Outing ke Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary memang agak menyeronokan, memuaskan dan mengasyikan. Sudah lama kiranya ku pendam-pendam untuk mempotretkan sendiri sedara kita di sana. Selama ini asyik tengok foto orang lain, termasuklah yang ada dimuka depan postcard, calender dan penanda buku. Namum pada outing kali ini barulah saya berasa seronok kerana saya sendiri akan mempotretkan si Orang Belanda' atau dalam bahasa sukarnya "Proboscis Monkey" ke dalam pelbagai versi.
Perjalanan ke tempat ini memakan masa selama hampir 6 jam jikalau destinasi bermula dari Kota Kinabalu, Tetapi jikalau bermula dari Sandakan hanya kira-kira 30-40 minit. Jalanraya ke tempat ini juga boleh dikatakan baik. Tiket masuk untuk local ialah RM15 dan RM10 untuk mereka yang membawa kamera atau video cam.
Penerokaan pertama saya semestinya ke Platform A. Seperti yang kita tengok sendiri pada time table tersebut kita kena berada awal sebelum jam 9. Hal ini kerana dikhuatiri akan ketinggalan pelbagai aksi yang jarang kelihatan iaitu sesi pemberian makanan. Boleh dikatakan agak ramai juga kaum-kaum fotographer ketika itu, ada pelbagai mimik muka, ada yang bermata biru, coklat, sepet dan bulat ja ha..ha..maaf melalut..Tapi itu tak menjadi masalah bagi saya..ringkasnya aku tak peduli, yang penting saya dapat merakamkan setiap aksi si kacak tu.
Foto ini menarik bagi saya kerana ketika itu pelbagai aksi berlaku, antaranya perebutan makanan dan persaingan sesama spesis ini untuk mendapatkan makanan oleh si tuannya. Tapi yang selalu menangnya ialah si dominan la, ataupun ketua dalam kumpulan dominan ini, yang lain pandai juga ambek curi-curi, lucu juga menyaksikan kenakalan spesis ini. Berikut ialah beberapa koleksi yang sempat saya ambek untuk tatapan dan perkongsiaan bersama sadara mara follow blog saya, rakan-rakan FB,Multyplay,Flickr,Group Photographer saya Mr Nuarji-Kota Marudu(Nikon D300), Bro Sharif Asri-Tenom(Canon 1000D), Tyco Yusril-Sarawak(Canon 40D).
Silverred Leaf Monkey
Proboscis Monkey
Leader Proboscis Monkey
Silverred Leaf Monkey
Demikianlah beberapa hasil yang tak seberapa ketika sesi outing saya ke Labuk Bay-Sandakan yang lepas. Seperti biasa saya amat mengalu-alukan sebarang teguran membina supaya dapat diri ini memperbaikinya pada sesi akan datang...Untuk info bagi mereka yang berminat berkunjung ke tempat ini boleh meninjau-ninjau catatan ini. Link www.proboscis.cc
Phone:(6) 089 672177,674880
Mobile:019 8534098
Fax:(6) 089 672136
Email:labukbay@proboscis.cc
4 ulasan:
semat la bos, bila mau pigi sini lagi?
myb on dec ni..sbb lum puas hati x sempat ambek foto si hornbill n si memerang
mau angkat teropong dulu ni baru ngam ke situ
ha2..kumpul2 lu pulus..cukup bedal la..compre Tamron, Tokina atau sigma
Catat Ulasan