Memaparkan catatan dengan label Fotografi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fotografi. Papar semua catatan

07 Mac 2015

Pemburu Senja

Foto 1 
Pemburu Senja, menebar jala sebagai alternatif untuk menangkap udang 
selain menggunakan pukat pantai.

Sepanjang bulan mac hingga april sekitar pesisir pantai Meruntum, Kuala Putatan dan Petagas sibuk dengan aktiviti memburu udang pantai. Kerana pada bulan ini kehadiran kumpulan udang banyak membanjiri pesisir pantai sama ada untuk bertelur atau mengikut sumber makanan. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh kalangan nelayan sepenuh masa dan ada juga di antaranya sekadar mengisi masa lapang serta mengurangkan kos membeli udang di pasar.

Foto 2 Pukat Pantai 
Menggunakan pukat pantai yang boleh menghasilkan tangkapan agak lumayan

Dari perbualan ringkas di kalangan pemburu senja ini, mereka mula turun menebar jala atau pukat ialah sekitar jam 4 petang dan hinggalah berlarutan sehingga ke jam 12 tengah malam. Hasil tangkapan juga agak lumayan sehinggakan mendatangkan pendapatan mencecah ratusan ringgit dalam satu malam kerja memburu udang ini.

Foto 3 Kerja membuka hasil tangkapan udang.

Foto 4 Memeriksa pukat dalam selang masa antara 20-30 minit

Foto 5 Gambaran dari sudut jauh untuk melihat aksi pemburu senja

Foto 6 Berbekalkan Jala atau rambat boleh mendatangkan hasil yang lumayan

Foto 7 Kerja memburu udang hingga tesasar ke malam

Foto 8 Berbekalkan lampu suluh yang dipakai dikepala 
membantu si pemburu memeriksa jalanya.

16 April 2011

Ciri-ciri potret yang baik

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Kali ini mari kita bersembang sedikit tentang apa yang dikatakan sebagai ciri-ciri potret yang baik.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

22 Disember 2010

DSLR Magazine

Untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan terkini pelbagai isu, skill, style, tips,teknik, dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia foto, saya turut membaca, menyelidik, mencuba dan memahami setiap apa yang terkandung di dalam majalah di bawah ini.

Bagi saya untuk menjadi seorang photographer yang baik perlulah sentiasa memperbaiki dan memajukan diri setiap masa. Kalau tidak sudah pastinya akan ketinggalan di belakang. Untuk itu saya kena berbelanja RM50-100 sebulan untuk memiliki majalah-majalah seperti ini, yang sakitnya jika majalah tersebut bulat-bulat datangnya dari luar negara seperti UK dan sebagainya. Tetapi mujurlah majalah seperti Digital Camera Magazine dan Digital SLR Photography telah di Malaysiakan dan harganya dalam lingkungan RM10-12 senaskah. Jika bercerita pasal buku photography pula, memang pening jugalah dibuatnya, manakan tidak harga sebuah buku berharga sekitar RM100-150, tetapi terpulanglah kepada diri masing-masing, tepuk dada tanya diri sendiri". Berikut beberapa koleksi majalah yang saya langgan setiap bulan dan saya sarankan kepada rakan-rakan yang meminati dan baru hendak berkecimpung ke dunia photography silakanlah membaca majalah ini. Sekian sekadar perkongsiaan bersama.

Bacaan wajib 1st

Bacaan wajib 2nd

Bacaan wajin 3rd

16 Disember 2010

Foto Pilihan Rakan Photographer & Blogger

Assalamulaikum, salam sejahtera, selamat menyambut hari natal dan yang pastinya tahun baru 2011 akan menjelang tiba hanya seketika sahaja. Entry kali ini saya memaparkan beberapa hasil karya dari kalangan rakan photographer dan blogger, diharapkan rakan-rakan merestui entry ini. Niat saya bukanlah untuk tujuan mengaut keuntungan sama ada secara komersial ataupun tidak, tetapi hanyalah sekadar mengkagumi, menghormati, dan menyanjungi hasil ketipan kamera saudara/saudari sekalian. Berikut adalah beberapa hasil foto rakan-rakan saya.

