Saat mencuba sesuatu yang baru, pelbagai angan-angan dan idea muncul. Tapi tetap tak lupa pada yang lama yang banyak mengajar dan mendewasakan diri, terima kasih taat setia diberikan. Cerita ini bukan berkaitan dengan hal cinta, kasih, kasihan tetapi Gear lama 400D yang setia membanting dan dibanting selama ini, usahanya banyak memberi keseronokan dan kebanggan. Kini muncul sahabat baru 60D memang seronok dan memadai untuk memahatkan bahan sejarah, cerita, krenah dan tingkah kita...Pasal melalut dan mencarut tak tinggal dalam menghiasi bahan cerita, maafkan saya melalut tapi bukan mencarut ya..Ruangan ini diberi kesempatan menjelajah satu lokasi baru di Bumi Sabah khususnya di Bandar Kota Kinabalu. Mesti ramai di kalangan rakan-rakan tak perasan tempat ini. Dan saya sendiri pun baru perasan dan bila sudah perasan apa lagi cabut pergi tempat ini. Tempat yang saya maksudkan ialah Kasih Sayang Resort & SPA yang berada tinggi di atas bukit berhampiran dengan pekan Inanam dan Menggatal. Cantik sungguh tempat tersebut, cuma tidak berpeluang lagi untuk menyaksikan suasana sunset dan malam. Next time saya akan potretkan juga...

Paparan Outing Kasih Sayang Resort...

Pandangan depan

Selamat Datang

View Bandaraya Kota Kinabalu

Spesis Flora n Fauna





Jadi bagi mereka yang hendak merehatkan minda dan merasai keseronokan waktu malam melihat pemandangan bandaraya Kota Kinabalu boleh berkunjung ke tempat ini. Bagi para penggemar foto pula, semestinya destinasi ini akan dimasukan dalam senarai outing sedar-sedara sekalian. Kalau tak jeles nanti dengan kawan-kawan he..he..untuk keterangan lanjut bolehlah layari website mereka ni..www.kasihsayang.com.my
Pada mulanya saya kurang yakin juga dengan buah mulut orang dengan cerita "penyu menjadi batu " ni. Mustahil penyu menjadi batu. Tetapi cerita ini semakin panas kedengaran dan menjadi bahan cerita setiap hari. Akhirnya saya mengambil keputusan dengan mengunjungi tempat yang dimaksudkan. Tempat beradanya penyu menjadi batu tersebut ialah terletaknya di sebuah kampung terpencil iaitu Kg Babagu daerah Beluran-Sabah. Perjalanan rombongan kami ke tempat ini dengan menaiki bot seramai 5 orang. Dan apa yang diceritakan sebelum ini ternyata benar belaka. Persoalannya bagaimana cengkerang penyu ini menjadi batu. Mungkin juga oleh kerana faktor cuaca atau terawet sendirinya, entahlah apa jawabnya.

Bersama Pakcik tuan yang empunya Penyu

Menurut pakcik yang empunya cengkerang penyu ini, dia menemuinya tersangkut dipukatnya ketika keluar memukat di Teluk Semangat. Memang unik dan menakjubkan kejadian ini. Setelah berbual-bual panjang dengan pakcik tersebut , saya mengambil kesempatan untuk mengambil seberapa banyak foto dari segenap sudut, bukannya apa benda pelik perlu banyak foto dari pelbagai sudut barulah kira puas hati.

Seorang rakan yang turut dalam rombongan saya

Sudut depan, cengkerang ini masih kelihatan kukuh

Sudut belakang, berat juga cengkerang penyu ni

Sudut atas, masih cantik dan unik cengkerang ini

Perjalanan ke tempat ini tidak semudah disangkakan. Untuk ke tempat ini hendaklah bermula dari Kg Kanibongan, Pitas dengan menaiki bot selama kira-kira 2 jam dan jika bernasib baik perjalanan tersebut akan disajikan dengan pemandangan buaya yang sedang berehat di tepi-tepi bakau. Ketika sesi perbualan dengan pakcik tersebut, saya cuba bergurau dengan beliau untuk membeli cengkerang tersebut tetapi beliau enggan menjualnya sebaliknya beliau lebih rela menyimpan objek tersebut sebagai koleksi simpanannya. Apapun hajat mencari kebenaran telah tercapai lalu dikongsikan bersama dengan semua rakan-rakan blogger dan penggunjung blog saya. Wallahuallam...

