Assalamulaikum dan Salam Hormat semua. Apa khabar kalian, sebelumitu saya nak ucapkan selamat menyambut Pesta Kamataan kepada rakan-rakan yang meraiikannya "aramaiti kawan" tadau kamataan ti.
Berbalik kepada tajuk entri tadi, saya fikir peluang untuk bisnis fotografi di Sabah masih terbuka luas. Kenapa begitu berani saya berkata demikian, tentu ada sebabnya pertama, saya banyak terima cadangan malahan rungutan sekali betapa perlunya khdimat fotografer di Sabah diperlukan. Kalau kita tengok dalam aspek fotoweding memang cerah peluang untuk buat bisnis ini.
Kalau nak ambil foto kahwin terpaksa menggunakan kamera sendiri dan rasanya pengalaman dan kualiti imej tidaklah seberapa hebat jikalau dibandingkan hasil kerja fotografer. Jadi ini merupakan satu peluang bisnis di kalangan fotografer khususnya di Sabah untuk menawarkan khidmat secara profesional.
Namum tidaklah semudah yang disangka. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor atau cabaran harus ditempuhi oleh kalangan fotografer khususnya di Sabah ini. Antaranya keterbukaan minda masyarakat menerima perkhidmatan secara profesiona. Kadang-kadang ada segelintir pasangan kahwin tersebut merasakan dengan menggunakan khidmat fotografer secara profesional untuk merakam saat bahagia mereka agak mahal dan membebankan.
Selain itu memang tidak dinafikan para pelanggan tidak tahu dimana dan dengan siapa hendak berurusan. Maknanya kalau dalam konteks bisnis permintaan ada tetapi penawaran pula tiada serta sukar diperolehi. Bagi yang berada disekitar bandar besar seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan ini tidaklah menjadi masalah besar cuma call atau datang sendiri ke studio. Meskipun mereka terpaksa kena cekik agak berlebihan. Tetapi bagaimana bagi para pelanggan yang datangnya dari pekan-pekan kecil, kampung atau desa yang jauh dari bandar. Di sinilah peluang bisnis akan terbuka luas. Meskipun para pelanggan ini jauh di perkampungan tetapi wang ringgit mereka kadang-kadang membuatkan kita terkedu.
Sebenarnya masih banyak peluang bisnis untuk fotografer di Sabah ini. Apa yang penting kesungguhan, minat, kesabaran, usaha berterusan, bentuk kumpulan fotografer supaya dapat menjimatkan tenaga tetapi mampu mengilhamkan idea bernas dan bentuk hubungan dengan pelanggan dan anggota masyarakat. Secara terbuka penulis entri ini punyai planning jangka panjang untuk menceburi bisnis ini khususnya di Sabah. Setakat ini memang sudahpun bergerak namum faktor kengkangan tugasan utama membuatkan keterbatasan dalam berkarya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan