25 Oktober 2010

Amazing "Penyu menjadi batu"

Pada mulanya saya kurang yakin juga dengan buah mulut orang dengan cerita "penyu menjadi batu " ni. Mustahil penyu menjadi batu. Tetapi cerita ini semakin panas kedengaran dan menjadi bahan cerita setiap hari. Akhirnya saya mengambil keputusan dengan mengunjungi tempat yang dimaksudkan. Tempat beradanya penyu menjadi batu tersebut ialah terletaknya di sebuah kampung terpencil iaitu Kg Babagu daerah Beluran-Sabah. Perjalanan rombongan kami ke tempat ini dengan menaiki bot seramai 5 orang. Dan apa yang diceritakan sebelum ini ternyata benar belaka. Persoalannya bagaimana cengkerang penyu ini menjadi batu. Mungkin juga oleh kerana faktor cuaca atau terawet sendirinya, entahlah apa jawabnya.

Bersama Pakcik tuan yang empunya Penyu

Menurut pakcik yang empunya cengkerang penyu ini, dia menemuinya tersangkut dipukatnya ketika keluar memukat di Teluk Semangat. Memang unik dan menakjubkan kejadian ini. Setelah berbual-bual panjang dengan pakcik tersebut , saya mengambil kesempatan untuk mengambil seberapa banyak foto dari segenap sudut, bukannya apa benda pelik perlu banyak foto dari pelbagai sudut barulah kira puas hati.

Seorang rakan yang turut dalam rombongan saya

Sudut depan, cengkerang ini masih kelihatan kukuh

Sudut belakang, berat juga cengkerang penyu ni

Sudut atas, masih cantik dan unik cengkerang ini

Perjalanan ke tempat ini tidak semudah disangkakan. Untuk ke tempat ini hendaklah bermula dari Kg Kanibongan, Pitas dengan menaiki bot selama kira-kira 2 jam dan jika bernasib baik perjalanan tersebut akan disajikan dengan pemandangan buaya yang sedang berehat di tepi-tepi bakau. Ketika sesi perbualan dengan pakcik tersebut, saya cuba bergurau dengan beliau untuk membeli cengkerang tersebut tetapi beliau enggan menjualnya sebaliknya beliau lebih rela menyimpan objek tersebut sebagai koleksi simpanannya. Apapun hajat mencari kebenaran telah tercapai lalu dikongsikan bersama dengan semua rakan-rakan blogger dan penggunjung blog saya. Wallahuallam...

Tiada ulasan: