Foto 1 Sunrise Sawah- Kg Sangkir

Kampung Sangkir Kota Belud, begitu indah dan mempersona untuk apa-apa aktiviti fotografi. Lokasi ini terletak sedikit ke dalam perkampungan dan untuk sampai ke lokasi ini perlu melalui beberapa cabang jalanraya yang sedikit mengelirukan. Namun bagi yang sudah pernah sampai ke tempat ini pasti tidak akan sesat dan melupakan segala pengalaman manis yang dilalui ketika berada di sini.


Foto 2 Sunrise Kg Sangkir dengan kesan Reflection

Destinasi ini begitu bermakna dan menjadi kegemaran untuk aktiviti fotografi saya. Boleh dikatakan telah banyak kali saya berkunjung ke tempat ini, sama ada bersendirian dan berkumpulan. Menariknya tentang tempat ini ialah sudut pandang yang baik untuk merakamkan keindahan Gunung Kinabalu dan kawasan permukaan sawah padi yang boleh menghasilkan kesan pantulan yang begitu dramatis. Selamat Datang Ke Destinasi Pelancongan Fotografi Kampung Sangkir. Dan jika berminat bolehlah menyertai setiap kali saya mengadakan XPDC Photography ke tempat ini.

Foto 3 Kg Sangkir Milky Way.

Foto 1
Terima Kasih Pakcik kerana sudi digambar

Foto 2
Mt Kinabalu kelihatan jelas dari sawah padi Kg Tambulion

Foto 3
Laluan ke dunia semulajadi yang mempunyai lapangan sawah padi, sungai dan keseronokan gerombolan kerbau sedang bersantai dan mandi manda.


Foto 4
Ayuh kudaku, kita redah sungai ini, walau kenapa, walau bagaimana...

Foto 5
Untuk memastikan otot kuat dan sihat, aktiviti renang sangat berguna. Si Kuda sedang menjalani latihan berenang oleh tuannya. Hebat dan menyeronokan.

Foto 6
Jendela Mt Kinabalu dari Sungai Kg Tambulion

Foto 7
Shadow versus Reflection, Idea muncul setelah melihat dan menilai momen dan komposisi ini.

XPDC Photography ke Kampung Tambulion menjanjikan satu momen penggembaraan bergambar yang begitu menyeronokan. Sebelum tiba di lokasi sebenar, akan dihidangkan dengan panorama sawah padi yang terbentang luas dan kehijauan. Indah benar kampung ini.

Sebelum sampai ke kampung ini, pada awalnya memang dalam perancangan, namum apa yang perlu ialah mencari jalan rintis sebagai persediaan awal. Dan pada hari yang dirancang akhirnya saya tiba juga ke tempat ini secara solo. Sudah menjadi kebiasaan saya, perlu bergerak secara bersendirian dahulu sebelum membawa rakan-rakan bersama. Dengan tujuan untuk membuat tinjauan dan postmortem sekembalinya dari lokasi.

Bercerita tentang tempat ini, sememangnya menjadi faktor penarik ialah pemandangan indah Gunung Kinabalu yang tersergam indah menjadi latar belakang kepada sudut rakaman. Begitu juga dengan keseronokan merakam sawah padi di samping para petani sedang tekun berusaha. 

Kampung ini juga terkenal dengan keindahan dan keseronokan untuk mandi manda di sungai, iaitu Sungai Tambulion yang juga saya difahamkan air sungai ini asalnya dari pergunungan Akinabalu. Sungainya agak luas dan deras, namum terpulanglah kepada para pengunjung untuk memilih lokasi yang terbaik untuk mandi dan sebagainya.

In Shaa Allah dilain masa, sememangnya dalam perancangan saya serta rakan-rakan dari Geng Photographer untuk berXPDC lagi ke kampung ini untuk rakaman panorama moonlit dan low light. Jika sesiapa yang berminat untuk menyertai saya, bolehlah maklumkan menerusi blog ini, inbox Facebook atau email saya sharif_putra@yahoo.com

Terima Kasih...Jumpa lagi XPDC Photography Kg Tambulion Part 2



Akushatra BlackBerry®


Alhamdulillah tercapai juga hajat selama ini hendak berkunjung ke Kg Malangkap yang terkenal dengan keindahan panorama sungainya. Sungai ini mengalir terus dari Gunung Kinabalu. Saksikan beberapa foto hasil rakaman saya ketika sesi outing kali pertama dan kedua ke destinasi ini.





Foto 1. Perairan Bohey Dulang(Air Dulang) dari Kemuncak

Semporna sememangnya begitu terkenal dengan keindahan panorama lautnya. Siapa pun yang balik dari apa-apa aktiviti di daerah ini pasti akan kembali lagi pada suatu hari kelak. 

