Keterbatasan untuk membeli perisian Photoshop(mestilah ori kan) yang agak mahal membuatkan para jurufoto mencari pelbagai perisian lain untuk membuat editing pada foto masing-masing. Berikut ialah beberapa perisian penyuntingan yang boleh didapati secara percuma.
1. GIMP for Windows
http://www.gimp.org/windows/
Ia digelar sebagai photoshop percuma yang mempunyai antaramuka dan ciri seperti photoshop.
2. Serif Photo Plus
http://www.freeserifsoftware.com/
Mempunyai fungsi penyuntingan teks, pemotongan imej dan pemetaan imej.
3. Pixia
http://park18.wakwak.com/~pixia/
Mempunyai fungsi tips berus, penggunaan lapisan(layer), masking, perkakasan lukisan vektor dan bitmap, warna dan tona.
Selamat mencuba...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Memaparkan catatan dengan label Kongsi Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kongsi Ilmu. Papar semua catatan
19 Jun 2011
Laman Fotografi Digital
Sebagai penggemar kepada dunia kamera dan fotografi, saya gemar melihat, mengamati dan meninjau-ninjau beberapa laman kamera dan fotografi sebagai penambah ilmu. Berikut adalah beberapa laman yang kerap saya kunjungi.
http://www.dpreview.com/
Memberi ulasan kamera digital terkini
http://www.photo.net/
Laman ini dimiliki oleh Philip Greenspun. Memaparkan banyak foto-foto terbaik seluruh dunia.
http://www.steves-digicams.com/
Laman ini pula dimiliki oleh Steves Sanders, seorang jurufoto profesional dan turut memberikan ulasan terkini berkaitan kamera.
http://www.imaging-resource.com/
Laman ini berkisarkan kepada berita kamera digital.
http://www.whatdigitalcamera.com/
Merupakan majalah bulanan fotografi digital yang ternama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
25 Mei 2011
Peluang Bisnis Fotografi Di Sabah
Assalamulaikum dan Salam Hormat semua. Apa khabar kalian, sebelumitu saya nak ucapkan selamat menyambut Pesta Kamataan kepada rakan-rakan yang meraiikannya "aramaiti kawan" tadau kamataan ti.
Berbalik kepada tajuk entri tadi, saya fikir peluang untuk bisnis fotografi di Sabah masih terbuka luas. Kenapa begitu berani saya berkata demikian, tentu ada sebabnya pertama, saya banyak terima cadangan malahan rungutan sekali betapa perlunya khdimat fotografer di Sabah diperlukan. Kalau kita tengok dalam aspek fotoweding memang cerah peluang untuk buat bisnis ini.
Kalau nak ambil foto kahwin terpaksa menggunakan kamera sendiri dan rasanya pengalaman dan kualiti imej tidaklah seberapa hebat jikalau dibandingkan hasil kerja fotografer. Jadi ini merupakan satu peluang bisnis di kalangan fotografer khususnya di Sabah untuk menawarkan khidmat secara profesional.
Namum tidaklah semudah yang disangka. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor atau cabaran harus ditempuhi oleh kalangan fotografer khususnya di Sabah ini. Antaranya keterbukaan minda masyarakat menerima perkhidmatan secara profesiona. Kadang-kadang ada segelintir pasangan kahwin tersebut merasakan dengan menggunakan khidmat fotografer secara profesional untuk merakam saat bahagia mereka agak mahal dan membebankan.
Selain itu memang tidak dinafikan para pelanggan tidak tahu dimana dan dengan siapa hendak berurusan. Maknanya kalau dalam konteks bisnis permintaan ada tetapi penawaran pula tiada serta sukar diperolehi. Bagi yang berada disekitar bandar besar seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan ini tidaklah menjadi masalah besar cuma call atau datang sendiri ke studio. Meskipun mereka terpaksa kena cekik agak berlebihan. Tetapi bagaimana bagi para pelanggan yang datangnya dari pekan-pekan kecil, kampung atau desa yang jauh dari bandar. Di sinilah peluang bisnis akan terbuka luas. Meskipun para pelanggan ini jauh di perkampungan tetapi wang ringgit mereka kadang-kadang membuatkan kita terkedu.
Sebenarnya masih banyak peluang bisnis untuk fotografer di Sabah ini. Apa yang penting kesungguhan, minat, kesabaran, usaha berterusan, bentuk kumpulan fotografer supaya dapat menjimatkan tenaga tetapi mampu mengilhamkan idea bernas dan bentuk hubungan dengan pelanggan dan anggota masyarakat. Secara terbuka penulis entri ini punyai planning jangka panjang untuk menceburi bisnis ini khususnya di Sabah. Setakat ini memang sudahpun bergerak namum faktor kengkangan tugasan utama membuatkan keterbatasan dalam berkarya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
20 Mei 2011
Reflektor Sumber Cahaya Unik
Sebagai fotogafer seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan sumber cahaya dalam sesebuah penghasilan foto mereka. Cahaya adalah satu perkara yang amat penting dalam merakam imej yang bagus. Tanpa cahaya yang baik, imej yang dirakam kurang menarik, suram, bosan, tiada kelainan dan sebagainya. Jadi cuba pelajari tentang sumber cahaya yang boleh membantu anda dalam merakam imej.
Sebagai bahan pelajaran dan seterusnya praktikal, cubalah di rumah anda. Sama ada indoor ataupun outdoor. Sebagai contoh cuba sensetif dan amati persekitaran dalam rumah anda. Saya percaya ada banyak sumber yang berguna boleh dijadikan sebagai sumber cahaya yang kreatif.
Antaranya ialah permukaan dinding yang berwarna keputihan akan menghasilkan pantulan cahaya yang lembut dan setara. Selain itu sofa, meja, langsir dan pintu juga mungkin berguna untuk dijadikan sumber pemantul cahaya. Cara ini nampak pelik tetapi pasti anda akan rasai perubahan pada imej yang anda rakam. Cara ini juga sebenarnya membezakan diri anda dari fotografer lain yang tidak peka terhadap reflektor semulajadi ini.
Selain itu anda boleh juga menggunakan kertas putih bersaiz besar seperti kad manila dan kertas majong. Kertas ini secara tidak langsung akan memantulkan cahaya lembut dan seimbang pada subjek yang dirakam. Cuba anda buat latihan ini dengan menjadikan anak, adik, emak, isteri atau suami sebagai model. Susun atur komposisinya dengan berdiri di sisi tingkap dan perhatikan dari arah mana sumber cahaya seperti matahari, kemudian gunakan reflektor kertas putih itu tadi. Saya yakin hasilnya memang menakjubkan. Meskipun begitu berhati-hati dengan sumber cahaya utama anda, reflektor sebenarnya bergantung penuh pada sumber cahaya utama. Selamat mencuba....arigato..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
11 Mei 2011
Kunci(Lock) Fokus Pada Subjek
Kebanyakan dari fotografer yang baru berkecimpung dalam dunia fotografi merakam imej pada sesuatu subjek contohnya foto manusia, mereka lumrahnya meletakan subjek di tengah-tengah frame. Mengapa hal ini berlaku, antara alasan yang mungkin diberikan ialah kunci(lock) fokus kamera hanya tertumpu di bahagian tengah sahaja. Justeru imej subjek betul-betul berada di tengah-tengah frame foto. Cara ini bukannya tak bagus, sememangnya bagus, tetapi bagi saya kurang menarik dan cool.
Foto kelihatan menarik apabila fotografer berjaya meletakan sedikit subjek di bahagian tepi frame foto. Dengan cara ini subjek kelihatan amat menarik dan menawan. Cara ini mungkin perlu dipelajari secara mendalam dan praktis menerusi Rule of third supaya membantu anda memperkemaskan susun atur subjek di dalam frame foto anda.
Persoalannya bagaimana hendak mengunci atau lock fokus kamera anda supaya imej yang dirakam terfokus dan sharp. Begini caranya kawan-kawan.
1. Letakan subjek anda di tengah dan tekan separuh butang ' shutter' kamera.
2. Cuba arahkan atau heret lensa anda perlahan-lahan ke arah sipi sedikit atau menurut kemahuan anda bagaimana(butang 'shutter' masih ditekan dan jangan dilepaskan)
3. Seterusnya tekan terus butang 'shutter' kamera anda untuk merakam gambar.
Pesanan...cuba praktikan teknik ini di rumah, gunakan subjek seperti cawan, toys, replika atau untuk lebih seronok lagi jadikan anak atau isteri/ suami jadi model.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
02 September 2010
Senarai Barangan/Produk Israel & USA
Siri 1 Syarikat Phillip Morris
Syarikat multinasional dan amat berpengaruh di seluruh dunia. Mempunyai pengikut yang agak ramai serta boleh dikatakan memberikan sumbangan atau melabur pada syarikat ini setiap hari. Untuk renungan bersama mari kita lihat senarai produk buatan Israel dan sekutu kuatnya iaitu Amerika Syarikat. Produk mereka ialah seperti rokok jenama Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, dan Prince. Justeru adakah kita salah seorang daripada pelabur seperti yang saya katakan pada awal tadi. Siapa yang tidak kenal dengan kejahatan serta kekejaman Israel.
01 September 2010
Hasil Karya Dari Seberang-Rarindra Prakrasa
Saya minat cara penyampaian(ekspresi) yang diterjemahkan dalam foto ini. Pada pendapat saya ada beberapa unsur point of intrest dalam foto ini. Kanak-kanak yang keriangan ketawa, suasana alam persekitaran yang berkabus dan lighting yang mengasyikan.
Saudara Rarindra sememangnya hebat mengekspresikan sesuatu, seolah-olah alam berkata-kata
Proses editing memang amat bagus, terutamanya pada sudut side lithing effect
Foto ini adalah foto saya sendiri dengan mengaplikasikan ilmu yang cetek ini tidaklah sehebat mana fotographer yang lain.
