Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

06 Julai 2011

Google Buat Penjenamaan Baru Untuk Blogger & Picasa

Berikutan pengenalan kepada Google+ pada minggu lepas, kini pihak Google membuat beberapa perubahan lagi dengan membuat penjenamaan(rebrand) semula terhadap dua produk terlaris mereka iaitu Blogger dan Picasa. Blogger akan diubah namanya kepada Google Blog manakala Picasa pula akan berubah nama kepada Google Photo. Rasanya disebalik rebrand blogger dan picasa ini pastinya pihak Google menawarkan kepada ciri-ciri fungsi yang lebih menarik.

Namum dari bahan info yang diberikan perubahan ini hanya akan berlaku dalam jangkamasa dua bulan dari sekarang.

04 Julai 2011

Google Plus Bakal Mengantikan Facebook


Google Plus bakal gantikan Facebook yang ketika ini mendominasi rangkaian sosial keseleruhannya. Google+ adalah lebih baik daripada Google Maps, Google Buzz, Google Wave dan Gmail. Malahan kekuatan yang ada pada Google+ ini adalah merupakan rangkuman dari semua di atas.

Terdapat beberapa ciri utama yang di tawarkan oleh Google+ ini, antaranya ialah seperti berikut;

1. Circles
Membolehkan membuat senarai mengikut kehendak sendiri seperti keluarga, rakan, pejabat, bisnis dan sebagainya.

2. Sparks
Para pengguna boleh memilih minat, hobi atau aktiviti kegemaran mereka untuk bersosial di Google+

3. Hangouts
Para pengguna boleh berhubung menerusi video atau webcam.

4. Mobile
Google+ boleh diakses menerusi mobile, yang kini menjadi trend untuk bersosial di internet.

5. Huddle
Boleh buat temujanji dalam kumpulan ramai, tentukan masa, waktu, tempat dan aktiviti. Ini merupakan satu ciri yang mustahak dan popular.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

29 Jun 2011

Waktu Smartphone Kerap Digunakan




Masa bilakah smartphone digunakan oleh seluruh penggunannya. Waktu awal pagi, tengahari, petang atau waktu malam. Fakta ini saya fikir menarik juga untuk di ketahui oleh kalian dan khususnya bagi rakan-rakan blogger. Kenapa blogger harus tahu tentang fakta ini. Dari tinjauan yang di buat pengguna smartphone semakin bertambah ramai dan ini menunjukan bahawa kecenderungan menggunakan Mobile Browser semakin popular.

Pelayar internet masa kini semakin menggemari mobile browser untuk melayari web dan blog kegemaran mereka setiap hari. Ini merupakan petanda amat bagus kepada blogger-blogger untuk menaikan traffik ke blog masing-masing. Namum begitu perkara yang harus tuan blog lakukan ialah dengan membuat sedikit setting pada blog masing-masing, agar blog kalian kelihatan seperti mobile browser yang mudah diakses menerusi smartphone.

Balik kepada tajuk waktu paling popular penggunaan smartphone dari sumber Ericsson ConsumerLab, mendapati bahawa waktu lewat petang adalah tahap tertinggi penggunaan smartphone, diikuti pada waktu malam dan seterusnya pada waktu tengahari. Melihat kepada fenomena ini memang jelaslah bahawa para pengguna smartphone amat gemar melayari internet pada waktu tersebut seperti Facebook, Twitter,Myspace dan sebagainya.

Nantikan entri akan datang "Apa Seronoknya Menggunakan Smartphone".....



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 Jun 2011

Antivirus Terbaik 2011

Setiap hari ada sahaja virus baru dikesan menerusi medan internet, hal ini memang memeningkan kepala. Mana tidak, jikalau PC atau gadjet kesayangan kita yang sarat dengan perisian ,koleksi foto menarik,serta dokumen yang penting hilang begitu sahaja, gara-gara terkena virus. Justeru sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang serangan virus, perisian antivirus yang terbaik seharusnya menjadi pilihan kita. Tetapi pastikan yang ori serta semestinya berbayar.

Berikut ialah senarai Antivirus Terbaik 2011 jika sekiranya kalian ingin membuat survey apakah perisian antivirus yang terbaik setakat ini.


1. Bitdefender Antivirus Pro 2011
2. Kaspersky Antivirus 2011
3. Norton Antivirus 2011
4. ESET NOD32 Titanium Antivirus
5. Trend Micro Titanium Antivirus
6. McAffee Antivirus Plus 2011
7. Panda Antivirus Pro 2011
8. Avast Pro Antivirus
9. Avira
10. Spyware Doctor With Antivirus 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 Februari 2011

TOP PRODUCT INFORMATION AND REVIEWS

Saya gemar membuat survey atau dalam bahasa mudahnya tengok-tengok dulu sebelum membeli sesuatu barang, benda, alat dan sebagainya. Kadang-kadang sehingga berminggu-minggu, berbulan-bulan dan ada juga sehingga bertahun. Entalah mengapa, tetapi yang pastinya mungkin type saya ini jenis yang berhati-hati sangat. Tetapi apapun terpulanglah kepada korang semua kan apa yang korang fikir. Untuk itu entri kali ini saya membawakan isu Product Information and Reviews kepada rakan-rakan sekalian. Kalau kita nak membeli Kamera, soalan pertama sekali terlintas di fikiran kita mestilah "apa kamera yang best ya"?, "jenama apa yang bagus ya"? dan banyak la lagi soalan demi soalan diajukan. Di bawah ini membariskan produk yang mendapat respon yang amat bagus dari kalangan para pengguna di beberapa buah negara serta beberapa keratan komen mereka. Marilah kita sama tengok dan jangan terkejut yaa..