Kedamaian desa Bakapit, Lahad Datu

Ketekunan dan kesabaran akhirnya membuahkan hasil walaupun tak seberapa, namum bagi saya inilah hasil karya seni terbaik yang pernah saya potretkan. Berbanding dengan saudagar-saudagar foto seperti bapak Rarindra Prakrasa, Angah Permandi, dan banyak lagi yang seangkatan dengannya. Mereka ini sememangnya hebat dan kebanyakan daripada hasil potret mereka penuh dengan keindahan dan nilai tambah dalam seninya. Wah kalaulah dapat berjumpa dengan mereka ini secara bersemuka, pasti mereka akan dihujani dengan soalan yang berkarung-karung. Tapi tak mengapalah sekadar mendapat nasihat dan pandang dari mereka ni pun sudah memadai untuk memantopkan diri dalam dunia seni hebat ini.


Harapan Si Penoreh, Kg Tamisan-Kota Marudu

Lokasi potret ini sebenarya saya sempat abadikan ketika aktiviti jalan-jalan bersama kalangan penoreh getah di desa Tamisan. Tempat ini tidaklah hebat sangat tetapi dari cerita yang boleh disahkan di desa ini juga telah lahir beberapa orang fotographer yang berbakat. Terima kasih kepada mereka yang membantu aktiviti penggambaran ini.


Kalau rezeki tak akan kemana, Tanjung Dumpil-Putatan

Keasyikan si anak-anak bermain 'buih'

Nota pemberitahuan jika sekiranya ada sebarang dikusi dan saranan terutama dikalangan sahabat baik follower blog saya berkenaan dengan foto-foto saya, amatlah dialu-alukan, al-maklumlah budak baru belajar.


Awalnya memang seram juga bila dengar membiarkan kaki digigit ikan. Mesti dalam kepala korang semua, habislah kaki tu di makan ikan pirana. Ya dalam dunia ni spesis ikan piranalah yang paling kejam dan brutal. Ikan ini sekelip mata saja boleh membuatkan mangsanya menjadi tulang dan bangkai. Memang seram, tapi cerita ni bukanlah berkaitan dengan ikan pirana tapi ikan yang terdapat di sungai  Moroli Kg Luanti Baru Ranau. Pernah suatu ketika saya terlihat dokumentari berkenaan di "Majalah 3" memaparkan keindahan dan keseronokan ikan-ikan ini membaham kaki setiap pengunjung. Jadi rasa terpanggil jugalah untuk berkunjung ke tempat ni untuk mengabadikan kenakalan ikan-ikan ini di ruangan diary foto saya.

Selamat Datang

Pengunjung kecil yang berani dan kegeliaan bila kakinya digigit oleh ikan-ikan itu..seronoknya

Pengunjung hanya hidangkan kaki untuk digigit oleh ikan ini. Best juga bila kaki raba dan digigit ikan.

Lokasi menarik ini tidak berapa jauh dari pekan Ranau, hanya kira-kira 15Km perjalanan menuju arah jalan Sandakan. Yuran masuk ke tempat ini ialah RM5 seorang dan banyak kemudahan disediakan seperti tempat makan, rehat dan bagi sesiapa yang lagi berani boleh mandi sekali dengan ikan tersebut dan cuba tadahkan telinga untuk digigit oleh ikan.

Ikan sedang mengigit jari-jari kaki ha..ha..geli

Mandi boleh tapi memancing tak boleh


Tetapi yang pastinya kehadiran saya ke tempat ini bukan sahaja tertumpu pada sang ikan tersebut, namum yang pastinya saya teringin sangat mengambil foto keindahan flora dan fauna temoat ni.



