Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

30 Mac 2011

Blogging Guna SMS

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan dan pengunjung yang dihormati sekalian. Kali ini entri saya bukanlah berkaitan dengan dunia fotografi, namum entri ini punya kaitan update blog kita tanpa perlu menggunakan laptop, pc, netbook atau tablet. Tetapi apa yang hanya kita perlukan ialah telefon bimbit. Nampak mudah dan ringkas. Kita boleh update atau menulis entri baru ke dalam blog kita meskipun kita sedang outstation, sedang menunggu bas, dalam perjalanan jauh atau dalam toilet sekalipun. Yang mustahak ialah terdapatnya liputan daripada telco sedara dan sedari. Pengalaman saya setelah berkecimpung ke dunia blog ini, saya terfikir bagaimana blogger-blogger otai dapat update blog mereka dengan pantas, sehinggakan setiap minit dan jam, blog mereka tetap diupdate. Setelah membuat research kini barulah saya tahu bagaimana mereka, update blog dengan sepantas begitu. Maka itulah saya ingin kongsikan ilmu baru saya ini dengan follower dan  para pengunjung blog saya, agar sama-sama memperolehi manfaat dari perkongsiaan ilmu ini. Baiklah bagaimana caranya.

  1. Log in ke Blogspot, dan aktifkan emel blog anda di bahagian Settings > Email & Mobile. Emel ini adalah rahsia, jangan kongsikan dengan orang lain.
    blogspot-sms-01
  2. Hantarkan SMS BLOG REG [label] [emel blogger] ke 32728. Anda boleh berikan apa sahaja nama bagi ruangan [label]. Contoh SMS:
    BLOG REG myblog khairul.34243@blogger.com 
  3. Setelah pendaftaran berjaya, satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.
Update Blog Guna SMS
  1. Hantar SMS BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog] ke 32728. Contoh SMS:
    BLOG myblog Cubaan # Ini cubaan update blog terus guna SMS.
  2. Setelah entri berjaya diterbitkan satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.
Update Blog Guna SMS
  1. Hantar SMS BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog] ke 32728. Contoh SMS:
    BLOG myblog Cubaan # Ini cubaan update blog terus guna SMS.
  2. Setelah entri berjaya diterbitkan satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.

Sumber & Ilustrasi http://www.sembangkomputer.com/

07 September 2010

World Woman Military

Serbia


USA

Israel

Iran

Algeria

Austria

Bahrain

Brazil

China

Finland

India

Indonesia

Japan

Mexico

Norway

South Korea

Taiwan

Ukraine

01 September 2010

Rumah Menteri & VIP Sabah

Rumah Tun Sakaran Dandai

Rumah Hj Mohd Yusof Abdal

Rumah Tan Sri Bernard Dompok

Rumah Datuk Salleh Tun Said

Rumah Datuk Osu Sukam

Rumah Datuk Hj Sapawi Ahmad

Rumah Datuk Japlin

Rumah Hj Ramli Marhaban

27 Ogos 2010

Amazing "tokek"


Menakjubkan spesis hidupan yang diberi nama "tokek" beratnya mencecah angka 19kg. Hidupan ini telah berjaya dirakamkan di salah sebuah tempat di Lahad Datu Sabah.

Manakala gambar spesis hidupan di bawah ini pula ialah merupakan spesis balat ataupun dipanggil sebagai Timun laut. Spesis ini semakin pupus dan hanya boleh didapati di pantai timur Sabah. Dari segi fakta perubatan spesis ini dikatakan amat mendatangkan banyak khasiat terutamanya dikalangan masyarakat Cina

"Balat"(Timun Laut)


Saiz 15cm

25 Ogos 2010

CUEPACS terima kasih kepada kerajaan atas bantuan khas kewangan

2010/08/25
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan membabitkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan. "Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. - Bernama