Seni fotografi adalah halus, teliti, indah, cantik, mempersona dan mendatangkan kepuasan kepada penghasilnya dan audien yang menikmati hasil seni tersebut. Seni dalam fotografi mungkin mempunyai perbezaan dengan makna fotografi dalam seni. Untuk menjawabnya entalah bagaimana menurut perspektif masing-masing. Namum bagi saya fotografi itu adalah satu seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Entri kali ini bukanlah menyentuh secara panjang lebar berkenaan dengan tamsilan sebentar tadi tetapi bekongsikan Tips Sebelum Mempotret. Apakah tips yang harus menjadi pedoman kepada setiap fotografer sebelum melaksanakan tugasnya. Berikut beberapa tips yang berguna untukl diamalkan.

Subjek yang menarik
Cuba fikirkan tentang motif atau matlamat yang hendak disampaikan menerusi foto yang terhasil kelak. Dari itu kita akan tidak tersasar dari matlamat asal. Misalnya kita sedang berada dalam suasana khalayak ramai, jadi mungkin kita ingin mengambil candid sahaja. Tetapi harus diingat juga jangan terlalu banyak memasukan unsur-unsur di dalam foto kita, ini membuatkan foto tersebut berserabut dan tidak mempunyai nilai yang disebut sebagai Point of intrest(poi).

Foto 1
Point of intrest dalam foto ini, saya fikir terletak pada aksi jari telunjuk yang memberi makna tersirat.

Cahaya
Sebelum mempotret haruslah dititikberatkan soal sumber cahaya, arah cahaya, kekuatan cahaya tersebut dan bagaimana seseorang fotografer itu dapat menyesuaikan setting kameranya dengan situasi cahaya. Disinilah sebenarnya akan teruji kemampuan, kemahiran dan pengalaman seorang fotografer tersebut. Cahaya adalah sumber kekuatan dalam seni foto. Tanpa cahaya yang bagus, foto yang dimabil juga semestinya kurang bagus.

Kemahiran fotografer bermain cahaya berjaya menghasilkan foto yang amat menarik. Teknik ini dipanggil teknik silhoutte. Foto ini adalah hasil karya sahabat saya saudara Cayril.

Komposisi
Langkah terbaik sebelum membuat komposisi ialah dengan mengambil tahu hal berkenaan dengan faktor latar belakang. Latar belakang yang bersih, teratur dan tersusun adalah langkah penting untuk menghasilkan foto yang amat bagus. Jika anda baru sahaja menceburi dunia fotografi, maka wajarlah mempelajari terlebih dahulu berkaitan dengan rumus komposisi sebagai panduan, antaranya seperti rule of thirds, golden rasio, skala dan lain-lain.

 Foto 3
Foto ini bukan sahaja memberi fokus kuat kepada subjek utama tetapi juga kepada faktor background dan foreground. Dan dengan gabungan kompoisi tersebut hasil karya ini kelihatan menarik. Link pada foto ini
Sebagai peminat dunia fotografi, semestinya kita mempunyai sumber atau bahan untuk dijadikan rujukan dan inspirasi. Begitu juga halnya dengan saya yang turut meminati dunia seni yang mengkagumkan ini. Untuk itu sama ada secara terpaksa, paksa rela, sukarela, mahu tidak mahu saya akan pastikan beberapa koleksi majalah yang berkaitan dengan fotografi dimiliki secara bulanan. Jika majalah-majalah tersebut tidak diperolehi dan diterlah, ini membuatkan saya rasa tidak kena, rasa ketinggalan dan yang penting mungkin ilmu tidak up to date. Sebagai perkongsiaan bersama dengan membaca majalah-majalah fotografi ini, akan menambahkan lagi pengalaman, pemikiran di luar kotak, mendalami skill, membuat perbandingan style dan mengetahui kepelbagaian aksesori terkini. Tetapi mungkin kita menghadapi masalah dari segi harga majalah-majalah ini, terutamanya majalah fotografi yang bulat-bulat datangnya dari overseas, sudah pasti harganya mahal sehingga mencecah harga RM50, 60 dan 70. Tetapi kini mungkin kita punya pilihan apabila majalah-majalah fotografi atau yang berkaitan dengan kamera yang asalnya dari overseas telah di Malaysiakan dan harganya pun amat berbaloi-baloi. Berikut adalah beberapa koleksi majalah kamera yang menjadi koleksi bulanan saya.


