Kerap kali kita mellihat hasil karya foto yang pelbagai dan pastinya ada yang menarik dan ada yang membuatkan kita terdiam seketika dan menyatakan 'cantiknya foto ini'!.JUSTERU bagaimanakah yang dikatakan foto itu menarik selain mengikut peraturan atau rules dalam seni fotografi. Pada pengamatan saya lebih kurang begini, antara yang membuatkan foto itu menarik ialah.
- Foto yang menarik semestinya hasil dari kamera jenis DSLR atau kamera bersensor besar yang boleh ditukar-tukar lensanya. Ya semestinya hasil foto DSLR memang jauh lebih baik berbanding kamera jenis poket. Kamera poket mempunyai fungsi yang terhad berbanding dengan kamera jenis DSLR. Namum harus diingat juga faktor kemahiran dan skill juga turut memberi impak kepada keberhasilan foto yang menarik.
Foto Sharif Putra
- Foto yang menarik juga semestinya terhasil dari gabungan Flash, maksudnya ialah kamera yang built-in flash akan dapat menghasilkan foto yang lebih menarik. Dengan bantuan built-in flash kepelbagaian komposisi dan susun atur cahaya akan dapat ditentukan dan menghasilkan foto yang baik. Perlu diingat cahaya adalah amat mustahak dalam fotografi.
- Faktor lensa juga turut mempengaruhi menarik atau tidak foto itu. Mungkin foto yang diambil dengan menggunakan lens biasa itu menarik tetapi apabila dibuat perbandingan dengan hasil foto dari lens yang mempunyai nilai bukaan besar seperti f/1.4, f/1.8, dan f/2.8.
Foto: Rarindra Prakrasa
- Foto yang menarik juga terhasil ketika matahari terbit(golden hour) iaitu sekitar jam 6 pagi dan saat matahari terbenam. Gabungan dari fakta-fakta ini bolehlah diuji menurut kepakaran, kemahiran, kreativiti dan pemahaman masing-masing. Segala yang diutarakan ini merupakan hasil pengalaman dan pengamatan sendiri penulis.
Foto: Rarindra Prakrasa
2 ulasan:
Bagi saya, gambar yang menarik itu perlu lahir dari hati nurani kita...Maksudnya, juga bergantung kepada niat kita semasa mengambil gambar...Jika murni niat kita, gambar seharusnya juga murni. Kalau jahat niat kita, gambar juga harus jahat....
Tq sedara Mr Acil atas komen tersebut...sya turut bersetuju dng kenyataan sedara tu..setiap apa yg kita buat mestilah punyai niat begitulah juga sebagai fotographer.
Catat Ulasan