Freak Rank


Kamera Digital

Foto 1
Rank 1 Nikon D3s
1 of 156 in Nikon
1 of 3331 in Digital Camera
Design 10/10
Value For Money 10/10
Features 10/10

The Nikon D3s Digital Camera Review
Steve Huff Photos
12 January 2010
  • Excerpt: Tweet Share Nikon D3s Real World Photo Review – Well, here I am again and this time it is to write my review about a camera that just a few short years ago I would have...

Kamera Flash

Foto 2
Rank 1 Canon Speedlite 270EX
1 of 16 in Canon Flash
1 of 130 in Camera Flashes

Reviews .Amazon

7 April 2010
  • Summary: I got this for my canon xsi and it works great. Very easy to use and install. The best part is the size of this flash. It easily fits on top of my camera in the lowepro...

Camera Lenses

Foto 3
Rank 1 Canon EF 135mm f/2L USM
1 of 125 in Canon
1 of 937 in Camera Lenses

REVIEW: Canon 135mm F/2 L USM

photodo
9 August 2008
  • Conclusion: A lens of this nature is a reasonably specialised piece of kit. It’s speed, both light gathering and focussing, make it ideal for indoor sport and event work. It also...
  • Pros: Fast and silent Autofocus, Simple operation...
  • Cons: Price...

Camera Tripods

Foto 4

Foto 5
Rank 1 Manfrotto 055XPROB 
1 of 95 in Manfrotto
1 of 495 in Camera Tripods

Expert Review

Photo answers
24 July 2009
  • Excerpt: The Manfrotto 055XPROB is a sturdy aluminium build, three-leg section tripod. Unlike many of its competitors it uses leg clasps rather than screw locks, which means it is...


Notes : sumber diperolehi dari http://www.testfreaks.com/


08 Oktober 2010

Facebook dilengkapi dengan perkhidmatan terbaru


Pengasas rangkaian sosial popular Facebook MARK ZUCKERBERG memperkenalkan perkhdimatan baru iaitu memberikan pengguna lebih banyak kawalan maklumat. Yang istimewanta perkhidmatan terbaru itu membolehkan para pengguna memuat turun semua maklumat mereka di Facebook ke komputer peribadi.
Rangkaian sosial itu turut membenarkan 500 juta anggota Facebook untuk menempatkan rakan mereka dalam pelbagai kategori seperti keluarga, jiran, pekerjaan, pasukan sukan dan kolej.

27 September 2010

Uzi Tactical Pen

Pen berfungsi sebagai Spy




Lumrahnya pen digunakan sebagai alat untuk mencatat, menulis atau melakar sesuatu dalam apa juga tempat dan sebagainya. Namum teknologi masa kini telah merubah situasi dan fungsi pen. Daripada tugasnya hanya untuk menulis tetapi kini pen telah beralih tugas baru iaitu sebagai Uzi Tactical Pen atau spy. Mempunyai kamera fungsi sebagai perakam video dan audio berukuran 154 x 14mm dan mudah untuk anda menyimpan atau sisipkan di celah-celah buku atau poket. Ruang kapasiti memori pen Uzi ini ialah 2GB hingga 4GB dan mudahlah anda memulakan tugas sebagai spy seperti dalam filem James Bond".

24 September 2010

Apple iPhone 4



Kini bagi para peminat Apple IPhone 4 boleh bernafas lega apabila pihak telco Maxis dan Digi telah membuat pelancaran pada pakej harga serendah RM58 selepas rebat RM5 untuk auto-billing. Pihak Digi menawarkan rebat sebanyak RM100 untuk sebarang telefon bimbit yang dibawa oleh para pelanggannya ke lokasi carnival Digi yang dibuat.iPhone 4 mula dijual pada 24 September 2010 ini di 45 cawangan seluruh negara. Berikut ialah senarai pakej harga yang ditawarkan oleh pihak telco Digi.




23 Ogos 2010

Model Terbaru Blackberry Bold

Baru-baru ini pihak RIM telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu BlackBerry Bold 9700. Model ini merupakan model yang dinanti-nantikan oleh segenap peminat BB. Menerusi gajet model terbaru BB ini terdapat perubahan baru telah dilakukan antaranya ialah pada aspek peningkatan memori, dan yang paling menyeronokan lagi ialah peningkatan prosessor dan juga kamera. Bold 9700 juga semestinya menawarkan reka bentuk yang amat mempersona kepada para peminatnya.






Berikut adalah fakta ringkas mengenai BB model terbaru , BlackBerry Bold 9700 ,kamera 3.2-MegaPixel dengan keupayaan auoto-fokus, processor baru dengan kelajuan 624MHz, dan juga memori dalaman sebanyak 256 Mb, mempunyai sokongan WiFi, dan Bluetooth. Bold 9700 menggunakan sistem OS 5.0, yang mana diguna-pakai pada Storm 2. Baru-baru ni sempat jugalah saya pergi membelek-belek, mencuba, melihat dan memeriksa BlackBerry Bold 9700 ni, memang menarik, ringkas, padat dan paling syok setiap individu yang menggunakanya semacam ada power lah he2..saya tengah try la ni



Dari segi harga memang berpatutan seiring dengan teknologi yang dibawakan oleh gajet ni..Harga sekitar RM1799.00(area KK la)