Foto ini pun menarik pada hemat saya. Seorang ibu yang sedang menyembur racun serangga perosak. Situasi ini berlaku di saat golden time.Foto adalah milik rakan saya saudara Nuarji(Nikon D300)
24 Ogos 2010
Ibu bapa budiman
Suatu Renungan Untuk Para Ibu Bapa Budiman
“Jika solat bersama anak sebaliknya anak akan dirikan solat kerana itulah corak yang di terimanya.
Dalam mendidik anak-anak menjadi insan seperti yang kita inginkan bukannya semudah yang kita jangkakan dan tidak mustahil juga untuk kita mengjangkakan menjadi terbaik seperti yang disangkakan. Siapa tau berkat kesabaran dan ketekunan kita mendidik dan membimbing dari sejak kecil lagi, akhirnya kita melahirkan seorang insan yang bermoral tinggi, punya akhlak yang mulia dan boleh dibanggangkan. Namum semua itu akan hanya tercapai jika sekiranya setiap ibu bapa mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang jitu dalam mendidik anak-anak mereka. Justeru itu marilah kita berkongsi setiap bait ungkapan tersebut sebagai renungan bersama. Moga-moga kita akan faham tamsilannya dan mengamalkan yang terbaik.
“Anak bagaikan kain putih, maka Ibu bapalah yang mencorakkannya”
“Jika marah anak sebaliknya anak akan belajar jadi pemarah kerana itulah corak yang di terimanya.
“Jika sayang anak sebaliknya anak belajar jadi penyayang kerana itulah corak yang di terimanya.
“Jika pukul anak sebaliknya anak belajar jadi pemukul kerana itulah corak yang di terimanya.
“Jika sabar dengan anak sebaliknya anak akan jadi penyabar kerana itulah corak yang di terimanya.
“Jika maki anak sebaliknya anak akan jadi pemaki kerana itulah corak yang di terimanya,
Panduan Pemilikan Rumah
Oleh Shatra
Setiap daripada kita sudah pastinya mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Memiliki rumah kediaman adalah merupakan pelaburan yang besar dan memerlukan kita berfikir secara bijak, kompleks, dan tepat. Justru itu adalah perlu untuk mengetahui informasi panduan untuk meiliki rumah. Menerusi artikel ini bagi mereka yang telah membuat perancangan untuk memiliki rumah dapatlah memerkukuhkan ilmu pengetahuan mereka dengan mengikuti 5 langkah.
1. Membuat pengiraan kos rumah yang dikehendaki
Adalah perlu para pembeli rumah mengetahui jumlah kos rumah yang mereka kehendaki supaya mereka mudah membuat perancangan kewangan. Selalunya para pembeli rumah akan membuat peruntukan pembelian rumah yang mempunyai kos 5- 6 kali jumlah pendapatan tahunan mereka. Contohnya pembeli rumah yang berpendapatan sejumlah RM42,000 setahun berkemampuan membeli rumah yang mempunyai kos dalam anggaran RM210,000 – RM250,000. Selain itu para pembeli juga harus mengetahui tentang beberapa kos lagi berkaitan dengan pembelian nanti. Antara kos awal yang diperlukan ialah.
I. Yuran Tempahan
Kos ini dibayar setelah pembeli telah membuat keputusan untuk benar-benar membeli rumah atau hartanah. Biasanya 10% bayaran tempahan akan dibayar terlebih dahulu daripada harga rumah atau hartanah. Jumlah 10% ini mungkin berbeza mengikut tawaran promosi oleh pihak pemaju. Justru kepada pembeli dinasihatkan berbincang dengan pihak pemaju tentang jumlah bayaran tempahan awal ini. Tetapi mengikut pengalaman penulis yang telah membuat urusan pembelian 2 unit rumah di sekitar Kota Kinabalu jumlah bayaran awal untuk tempahan ini sememangnya 10% daripada harga rumah tersebut.
II. Duti Setem
Hal ini juga perlu diketahui oleh para pembeli iaitu tentang bayaran duti setem, berapa jumlahnya dan bagaimana urusan pembarayan. Bayaran duti setem ini adalah untuk membiayai kos guaman untuk proses dokumen-dokumen tentang pembelian rumah. Jumlah duti setem adalah berdasarkan kepada harga pembelian ataupun pasaran semasa hartanah.
III. Yuran Guaman
Yuran ini dikenakan untuk urusan penyediaan dan perlaksanaan dokumen pembelian rumah atau hartanah yang anda buat. Selalunya institusi kewangan telah menentukan senarai panel guaman untuk menguruskan segala dokumen perumahan anda. Pemilihan peguam sendiri adalah tidak digalakan, hal ini kerana anda hendaklah berbincang dengan institusi kewangan yang membiayai segala urusan pembelian rumah anda.
IV. Yuran Pemprosesan
Yuran ini tidak akan dikembalikan oleh pihak institusi kewangan. Berikut adalah contoh kadar bayaran yuran pemprosesan oleh Maybank RM50 untuk jumlah pinjaman sehingga 30,000, RM100 untuk jumlah pinjaman RM 30,001 – RM100,000 dan RM200 untuk jumlah pinjaman RM100,000 dan lebih.
V. Yuran Penilaian
Bersambung.......
Langgan:
Catatan (Atom)