Hadapi dengan senyuman
Artis Dewa

Hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi
biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua...kan baik-baik saja

Bila ketetapan tuhan
sudah ditetapkan
tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang



Outing ke Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary memang agak menyeronokan, memuaskan dan mengasyikan. Sudah lama kiranya ku pendam-pendam untuk mempotretkan sendiri sedara kita di sana. Selama ini asyik tengok foto orang lain, termasuklah yang ada dimuka depan postcard, calender dan penanda buku. Namum pada outing kali ini barulah saya berasa seronok kerana saya sendiri akan mempotretkan si Orang Belanda' atau dalam bahasa sukarnya "Proboscis Monkey" ke dalam pelbagai versi.


Perjalanan ke tempat ini memakan masa selama hampir 6 jam jikalau destinasi bermula dari Kota Kinabalu, Tetapi jikalau bermula dari Sandakan hanya kira-kira 30-40 minit. Jalanraya ke tempat ini juga boleh dikatakan baik. Tiket masuk untuk local ialah RM15 dan RM10 untuk mereka yang membawa kamera atau video cam.



Penerokaan pertama saya semestinya ke Platform A. Seperti yang kita tengok sendiri pada time table tersebut kita kena berada awal sebelum jam 9. Hal ini kerana dikhuatiri akan ketinggalan pelbagai aksi yang jarang kelihatan iaitu sesi pemberian makanan. Boleh dikatakan agak ramai juga kaum-kaum fotographer ketika itu, ada pelbagai mimik muka, ada yang bermata biru, coklat, sepet dan bulat ja ha..ha..maaf melalut..Tapi itu tak menjadi masalah bagi saya..ringkasnya aku tak peduli, yang penting saya dapat merakamkan setiap aksi si kacak tu.



Foto ini menarik bagi saya kerana ketika itu pelbagai aksi berlaku, antaranya perebutan makanan dan persaingan sesama spesis ini untuk mendapatkan makanan oleh si tuannya. Tapi yang selalu menangnya ialah si dominan la, ataupun ketua dalam kumpulan dominan ini, yang lain pandai juga ambek curi-curi, lucu juga menyaksikan kenakalan spesis ini. Berikut ialah beberapa koleksi yang sempat saya ambek untuk tatapan dan perkongsiaan bersama sadara mara follow blog saya, rakan-rakan FB,Multyplay,Flickr,Group Photographer saya Mr Nuarji-Kota Marudu(Nikon D300), Bro Sharif Asri-Tenom(Canon 1000D), Tyco Yusril-Sarawak(Canon 40D).


Silverred Leaf Monkey

Proboscis Monkey

Leader Proboscis Monkey

Silverred Leaf Monkey


Demikianlah beberapa hasil yang tak seberapa ketika sesi outing saya ke Labuk Bay-Sandakan yang lepas. Seperti biasa saya amat mengalu-alukan sebarang teguran membina supaya dapat diri ini memperbaikinya pada sesi akan datang...Untuk info bagi mereka yang berminat berkunjung ke tempat ini boleh meninjau-ninjau catatan ini. Link www.proboscis.cc

Phone:(6) 089 672177,674880
Mobile:019 8534098
Fax:(6) 089 672136
Email:labukbay@proboscis.cc



Mengabadikan view pada waktu malam sememang ada seronoknya. Cuma kadang-kadang menyeramkan, menakutkan dan kadang-kadang boleh mengundang bahaya. Mana tidaknya pergi ambek gambar kadang-kadang keseorangan, bukanya tak mahu pergi berteman, cuma payah sedikit jika berteman, sebabnya kehendak dan selera adalah berbeza. Jadi ambil keputusan biarlah pergi seorang diri supaya semua kehendak dipenuhi oleh diri sendiri. Dalam ruangan kali ini saya ingin berkongsikan ilmu yang sedikit ini bersama kalangan rakan-rakan follow yang saya hormati sekalian. Foto kali ini saya ambek ketika outing ke Sandakan iaitu di Bandar Indah. Foto ini tak lah hebat sangat cuma apa yang saya hendak kongsikan ialah beberapa variasi dalam mengambil foto antaranya ialah slow motion dan bulb. Untuk mendapatkan hasil foto seperti ini saya telah menggunakan tripod dan remote control, tujuannya supaya mengurangkan gegaran ketika mengetik.

Bulb Lighting

Dan semestinya saya mengambil seberapa banyak gambar agar dapat menghasilkan pelbagai effect lighting dan komposisi. Bagi rakan-rakan yang jauh lebih berpengalaman, saya mohon agar diberi tunjuk ajar lagi, al maklumlah banyak lagi yang kurang jelas
 
Info terkini Penilaian Tahap Kecekapan(PTK) dimansuhkan serta merta. Hal ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak ketika membentangkan sesi Bajet 2011 sebentar tadi. Walau bagaimanapun PTK akan digantikan dengan satu keadah yang baru mulai sesi jun 2011 nanti. Sehubungan itu juga Perdana Menteri mengumumkan tentang pemberian wang bantuan sejumlah RM500 kepada seluruh pejawat awam pada bulan disimber ini.


Gempak Proton secara senyap-senyap telah melancarkan model terbarunya iaitu "PROTON INSPIRA". Namum begitu model ini akan dilancarkan secara rasmi pada tarikh 10 Nov ini. Jika sebelum ini rupa bentuk atau facelift model terbaru ini ialah seperti foto tersebut
Dari sumber yang diperolehi dari model ini didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter yang berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC. Manakala dari segi harga pasaran pula ialah anatara RM79,888-95,000. Sumber Hairulazim Mahmud
Through my Lens


Detik mengetik subjek bersaiz kecil ni, sememangnya satu kepuasan yang menyeronokan, entahlah kenapa begitu, tetapi bagi saya inilah sebenarnya seronoknya sebagai fotographer. Meskipun baru berkecimpung sebagai fotographer semenjak dari tahun 2006 tetapi saya tetap merasakan yang saya masih ketandusan ilmu lagi sebagai fotographer. Terkadang malu juga meminjam istilah fotographer ni, silap haribulan bikin malu company ja. Ya sememangnya begitu la lumrahnya, sebaiknya hasil kerja atau foto yang dihasilkan dapat menggambarkan hasil kerja seorang fotographer dan bukannya setakat fotografi. Mulanya pening juga memikirkan apa sebenarnya beza antara fotographer dan fotografi. Sekarang saya sudah mula memahami setelah hampir 5 tahun mengiatkan diri dengan dunia menyeronokannya ini. Namum begitu tak salah mencuba mengetik seberapa banyak pun yang kita suka dan nilaikan sendiri dengan membuat perbandingan dengan fotographer yang lain. Dalam ruangan kali ini saya berkongsi beberapa foto macro yang sempat saya selitkan  dengan rakan-rakan, follower blog saya dan sesiapa pun yang meminati dunia fotografi...maafkan saya andai ada yg perlu diperbetulkan...wslm


Foto sekitar majlis perkahwinan Angkasawan Negara. Semoga pasangan bahagia ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.Foto dipetik dari The Star Azman Ghani.

Pasangan bahagian Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad.


Dengan sekali lafaz, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos


Tersenyum lebar Dr Halina tampil anggun berwarna putih rekaan Putra dari butik Cosry.


"Giant Pumpkin"

Foto Rod Kirkpatrick


Menakjubkan begitulah uniknya Pumpkins yang berasal dari Lymington, Hampshire. Berat buah ini ialah 750 kg iaitu menyamai berat sebuah kereta mini seperti Perodua Kancil atau Perodua MYVI. Menurut kedua beradik yang mengusahakan ladang sayur dan buah-buahan ini iaitu Lan dan Stuart Paton setiap hari pertambahan berat pumpkins ini ialah sebanyak 13 kg. Dan ekoran dari itu saiz pumpkins yang besar ini telah direkodkan ke British and European Records.

