Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan dan pengunjung yang dihormati sekalian. Kali ini entri saya bukanlah berkaitan dengan dunia fotografi, namum entri ini punya kaitan update blog kita tanpa perlu menggunakan laptop, pc, netbook atau tablet. Tetapi apa yang hanya kita perlukan ialah telefon bimbit. Nampak mudah dan ringkas. Kita boleh update atau menulis entri baru ke dalam blog kita meskipun kita sedang outstation, sedang menunggu bas, dalam perjalanan jauh atau dalam toilet sekalipun. Yang mustahak ialah terdapatnya liputan daripada telco sedara dan sedari. Pengalaman saya setelah berkecimpung ke dunia blog ini, saya terfikir bagaimana blogger-blogger otai dapat update blog mereka dengan pantas, sehinggakan setiap minit dan jam, blog mereka tetap diupdate. Setelah membuat research kini barulah saya tahu bagaimana mereka, update blog dengan sepantas begitu. Maka itulah saya ingin kongsikan ilmu baru saya ini dengan follower dan para pengunjung blog saya, agar sama-sama memperolehi manfaat dari perkongsiaan ilmu ini. Baiklah bagaimana caranya.
- Log in ke Blogspot, dan aktifkan emel blog anda di bahagian Settings > Email & Mobile. Emel ini adalah rahsia, jangan kongsikan dengan orang lain.
- Hantarkan SMS
BLOG REG [label] [emel blogger]
ke 32728. Anda boleh berikan apa sahaja nama bagi ruangan [label]. Contoh SMS:BLOG REG myblog khairul.34243@blogger.com
- Setelah pendaftaran berjaya, satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.
- Hantar SMS
BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog]
ke 32728. Contoh SMS:BLOG myblog Cubaan # Ini cubaan update blog terus guna SMS.
- Setelah entri berjaya diterbitkan satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.
- Hantar SMS
BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog]
ke 32728. Contoh SMS:BLOG myblog Cubaan # Ini cubaan update blog terus guna SMS.
- Setelah entri berjaya diterbitkan satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.
Sumber & Ilustrasi http://www.sembangkomputer.com/
3 ulasan:
ada caj bayaran ka bos?
setakat saya cuba x pula kena caj..tp lg best try la dulu
boleh mms tak? kalau sms tak boleh post gamabr la
Catat Ulasan