Foto 1 Digital Camera Digital Magazine RM11.50(Sabah)


Foto 2 Digital SLR Photography  RM11.00(Sabah)

 Isu akan datang saya telah membuat review secara detail berkenaan kedua-dua majalah ini dan akan menemui rakan-rakan photography sekalian sebagai perkongsiaan bersama.
Mode High Dynamic Range atau lebih dikenali secara ringkasnya ialah HDR membawakan kita kepada aliran yang berlainan dari kebiasaan sebagaimana foto yang dihasilkan secara biasa. Bagi saya foto yang dihaslikan dengan mode HDR ini adalah satu style photography diluar kotak. Jika sebelum ini kita hanya menghasilkan foto dengan cara biasa sahaja, tetapi menerusi aliran HDR ini ada kelainan, kehangatan, keseronokan dan ketelitiannya. Saya adalah salah seorang photographer yang mengkagumi hasli karya sebegini, seperti mana yang dilakukan oleh aliran kuku besi dan Dave Hill. Karya mereka memang amat bagus, teliti dan bernilai tinggi. Namum harus diketahui bahawa aliran HDR ini sememangnya memenatkan, daripada peringkat mengambil gambar yang memerlukan ketelitian untuk menghasilkan pelbagai exposure photo sehinggalah ke proses editing. Untuk menguji semua kata-kata tersebut, saya mencuba berekspiremen dengan menghasilkan foto tersebut.

Foto 1 HDR

Aliran HDR ini memang berlainan dengan biasa, kerana proses editing pada foto memerlukan satu software yang boleh dikatakan khusus untuk editing HDR iaitu Photomatix. Namum begitu boleh juga menggunakan software photoshop. Berikut adalah contoh foto yang dihasilkan dengan mode HDR.

Foto 2 HDR

Foto 3 HDR

Setelah pihak Canon melancarkan model EOS 600D baru-baru ini, kini muncul pula model EOS 1100D yang nampaknya replacement kepada model sebelum ini iaitu EOS 1000D. Kepada beginner photographer, model ini amat sesuai kerana kamera ini merupakan model entry level DSLR. Model ini menggunakan sensor gambar bersaiz 12.2 MP APS-C CMOS  prosesor gambar DIGIC 4. Dari aspek penyediaan  sensetiviti ISO ialah 100-6400. Turut disediakan ialah fungsi LiveView, titik fokus ialah f/5.6 cross-type. Kamera EOS 1100D ini juga turut menyediakan pengalaman rakaman video dalam resolusi 720p 30fps. Hal ini mempunyai persamaan fungsinya dengan model hebat Canon sebelum ini iaitu DSLR EOS 60D.



Kini Canon muncul lagi dengan DSLR model terbaru iaitu T3i 600D yang baru sahaja dilancarkan pada 7 Febuari 2011 baru-baru ini. Sudah pastinya DSLR ini membawakan pembaharuan dan kelebihan berbanding kamera yang sebaris dengannya. Secara ringkas speksifikasi 600D ini ialah seperti yang berikut.


Max Resolution :  5184 X 3456
Low resolution :  5184 x 2912, 4608 x 3456,3456 x 3456, 3456 x 2304, 3456 x 1944, 3072 x 2304, 
                          2592 x 1728, 2592 x 1456, 2304 x 1728, 2304 x 2304, 1920 x 1280, 1920 x 1080, 
                          1728 x 1728, 1696 x 1280, 1280 x 1280, 720 x 480, 720 x 400, 640 x 480, 480 x 480
Effective Pixels : 18.0 million MP
Sensor size : 22.3 x 14.9 mm
Sensor type : CMOS


Bagi saya kamera ini memang cukup hebat dan memudahkan kita untuk mengambil foto dalam apa juga posisi. Secara umumnya model 600D ini adalah kelangsungan dari kesempurnaan yang ada pada model sebelum ini iaitu 60D yang mempunyai keupayaan LCD yang fleksible. Dari segi harga masih belum diketahui lagi dan berkemungkinan besar model ini masih belum di bawa masuk ke Malaysia. Bagi mereka yang ingin upgrade atau menambah koleksi kamera, model ini rasanya amat bersesuaian dengan anda.