Rule Of Third
Dalam dunia fotografi ada satu hal yang perlu diketahui oleh setiap penggemar foto, hal tersebut ialah “Rule of Thirds”. Ketika kita hendak mengambil gambar, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah objek apa yang hendak kita abadikan dalam potret kita. Justeru jika sekiranya objek tersebut telah ditentukan dengan jelas dan rapi, maka inilah yang dikatakan sebagai “Point of Interest”(POI). Hasil gambar kita tidak akan kaku, boring dan hambar. Sesiapa pun yang melihat hasil gambar kita mereka akan berkata-kata sekurang-kurangnya “ wow very nice” amazing shot” dan macam-macam la lagi. Hal ini berlaku kerana kita telah berjaya menarik perhatian  mata audien kearah satu tempat dalam gambar kita. Maka disitulah perpentingnya seni ROT yang dapat mempersembahkan POI. Selanjutnya lagi, apabila kita sudah tahu bagaimana sebenarnya hukum ROT ini membuatkan kita bertanya dalam hati “ dimana hendak letak subjek dalam gambar ini”?. “Adakah disebelah kiri, kanan, atas, tepi dan sebagainya yang menepati ROT.

Foto Mark Evans
Berdasarkan kepada gambarajah di atas dapatlah memudahkan kita untuk memahami garis imajiner yang membahagikan foto menjadi 9 bahagian. Oleh itu ketika kita hendak memotret, kita akan dapat membayangkan seolah-olah kita menarik garis dua vertical dan garis dua horizontal. Disinilah kita akan meletakan objek yang menjadi POI dalam gambar iaitu dengan meletakan objek disepanjang garis atau titik pertemuan antara dua garis(power point)
Foto matadornetwork.com

Macro Photography

Canon EOS400D, Tamron 90.0mm Lens,Manual Focus, f1/200, ISO100

Stunning Macro Photography...memang syok bunyinya tapi bidang photography ni memang agak mencabar, perlukan segala-galanya kemahiran, meskipun saya ni tak lah sehebat mana seperti photographer yang sudah pro dalam bidang ini, tetapi izinkan saya mempelajari teknik ni, dan inilah sebahagian hasil yang saya perolehi. Saya dapat pelajari dan cuba praktikan , antaranya kemestian mana-manapun photography sifat kesabaran adalah aspek penting dalam dunia macro. Jika gopoh dan gelojoh subjek akan berasa takut, terkejut dan semestinya angkat kaki, so rugilah tak dapat ambek apa-apa. Sebaliknya jika kita bersabar sedikit, lama kelamaan subjek akan berasa mesra dan tidak lagi menghiraukan kehadiran kita. Tips berguna untuk semua kaum photographer "jadilah seperti lebah yang menghisap madu pada bunga-bunga tetapi pandai mengenang jasa lalu tidak merosakan bunga itu walau sedikitpun"  . Saya amat menyukai dunia macro ni, diantara sebabnya dunia halus dan kecil akan menjadi dunia besar dan nampak jelas. Masa ni la kita akan berkata "wow", nice", "amazing", menakjubkan, uniknya", maha besar penciptaNya. Memang seronok menikmati keindahan dunia macro....sedikit ilmu untuk perkongsiaan...wslm

Canon EOS400D, Tamron 90.0mm Lens,Manual Focus, f1/200, ISO100

Kedua-dua foto ni saya ambek ketika outing ke Hot Spring, Poring Ranau. Selain memberi fokus kepada keseluruhan badan subjek, saya gemar melihat keunikan pada mata subjek, nice n cute. Berikut adalah link berguna untuk tatapan bersama bagi mereka yang berkecimpung dalam seni photography macro http://orionmystery.blogspot.com saya suka hasil karya beliau yang unik.


Pengasas rangkaian sosial popular Facebook MARK ZUCKERBERG memperkenalkan perkhdimatan baru iaitu memberikan pengguna lebih banyak kawalan maklumat. Yang istimewanta perkhidmatan terbaru itu membolehkan para pengguna memuat turun semua maklumat mereka di Facebook ke komputer peribadi.
Rangkaian sosial itu turut membenarkan 500 juta anggota Facebook untuk menempatkan rakan mereka dalam pelbagai kategori seperti keluarga, jiran, pekerjaan, pasukan sukan dan kolej.

PENGIKUT