Salam dan jumpa lagi kawan-kawan photographer, saudagar pengunjung budiman dan sahabat blogger yang saya hormati. Kali ini saya nak kongsikan cerita, info, stail, dan aliran yang lain dari yang lain. Tajuk pun sudah lain.."Aliran KukuBesi". Sedara empunya empayar kukubesi ini memang lain dari yang lain pembawaan dunia fotografinya. Dan saya secara terus terang memang suka aliran mereka. Hebat, amazing,awesome, fantastic and so sweet. Dari cara mereka berfikir pun sudah kira luar biasa hebat, ini pastinya menyentuh pasal objektif, motif atau dalam kamus fotografi ialah 'point of intrest'. Dari setiap pengamatan, penelitian dan renungan kepada hasil karya foto mereka. Saya terasa lega, kagum, hairan, dan bermonolog sendirian. Bagus betul dapat beguru dengan mereka ini. Jadi hang cangkulpun, hang cangkullah, yang penting dapat belajar.
Selain itu pada saya kukubesi cukup mantop dalam soal editing pada setiap hasil karya mereka. Sebagai seorang photographer kemahiran ini memang diperlukan. Jikalau tidak foto yang kita ambil seperti nasi tak berlauk. Kalau berlauk pun mungkin tidaklah sesedap orang lain merasainya. Olahan pada setiap foto memang membuka mata dan selera bagi sesiapapun yang menyaksikannya. Berikut ialah beberapa hasil foto empayar Kukubesi. Terima kasih Kukubesi kerana tidak saman saya selepas entri ini keluarkan. Keizinan dan restu amat diperlukan untuk menayangkan hasil foto sedara, yang hanyalah untuk perkongsiaan dengan rakan-rakan photographer untuk dipelajari.
Foto 1-Kukubesi
Foto 2-Kukubesi
Foto 3-Kukubesi
Foto 4-Kukubesi
Pautan Kukubesi
2 ulasan:
mistik
Tq..sya suka oldig skillnya tu
Catat Ulasan