Rule Of Third
Dalam dunia fotografi ada satu hal yang perlu diketahui oleh setiap penggemar foto, hal tersebut ialah “Rule of Thirds”. Ketika kita hendak mengambil gambar, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah objek apa yang hendak kita abadikan dalam potret kita. Justeru jika sekiranya objek tersebut telah ditentukan dengan jelas dan rapi, maka inilah yang dikatakan sebagai “Point of Interest”(POI). Hasil gambar kita tidak akan kaku, boring dan hambar. Sesiapa pun yang melihat hasil gambar kita mereka akan berkata-kata sekurang-kurangnya “ wow very nice” amazing shot” dan macam-macam la lagi. Hal ini berlaku kerana kita telah berjaya menarik perhatian mata audien kearah satu tempat dalam gambar kita. Maka disitulah perpentingnya seni ROT yang dapat mempersembahkan POI. Selanjutnya lagi, apabila kita sudah tahu bagaimana sebenarnya hukum ROT ini membuatkan kita bertanya dalam hati “ dimana hendak letak subjek dalam gambar ini”?. “Adakah disebelah kiri, kanan, atas, tepi dan sebagainya yang menepati ROT.
Foto Mark Evans
Berdasarkan kepada gambarajah di atas dapatlah memudahkan kita untuk memahami garis imajiner yang membahagikan foto menjadi 9 bahagian. Oleh itu ketika kita hendak memotret, kita akan dapat membayangkan seolah-olah kita menarik garis dua vertical dan garis dua horizontal. Disinilah kita akan meletakan objek yang menjadi POI dalam gambar iaitu dengan meletakan objek disepanjang garis atau titik pertemuan antara dua garis(power point)
Foto matadornetwork.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan