Anda Mesra Mobile Browser

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Sejak berkecimpung dengan dunia blog ini, terasa pelbagai pengalaman baru sama ada manis mahupun pahit. Namum kalau suda menjadi kegemaran dan keinginan yang tanpa dipaksa-paksa semua yang pahit tu tetap akan menjadi manis. Oklah kawan-kawan saya nak share sedikit info berkaitan dengan blog, iaitu "jadikan blog anda mesra mobile browser". Pengalaman saya sejak menggunakan smartphone Nokia E7 dan Blackberry ni, agak mudah sekali dalam apa juga urusan. Antaranya nak update blog agak mudah dan pantas. Dan begitu juga bila saya nak melawat blog atau web yang menjadi kegemaran saya, hanya dengan menggunakan smartphone sahaja. Maklumlah bukan mudah nak sentiasa online dengan menggunakan PC, Laptop, Netbook atau tablet kerana faktor saiz, berat, ruang dan keselesaan kita. Justeru sebagai langkah yang amat smart dan pantas ada baiknya menggunakan smartphone. Tetapi bagi blogger yang sentiasa nak update blog dan sebagainya, agak sukar sedikit jika menggunakan smartphone full touch screen seperti IPhone dan HTC. Sebaiknya gunakanlah smartphone yang menggunakan fungsi Qwerty atau kedua-duanya sekali. Bukan nak bodek atau belasah IPhone dan HTC cuma sebagai contoh dan perkongsiaan pegalaman ya..jangan marah.

Bagaimana supaya blog kita mesra mobile browser ni. Caranya taklah sukar sangat hanya memerlukan rakan-rakan setting blog anda. Khasnya untuk Blogspot begini caranya,

1. Aktifkan blogger in Draft
2. Bila Blogger in Draft diaktifkan pergi ke Setting > Email & Mobile Tab. Lepas tu aktifkan mobile template seperti gambarajah di bawah ini, kemudian scroll ke bawah dan klik Save Setting


3. Kemudian anda boleh klik butang Mobile Preview untuk melihat bagaimana rupa blog anda dalam versi mobile.

Selamat mencuba rakan-rakan dan lepas ini boleh la kita lihat sama-sama blog korang dalam versi mobile