Salam dan jumpa lagi kawan-kawan photographer, saudagar pengunjung budiman dan sahabat blogger yang saya hormati. Kali ini saya nak kongsikan cerita, info, stail, dan aliran yang lain dari yang lain. Tajuk pun sudah lain.."Aliran KukuBesi". Sedara empunya empayar kukubesi ini memang lain dari yang lain pembawaan dunia fotografinya. Dan saya secara terus terang memang suka aliran mereka. Hebat, amazing,awesome, fantastic and so sweet. Dari cara mereka berfikir pun sudah kira luar biasa hebat, ini pastinya menyentuh pasal objektif, motif atau dalam kamus fotografi ialah 'point of intrest'. Dari setiap pengamatan, penelitian dan renungan kepada hasil karya foto mereka. Saya terasa lega, kagum, hairan, dan bermonolog sendirian. Bagus betul dapat beguru dengan mereka ini. Jadi hang cangkulpun, hang cangkullah, yang penting dapat belajar.

Selain itu pada saya kukubesi cukup mantop dalam soal editing pada setiap hasil karya mereka. Sebagai seorang photographer kemahiran ini memang diperlukan. Jikalau tidak foto yang kita ambil seperti nasi tak berlauk. Kalau berlauk pun mungkin tidaklah sesedap orang lain merasainya. Olahan pada setiap foto memang membuka mata dan selera bagi sesiapapun yang menyaksikannya. Berikut ialah beberapa hasil foto empayar Kukubesi. Terima kasih Kukubesi kerana tidak saman saya selepas entri ini keluarkan. Keizinan dan restu amat diperlukan untuk menayangkan hasil foto sedara, yang hanyalah untuk perkongsiaan dengan rakan-rakan photographer untuk dipelajari.

Foto 1-Kukubesi

Foto 2-Kukubesi

Foto 3-Kukubesi

Foto 4-Kukubesi

Pautan Kukubesi

Kepada para penggemar dunia fotografi semestinya sentiasa mengikuti perkembangan dunia seni ini dari semasa ke semasa. Tujuannya ialah untuk melihat pelbagai keunikan, skill, stail, dan bagaimanakah yang dikatakan foto yang teramat menarik. Menerusi entri kali ini saya nak kongsikan info menarik kepada rakan-rakan results Digital Camera Photographer Of The Year 2010. Bagi saya bila melihat foto-foto yang memenangi pelbagai kategori tersebut, apa yang cuba hendak dipelajari ialah kepelbagaian teknik, kemahiran photographer, skill, komposisi dan semestinya point of intrest(poi) dalam foto mereka. Saksikanlah results yang menarik ini.

OVERALL WINNER- Jon Wright
Foto 1 'Exit Wave'

Overall Winner tahun 2010 ialah Jon Wright-Australia, yang telah menewaskan sejumlah 114,000 entries dengan menggunakan senjata berbisa beliau DSLR Canon 40D. Foto ini memang agak menarik, bukan senang nak ambil shoot macam ini, kena jadi underwater photographer. Kena pandai berenang satu kemestian. Jikalau keadaan air tidak berombak senanglah kerja kita, tetapi dalam konteks foto Jon Wright ini, saya fikir beliau memang turut sama masuk ke dalam air sebagai underwater photographer. Wow memang unik dan ada kelas foto ini, memang patutlah mendapat overall winner. Foto ini diambil di Durbanbah Beach berhampiran dengan Gold Coast City Australia. Tahniah Jon

