23 Oktober 2010

Membiarkan kaki digigit ikan

Awalnya memang seram juga bila dengar membiarkan kaki digigit ikan. Mesti dalam kepala korang semua, habislah kaki tu di makan ikan pirana. Ya dalam dunia ni spesis ikan piranalah yang paling kejam dan brutal. Ikan ini sekelip mata saja boleh membuatkan mangsanya menjadi tulang dan bangkai. Memang seram, tapi cerita ni bukanlah berkaitan dengan ikan pirana tapi ikan yang terdapat di sungai  Moroli Kg Luanti Baru Ranau. Pernah suatu ketika saya terlihat dokumentari berkenaan di "Majalah 3" memaparkan keindahan dan keseronokan ikan-ikan ini membaham kaki setiap pengunjung. Jadi rasa terpanggil jugalah untuk berkunjung ke tempat ni untuk mengabadikan kenakalan ikan-ikan ini di ruangan diary foto saya.

Selamat Datang

Pengunjung kecil yang berani dan kegeliaan bila kakinya digigit oleh ikan-ikan itu..seronoknya

Pengunjung hanya hidangkan kaki untuk digigit oleh ikan ini. Best juga bila kaki raba dan digigit ikan.

Lokasi menarik ini tidak berapa jauh dari pekan Ranau, hanya kira-kira 15Km perjalanan menuju arah jalan Sandakan. Yuran masuk ke tempat ini ialah RM5 seorang dan banyak kemudahan disediakan seperti tempat makan, rehat dan bagi sesiapa yang lagi berani boleh mandi sekali dengan ikan tersebut dan cuba tadahkan telinga untuk digigit oleh ikan.

Ikan sedang mengigit jari-jari kaki ha..ha..geli

Mandi boleh tapi memancing tak boleh


Tetapi yang pastinya kehadiran saya ke tempat ini bukan sahaja tertumpu pada sang ikan tersebut, namum yang pastinya saya teringin sangat mengambil foto keindahan flora dan fauna temoat ni.



6 ulasan:

Asri Alam berkata...

tajuk macam kisah ikan phirana bos

Lyn Rashid berkata...

"mandi boleh memancing x boleh"???
iya ka???
na..bolehla merambat kan..huhu

putrasharif@gmail.com berkata...

ha..ha..ala-ala ikan pirana la ni..tp bikin teriak ja, ndak jg sakit

putrasharif@gmail.com berkata...

Tq Lyn..merambat pun ndak bole tu..mau mlm ndak org nampak kah2..

Nurr_Rahmah berkata...

salam..
wah best juga tempat ni..tapi gelinya tu kaki digigit ikan hehe. cantik kawasan sekitarnya..
p/s: pic kecil, x puas nak tgk :).

putrasharif@gmail.com berkata...

Tq Nurr Kasih..mmg best tempat ni, byk lg komposisi shooting belum dieksploitasikan, insyla coming soon la..