Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Kalian. Dunia Tablet kian menyengat, demikianlah judul entri kali ini yang menyimpang sedikit dari fokus blog saya ini. Tapi bila difikirkan memang ada kaitannya juga dengan dunia fotografi. Apa tidaknya menerusi kemudahan tablet ini, kerja-kerja update, respon, pertanyaan, kemuskilan dan sebagainya berkenaan dengan blog, akan dapat dijalankan dengan pantas, cepat dan boleh dilakukan dimana-mana jua. Meskipun sedang pergi melancong, memancing, outing fotografi dan sebagainya. Perkara utama yang menarik perhatian saya ialah dari segi performance bateri pada tablet yang agak bagus berbanding, laptop dan netbook. Mari kita lihat teknologi yang tengah hot ini, mari kita tinjau-tinjau mana tau ada keuntungannya pada diri kita atau sebagainya.
Tablet dari keluaran samsung ini sudah pun berada di pasaran sebelum ini iaitu samsung galaxy tab 1, yang menawarkan kepelbagaian keistimewaan. Namum pihak samsung tidak hanya berpuas hati dengan keluaran siri 1 tersebut dan akhirnya membuat siri pembaharuan kepada yang terkini iaitu galaxy 2 yang nampak lebih cool. Membawakan keluasan skrin 10.1-inch, menggunakan platform Android Honeycomb, kamera 8MP untuk panggilan video berserta menyokong rakaman video dalam bentuk HD.
Foto 1 Samsung Galaxy Tab 2
Foto 2
Foto 3
Apa pula keistimewaannya tablet keluaran samsung pada siri pengenalan ini pada saya sebagai blogger kepada 3 blog saya http://akushatra.blogspot.com/, http://citrazaman.blogspot.com/ dan yang satu lagi blog tempat kerja saya. Di ini sedikit ringkasan keistimewaan yang saya alami apabila menggunakan tablet ini entahlah pula pada rakan-rakan blogger yang lain apa kelebihannya.
- Mudah update blog walau di mana juga selagi ada coverage telco, tidak kiralah bila-bila, meskipun saya sedang memancing di tengah lautan.
- Cepat, pantas dan selangkah ke hadapan dari yang biasa pernah saya lalui, Saya punya peluang untuk mendapat informasi dari web atau blog yang lain berkenaan pelbagai perkara dan semestinya dunia fotografi.
- Ketahanan bateri sehingga 8-10 jam. Betapa hebat tablet ini berbanding laptop yang lagi berat, ketahanan bateri hanyalah 2-3 jam sahaja.
- Mudah untuk saya bawa walau kemana juga. Setiap kali saya outstation antara barang-barang dan peralatan menjadi teman ialah 3 biji kamera(kalau rajin bawa 3 sekali), sebiji phone Nokia N96, sebiji Blackberry 9780(senang baca email update blog rakan-rakan), laptop acer(dulu) dan terkini Tablet pula(maaf bukan niat menunjuk-nunjuk).
Demikianlah beberapa perkongsiaan cerita dan pengalaman yang saya lalui sebagai blogger yang biasa-biasa ini. Ampun maaf bukan niat nak menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi informasi dengan rakan-rakan, supaya lebih bermotivasi, bertenaga, bersemangat dan yang lebih utama ialah apa juga kerja yang kita lakukan haruslah dimulai dengan rasa seronok supaya hasilnya kelak amat menyeronokan. Cuba dapat kerja yang menyampah, hasilnya pun akan menyampah betul tidak....
4 ulasan:
info harga bos? itu yg paling penting tu yg jadi tanda tanya
sudah tag utk join contest photo bos
http://akujerit.blogspot.com/2011/03/my-life-photo-contest-1.html
Utk Sasa bila muncul model terbaru..maka model lama akan turun plak..jd ipad 1 sekitar 1R-1700, Ipad 2 plak myb around 1800-2600, Galaxy Tab 1 mc mahal tunggu Tab 2 muncul pasti harga akan turun
backlink seo optimisation backlink service backlink builder
Catat Ulasan