Post info

Label:


Comments 4


Author: Sharif Putra

Saat mencuba sesuatu yang baru, pelbagai angan-angan dan idea muncul. Tapi tetap tak lupa pada yang lama yang banyak mengajar dan mendewasakan diri, terima kasih taat setia diberikan. Cerita ini bukan berkaitan dengan hal cinta, kasih, kasihan tetapi Gear lama 400D yang setia membanting dan dibanting selama ini, usahanya banyak memberi keseronokan dan kebanggan. Kini muncul sahabat baru 60D memang seronok dan memadai untuk memahatkan bahan sejarah, cerita, krenah dan tingkah kita...Pasal melalut dan mencarut tak tinggal dalam menghiasi bahan cerita, maafkan saya melalut tapi bukan mencarut ya..Ruangan ini diberi kesempatan menjelajah satu lokasi baru di Bumi Sabah khususnya di Bandar Kota Kinabalu. Mesti ramai di kalangan rakan-rakan tak perasan tempat ini. Dan saya sendiri pun baru perasan dan bila sudah perasan apa lagi cabut pergi tempat ini. Tempat yang saya maksudkan ialah Kasih Sayang Resort & SPA yang berada tinggi di atas bukit berhampiran dengan pekan Inanam dan Menggatal. Cantik sungguh tempat tersebut, cuma tidak berpeluang lagi untuk menyaksikan suasana sunset dan malam. Next time saya akan potretkan juga...

Paparan Outing Kasih Sayang Resort...

Pandangan depan

Selamat Datang

View Bandaraya Kota Kinabalu

Spesis Flora n Fauna





Jadi bagi mereka yang hendak merehatkan minda dan merasai keseronokan waktu malam melihat pemandangan bandaraya Kota Kinabalu boleh berkunjung ke tempat ini. Bagi para penggemar foto pula, semestinya destinasi ini akan dimasukan dalam senarai outing sedar-sedara sekalian. Kalau tak jeles nanti dengan kawan-kawan he..he..untuk keterangan lanjut bolehlah layari website mereka ni..www.kasihsayang.com.my

4 ulasan:


PENGIKUT