Mengabadikan view pada waktu malam sememang ada seronoknya. Cuma kadang-kadang menyeramkan, menakutkan dan kadang-kadang boleh mengundang bahaya. Mana tidaknya pergi ambek gambar kadang-kadang keseorangan, bukanya tak mahu pergi berteman, cuma payah sedikit jika berteman, sebabnya kehendak dan selera adalah berbeza. Jadi ambil keputusan biarlah pergi seorang diri supaya semua kehendak dipenuhi oleh diri sendiri. Dalam ruangan kali ini saya ingin berkongsikan ilmu yang sedikit ini bersama kalangan rakan-rakan follow yang saya hormati sekalian. Foto kali ini saya ambek ketika outing ke Sandakan iaitu di Bandar Indah. Foto ini tak lah hebat sangat cuma apa yang saya hendak kongsikan ialah beberapa variasi dalam mengambil foto antaranya ialah slow motion dan bulb. Untuk mendapatkan hasil foto seperti ini saya telah menggunakan tripod dan remote control, tujuannya supaya mengurangkan gegaran ketika mengetik.
Bulb Lighting
Dan semestinya saya mengambil seberapa banyak gambar agar dapat menghasilkan pelbagai effect lighting dan komposisi. Bagi rakan-rakan yang jauh lebih berpengalaman, saya mohon agar diberi tunjuk ajar lagi, al maklumlah banyak lagi yang kurang jelas
2 ulasan:
my wish list is dapatkan kamera dslr..heheh coming soon..
bleh tak bg idea sikit..mana yg best nak beli..?
Antara Canon or Nikon ja..tp 4 buat pilihanada beberapa tips i nak share 1.Majoriti kwn2 pakai brand apa, klu canon myb byk leh share teknik,info dsb, 2. Tengok mana yg kt mesra pakai, maksudnya da biasa pakai la, klu Nikon so teruskan la..ilmu tinggal upgrade ja..tp mcm sya minat Brand Canon..da try pakai G7,400D,40D n wow...60D..
Catat Ulasan