Kini Google+ telah membuka pendaftaran kepada semua yang berminat untuk mendaftar, setelah beberapa minggu memberi jemputan kepada individu tertentu.

Google+ kini telahpun mempunyai ahli seramai 10 juta sejak dari 16 hari dilancarkan. Ini merupakan satu rekod terbaik Google+ sejak dilancarkan. Dan kini setelah dibuka kepada semua, ini bermakna jumlah individu yang akan mendaftar kelak akan bertambah.

Google+ juga turut menaik taraf fungsi dan aplikasi G+ iaitu memperkenalkan permainan dalam talian dan fungsi carian secara terus melalui G+. Saya sudahpun mendaftar G+ kalian bagaimana pula.

Dari Sharif Putra



Kesempatan yang ada memberi peluang untuk mengabadikan nostalgia indah sempena Perbarisan Tamat Latihan Asas Polis 1/2011. Namum menjadi kekesalan saya apabila DSLR 60D saya tertinggal nun di kepulauan, namum hanya sekadar berpuas hati dengan hanya merakamkan pelbagai gerakan dan aksi dengan menggunakan G7 dan inilah beberapa hasilnya.





Mari kita mengenali ilmu asas dan cuba kenali DSLR kalian. Dengan mengenali setiap butang atau ikon yang terdapat pada kamera anda, ini sebenarnya banyak membantu dalam memahami fungsi kamera yang anda gunakan.

Dari Sharif Putra






Bila melihat banyak foto-foto yang dirakamkan oleh kalangan mereka yang hebat-hebat ini. Terfikir juga saya dibuatnya, tentang betapa indah, sempurna, elok dan cantiknya hasil rakaman mereka. Lantas juga saya memikirkannya, adakah saya juga berkemampuan untuk merakam suasana, subjek dan trajedi yang sama.

Kenapa saya sengaja mengajukan persoalan ini, sebabnya jika mungkin kita sama-sama merakam suasana, subjek dan trajedi tersebut, mungkin jika tidak amat bagus sekadar bagus, itupun sudah dikira ok. Jadi jangan ragui kemampuan diri kita. Bukan begitu rakan-rakan sekalian. Kita beranggapan kita tak mampu merakam imej seperti di atas, saya fikir kurang tepat, bagaimana pula jika kita turut sama di lokasi tersebut, saya yakin kita juga turut menghasilkan satu foto yang kita sendiri terkejut dengan hasilnya. Justeru sama-samalah kita menanamkan keyakinan pada kemampuan diri kita sebagai fotografer.

Untuk itu mari kita layan koleksi foto-foto yang saya petik dari kalangan fotografer hebat National Graphic.



Dari Sharif Putra

PENGIKUT