Salam hormat semua, nampaknya majalah Aperture keluaran jun sudah pun berada di pasaran. Rasanya ini merupakan versi ketiga memasuki pasaran. Meskipun baru tak sampai setahun berada dipasaran, majalah ini memang mempunyai peminatnya sendiri. Maklumlah sebagai fotografer rasanya tak seronok jika memandang, membelek-belek dan curi-curi baca sahaja di kedai buku.
Lagipun apa yang mustahak ialah mungkin gambar kalian tak diterbitkan lagi, tetapi cuba melihat, menilai, menikmati, komen dan sebagainya tentang artikel serta gambar-gambar yang ada.
Dengan cara sebegini, kalian akan bertambah matang, kreatif, dan berpengetahuan tentang dunia fotografi. Perlu diingat fotografi semestinya berbeza dari konsep fotografer. Sekian...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
3 ulasan:
wah.. dah ada di pasaran.. nak beli....
Isteri saya belikan buku ini.... ingatkan berbahasa Inggeris, tapi bila tengok betul2... eh, menariknya buku ni... Insya-Allah, I follow & beli setiap keluaran berikut! Banyak juga ilmu yang boleh digunakan terutama buat orang baru seperti saya...
Wazza: tq sama2 la kita sharing apa2 ilmu fotografi ya
Catat Ulasan