Joe MCnally
Assalamulaikum dan Salam Hormat rakan-rakan yang budiman, para geng-geng fotografer yang cool dan para peminat seni fotografi semua.Kali ini sengaja saya nak ingatkan diri saya dan rasanya nak juga berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Orang kata ilmu itu kalau disebar-sebarkan ianya akan semakin bertambah banyak. Fokus cerita kali ini ialah apakah rahsia untuk menjadi fotografer yang hebat.
Saya telah mencari info, membaca, memahami dan meneliti apakah rahsia kekuatan pada hasil karya Joe MCnally. Siapa yang tidak mengenali beliau yang merupakan antara 30 Most Influential Photographers of the decade. Dengan hasil-hasil karya beliau yang menjadi penghias buka depan Majalah National Geographic yang juga merupakan majalah bergambar terbaik di dunia.
Dasyat betul bunyinya bila terbaca tentang profail Joe MCnally ini, bukanya mudah mendapat status photograpers seperti yang beliau perolehi tersebut. Ianya memerlukan lebih banyak pengamatan, penelitian, kesungguhan, ketabahan dan minat yang mendalam. Demikian sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau untuk prasyarat menjadi fotografer yang hebat.
Rahsia beliau untuk menjadi seorang fotografer yang hebat ialah bermula dengan keupayaan untuk mengekalkan minat yang amat mendalam terhadap dunia fotografi. Pada beliau untuk menjadi yang terbaik perlu ada minat dan bukan setakat itu sahaja tetapi juga harus mengekalkan minat tersebut sehinggalah menjadi hebat. Jika anda hanya sekadar minat seketika atau bermusim serta terikut-ikut dengan kawan-kawan, itu bukanlah seorang fotografer yang hebat dan ini bukan tempatnya.
Seterusnya saranan beliau ialah dengan minat yang mendalam cuba kembangkan minat tersebut dengan rajin belajar dan mempraktikan pelbagai idea yang ada. Idea yang selalu diasah dengan kesungguhan pasti akan menghasilkan satu karya yang cukup hebat.
Usaha yang berterusan ini juga membolehkan anda untuk mencipta nama anda sendiri dengan mengikuti pelbagai peraduan, pertandingan, contest dan sebagainya. Dengan cara ini anda sebenarnya telah menguji diri anda sendiri, setakat mana keupayaan dan keberhasilan idea yang anda terjemahkan menerusi foto-foto anda. Jika foto anda terpilih sebagai pemenang ini merupakan petanda pintu kejayaan telah terbuka untuk anda. Dan ini merupakan jalan ke arah menjadi seorang fotografer yang hebat nanti.
Kesimpulannya menurut beliau jika anda sudahpun menterjemahkan kesemua ramuan seperti yang disebutkan sebelum ini. Anda sebenarnya sudah berada dalam kelompok yang dinamakan 'keunggulan visual'. Jadi apa yang perlu anda lakukan diperingkat awal ialah tanamkan rasa minat anda secara mendalam, jangan bersikap acuh tak acuh hanya hangat seketika sahaja...seni adalah subjektif di mata hati kita'......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
2 ulasan:
nice sharing
Tq saja kongsi ilmu yg ada..
Catat Ulasan