Kedamaian desa Bakapit, Lahad Datu
Ketekunan dan kesabaran akhirnya membuahkan hasil walaupun tak seberapa, namum bagi saya inilah hasil karya seni terbaik yang pernah saya potretkan. Berbanding dengan saudagar-saudagar foto seperti bapak Rarindra Prakrasa, Angah Permandi, dan banyak lagi yang seangkatan dengannya. Mereka ini sememangnya hebat dan kebanyakan daripada hasil potret mereka penuh dengan keindahan dan nilai tambah dalam seninya. Wah kalaulah dapat berjumpa dengan mereka ini secara bersemuka, pasti mereka akan dihujani dengan soalan yang berkarung-karung. Tapi tak mengapalah sekadar mendapat nasihat dan pandang dari mereka ni pun sudah memadai untuk memantopkan diri dalam dunia seni hebat ini.
Harapan Si Penoreh, Kg Tamisan-Kota Marudu
Lokasi potret ini sebenarya saya sempat abadikan ketika aktiviti jalan-jalan bersama kalangan penoreh getah di desa Tamisan. Tempat ini tidaklah hebat sangat tetapi dari cerita yang boleh disahkan di desa ini juga telah lahir beberapa orang fotographer yang berbakat. Terima kasih kepada mereka yang membantu aktiviti penggambaran ini.
Kalau rezeki tak akan kemana, Tanjung Dumpil-Putatan
Keasyikan si anak-anak bermain 'buih'
Nota pemberitahuan jika sekiranya ada sebarang dikusi dan saranan terutama dikalangan sahabat baik follower blog saya berkenaan dengan foto-foto saya, amatlah dialu-alukan, al-maklumlah budak baru belajar.
4 ulasan:
salam...
wah beautiful shot. mmg hot! bila la dpt shoot mcm ni. keep it up. sama2 berusaha he.
bos, bila lagi merayau di laut bos? ujung minggu lepak tepi laut likas bos
My karya foto sedari Nur lg power..nanti saya bedah siasat lg blog kamu ya..
Ya bosku.Sasa..slu jg aku p shooting pantai area kk ni, terkini pantai Beringgis, cantik tmpt tu
Catat Ulasan