PORTRAITS WINNER-Anna Bondar(Poland)
 Foto 2 Aldona,s History

WILDLIFE WINNER-Andiyan Lufti(Indonesia)
Foto 3 Ci Luk Baaaa

BRITAIN INSPIRED-Andrew Lever(UK)
Foto 4
 Man Utd Twins"A portrait of twin teenage boys standing on Bournemouth Beach"

TRAVEL WINNER-Kamarulzaman Russali (Malaysia)
Foto 5
"The moment a young boy jumps from a boat onto a little island"


ADRENALINE WINNER-Jon Wright (Australia)
Foto 6 Exit Wave
"This surfer on Australia's Gold Coast must choose to continue or bail."


FASHION WINNER-Joanna Kustra (UK)
Foto 7
"Inspired by paintings

DOCUMENTARY WINNER-Joakim Behrman (UK)
Foto 8 Scavenger in Jakarta
"Sifting through the mountains of trash at the Bantar Gebang landfill"

LANDSCAPE WINNER-Jeff Vyse (UK)
Foto 9 Roker Pier
"A shot I had planned for a while, just waiting on the right clouds and light"

Sumber keterangan lanjut dari http://www.photoradar.com/






Saya gemar membuat survey atau dalam bahasa mudahnya tengok-tengok dulu sebelum membeli sesuatu barang, benda, alat dan sebagainya. Kadang-kadang sehingga berminggu-minggu, berbulan-bulan dan ada juga sehingga bertahun. Entalah mengapa, tetapi yang pastinya mungkin type saya ini jenis yang berhati-hati sangat. Tetapi apapun terpulanglah kepada korang semua kan apa yang korang fikir. Untuk itu entri kali ini saya membawakan isu Product Information and Reviews kepada rakan-rakan sekalian. Kalau kita nak membeli Kamera, soalan pertama sekali terlintas di fikiran kita mestilah "apa kamera yang best ya"?, "jenama apa yang bagus ya"? dan banyak la lagi soalan demi soalan diajukan. Di bawah ini membariskan produk yang mendapat respon yang amat bagus dari kalangan para pengguna di beberapa buah negara serta beberapa keratan komen mereka. Marilah kita sama tengok dan jangan terkejut yaa..

Freak Rank


Kamera Digital

Foto 1
Rank 1 Nikon D3s
1 of 156 in Nikon
1 of 3331 in Digital Camera
Design 10/10
Value For Money 10/10
Features 10/10

The Nikon D3s Digital Camera Review
Steve Huff Photos
12 January 2010
  • Excerpt: Tweet Share Nikon D3s Real World Photo Review – Well, here I am again and this time it is to write my review about a camera that just a few short years ago I would have...

Kamera Flash

Foto 2
Rank 1 Canon Speedlite 270EX
1 of 16 in Canon Flash
1 of 130 in Camera Flashes

Reviews .Amazon

7 April 2010
  • Summary: I got this for my canon xsi and it works great. Very easy to use and install. The best part is the size of this flash. It easily fits on top of my camera in the lowepro...

Camera Lenses

Foto 3
Rank 1 Canon EF 135mm f/2L USM
1 of 125 in Canon
1 of 937 in Camera Lenses

REVIEW: Canon 135mm F/2 L USM

photodo
9 August 2008
  • Conclusion: A lens of this nature is a reasonably specialised piece of kit. It’s speed, both light gathering and focussing, make it ideal for indoor sport and event work. It also...
  • Pros: Fast and silent Autofocus, Simple operation...
  • Cons: Price...

Camera Tripods

Foto 4

Foto 5
Rank 1 Manfrotto 055XPROB 
1 of 95 in Manfrotto
1 of 495 in Camera Tripods

Expert Review

Photo answers
24 July 2009
  • Excerpt: The Manfrotto 055XPROB is a sturdy aluminium build, three-leg section tripod. Unlike many of its competitors it uses leg clasps rather than screw locks, which means it is...


Notes : sumber diperolehi dari http://www.testfreaks.com/


PENGIKUT