Alhamdulilah akhirnya berjaya juga Trip Outing Siri 2 yang berlangsung bermula dari 12 Nov-15 Nov 2012. Bermula dari tanggal 12 Nov pergerakan rakan-rakan bermula dari Kota Kinabalu, ada  yang menaiki kenderaan sendiri dan ada juga yang menaiki bas dengan masa perjalanan hampir 12 jam. Perasaan begitu berkobar-kobar bagi rakan-rakan Geng Photographer yang buat kali pertama mengikuti outing ini, mana kan tidak, melihat dari jendela hotel Seafest sahaja, perasaan begitu teruja dengan keindahan laut Semporna dan turut kelihatan dari kejauhan kemuncak Pulau Bohey Dulang.

Foto 2. Kemuncak Bohey Dulang


Seawal jam 3.50 pagi kami telah pun bersiap sedia untuk memulakan perjalanan dengan menaiki bot Kembara Pulau dan menuju ke Pulau Maiga sebagai destinasi pertama untuk merakam panorama matahari terbit di sebalik kemuncak Pulau Bohey Dulang. Nasib begitu menyebelahi kami, kerana pada pagi tersebut cuaca amat baik dan kami tak melepaskan peluang untuk merakam sebaik yang mungkin panorama menjelang golden hour.


Foto 3. Mentari Pagi di Pulau Maiga


Sebaik sahaja tugasan pertama selesai, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Bodgaya, namun cuaca tidak begitu baik, kerana ketika kami tiba di perairan pulau tersebut langit kelihatan mendung. Sebagai tips kepada rakan-rakan fotografer yang hendak berkunjung ke daerah Semporna, cuaca di daerah ini begitu pantas bertukar-tukar. Sekejap mendung, sekejap hujan dan cerah. Namun kami tidak berputus asa, perjalanan diteruskan lagi ke destinasi ketiga iaitu misi menawan kemuncak Bohey Dulang.


Foto 4. Rakan-rakan Geng Photographer menuju ke Pulau Bodgaya

Destinasi ketiga ini begitu mencabar dan mengundang risiko. Setiap pengunjung ataupun fotografer wajib mendaki bukit yang cerun dan licin. Masa yang diperlukan ialah kira-kira 40 hingga 50 minit dan bergantung kepada kecergasan kalian. Meskipun letih membawa bebanan kelengkapan kamera namun hati kami begitu berdebar-debar menantikan saat manis tiba dikemuncak dan merakamkan sebaik mungkin panorama perairan Bohey Dulang. Dan dari sejarah namanyapun telah memberi maksud Bohey Dulang sebagai Air Dulang. Jadi tugasan sukar yang perlu dilaksanakan oleh para fotografer ialah merakam panorama lautan sehingga terbentuk seolah-olah sebuah dulang besar kelihatan depan mata. Dan ini telah dapat dirakamkan dengan perbincangan dan kerjasama yang ada di kalangan Geng Photographer. Akhir kata pengalaman merakam panorama indah dari kemuncak Bohey Dulang begitu menyeronokan dan pasti kalian akan habis ruangan memori kad sehingga 8gb atau lebih....sampai jumpa lagi pada siri laporan Bodgaya....

Foto 5. Geng Photographer Kemuncak Bohey Dulang

Setelah misi outing part 1 ke kepulauan di Semporna pada bulan mei yang lepas, rasanya memang tidak puas lagi berada di sana. Justeru sekali lagi Geng Photographer akan berentap ke semporna pada 13-15 Nov 2012 ini.

Bagi rakan-rakan yang berminat bolehlah kita pergi bersama-sama, untuk merakam keindahan semulajadi kepulauan Semporna seperti Pulau Maiga, Pulau Bohey Dulang, Bdgaya dan Sibuan. Sesungguhnya keindahan panorama pulau ini, begitu mengasyikan dan pastinya memori kad kalian akan full...jumpa di sana...

Akushatra BlackBerry®

Alhmdulilla sempat juga kemaskini blog ini. Rasanya sepi blog yang saya khususkan untuk berbicara tentang dunia fotografi semejak kebelakangan ini.

Dan kali ini saya hendak memaparkan keindahan pantai dan teluk meruntum yang berhampiran dengan daerah kecil Putatan. Tempat ini begitu cantik dan punyai unsur yang menarik. Susunan ranting kayu berhampiran pantai begitu seronok dirakamkan terutamanya ketika sunset dengan stail slow shutter.

Manakala di bahagian teluknya pula, menghidangkan panorama perumahan atas air dan ini juga turut menarik minat saya untuk merakamkannya. Apa tak lagi keindahan langit ketika itu amat menarik. Bagi rakan-rakan yang hendak berkunjung ke tempat ini untuk merakam keindahan tempat ini, datanglah ketika menjelang matahari terbenam.

Akushatra BlackBerry®

PENGIKUT