Post info

Label: ,


Comments 1


Author: Sharif Putra


Macro Photography

Canon EOS400D, Tamron 90.0mm Lens,Manual Focus, f1/200, ISO100

Stunning Macro Photography...memang syok bunyinya tapi bidang photography ni memang agak mencabar, perlukan segala-galanya kemahiran, meskipun saya ni tak lah sehebat mana seperti photographer yang sudah pro dalam bidang ini, tetapi izinkan saya mempelajari teknik ni, dan inilah sebahagian hasil yang saya perolehi. Saya dapat pelajari dan cuba praktikan , antaranya kemestian mana-manapun photography sifat kesabaran adalah aspek penting dalam dunia macro. Jika gopoh dan gelojoh subjek akan berasa takut, terkejut dan semestinya angkat kaki, so rugilah tak dapat ambek apa-apa. Sebaliknya jika kita bersabar sedikit, lama kelamaan subjek akan berasa mesra dan tidak lagi menghiraukan kehadiran kita. Tips berguna untuk semua kaum photographer "jadilah seperti lebah yang menghisap madu pada bunga-bunga tetapi pandai mengenang jasa lalu tidak merosakan bunga itu walau sedikitpun"  . Saya amat menyukai dunia macro ni, diantara sebabnya dunia halus dan kecil akan menjadi dunia besar dan nampak jelas. Masa ni la kita akan berkata "wow", nice", "amazing", menakjubkan, uniknya", maha besar penciptaNya. Memang seronok menikmati keindahan dunia macro....sedikit ilmu untuk perkongsiaan...wslm

Canon EOS400D, Tamron 90.0mm Lens,Manual Focus, f1/200, ISO100

Kedua-dua foto ni saya ambek ketika outing ke Hot Spring, Poring Ranau. Selain memberi fokus kepada keseluruhan badan subjek, saya gemar melihat keunikan pada mata subjek, nice n cute. Berikut adalah link berguna untuk tatapan bersama bagi mereka yang berkecimpung dalam seni photography macro http://orionmystery.blogspot.com saya suka hasil karya beliau yang unik.

1 ulasan:


PENGIKUT