Saya salah seorang yang meminati foto yang ditampilkan dengan impak "bokeh" rasanya amat seronok bila melihat foto seperti ini. POI pada foto ini pada saya ialah pada kesan bokeh itu sendiri yang menampilkan subjek utama. Bukan senang mengambil foto sebegini, bepeluh juga dibuatnya.Congra tuan ketip-ketip Sasa

Bila melihat foto ini saya terus tertarik kepada kesan background yang menakjubkan. Penampilan bukit yang pelbagai lapisan ditambah lagi dengan kekuatan impak Mt Kinabalu, siapa yang tidak terpikat dengan foto ini. Saya fikir POI pada foto ini ialah seperti apa yang telah saya ungkapkan tadi. Syabas saudara Afzan, teruskan menghasilkan karya hebat sebegini.

Saya tidak dapat menafikan bahawa hasil karya ini memang amat bagus. Dan saya amat meminati foto berkonsepkan "silhouette" yang diolah dengan Strobist. Keunikan pada penampilan tekstur badan manusia tersebut meninggalkan cerita yang berbentuk teka teki " siapakah gerangannya"?. Syabas saudara Cayril saya peminat hasil karya awak.
  
Sejak berkecimpung dalam dunia fotografi ini, saya punyai impian untuk menngambil foto sehebat ini, namum apakan daya poket selalu kempis. Jadi lambat lagi la untuk memiliki lensa power macam saudara Redzlan ini. Foto ini amat menghiburkan dan menghairankan, bukan senang mengambil foto-foto seperti ini, susah, payah, bepeluh dan yang pastinya tuan punya foto ini penyabar orangnya. Kalau tak penyabar asyik angkat kaki la jawabnya.


Selalunya foto-foto macam ini, saya saksikan menerusi iklan-iklan besar syarikat insuran, kewangan, pendidikan, MAS, Air Asia dan pelancongan. Bila melihat foto saudara Daniel ini, saya fikir beliau sememangnya photographer seperti yang saya sebutkan tadi. Foto ini memberikan kita impak harmoni, aman damai, dunia kanak-kanak yang menyeronokan dan keasliaan. Bila la saya dapat ambil photo sebaik ini. Awesome photo bro.


Saya gemar mengambil foto-foto macam ini dan foto ini memberikan saya inspirasi bagaimana meletakan unsur-unsur menarik di dalam foto. Saya fikir POI pada foto ini ialah pada bayangan subjek seperti kapal dan diperkemaskan lagi dengan kesinambungan bukit bukau. Dan yang hebatnya lagi ialah matahari betul-betul bulat kemerahan. Syabas bro Gidong mahu minta ajar ni.


Dari foto ini saya suka cara photographer menampilkan raut wajah subjek. Subjek kelihatan amat ayu, cantik dan mempersona di sebalik kebijaksanaan photographer menampilkan si cantik dengan menggunakan teknik "border in framing".Tahniah bro saya suka cara dan aliran pemikiran serta teknik yang saudara ketengahkan.

Demikianlah beberapa penilaian yang sempat saya berikan kepada beberapa otai tersebut. Mohon maaf sekiranya penilaian saya kurang tepat dan menjatuhkan hukuman yang tidak adil. Saya juga seperti photographer yang lain, budak baru belajar". Sekalung penghargaan saya tujukan kepada otai-otai kerana membenarkan saya memaparkan hasil-hasil karya tersebut. 

Sharif Putra
KK-Sabah

11 Disember 2010

Me n My Lens 2010 Collection



























Kionsom Water Fall-Inanam

Deer-Lok Kawi Wildlife
Sandakan Night emotion

Probocis Monkey Labuk Sandakan

Labuk Bay Sandakan

Beringgis Beach Resort-The Child