18 Mac 2011

Kukubesi Manipulasi

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Kesibukan dengan aktiviti harian membuatkan saya terkejar-kejar untuk membuat entri terbaru menerusi blog pertamaa saya ini. Kehadiran blog kedua saya yang baru di lancarkan pada seawal bulan febuari membuatkan saya bertambah sibuk. Tapi itu semua tidak mengapa, yang penting ada rasa minat yang mendalam sebagai blogger yang dapat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk dikongsikan. Untuk kali ini saya teringin membuat entri kedua pasal aliran kukubesi ini, yang mana sebelum ini saya telahpun membuat huraian sedikit tentang fotografer yang sedang mencipta nama di persada antarabangsa ini. Bagi sesiapa yang sudah mengenali beliau tidaklah sukar sangat untuk mengenalinya, tetapi bagi yang baru mengetahui nama beliau, silakanlah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa yang sedang panas diperkatakan di sana sini.





Peranan Kukubesi menerusi filem HMM ini amatlah penuh bermakna. Ini adalah sebagai tanda penghormatan yang tinggi kepada beliau oleh pihak KRU Studio untuk membuat cover filem HMM. Terus terang saya katakan apabila melihat kepada cover filem HMM pada awalnya, saya amat tertarik, sungguh menakjubkan, bagaimana foto sebegitu cantik di hasilkan. Dan soalan penting yang bermain-main di kepala ini, siapakah photographer yang sebegitu hebat menghasilkan cover foto HMM ini. Setahu saya penghasilan foto-foto yang empunya aliran seperti ini, datangnya dari negara seberang iaitu Indonesi seperti saudara Rarindra Prakrasa ataupun photographer sehebat Dave Hill.


Dato' Rahim Razali sebagai Taji

 Namum segala sangkaan saya telah meleset, apabila saya membuat research di internet, saya amat terkejut. Cover HMM yang saya kagumi sebelum ini, rupa-rupanya di hasilkan oleh saudara Kukubesi yang saya kagumi selama ini. Tahniah saudara sememangnya cover filem HMM yang dihasilkan itu amat indah dan menarik sekali. Bagi mereka yang belum menyaksikan filem ini di pawagam, silakanlah menonton, anda pasti akan rasa kelainan dalam penghasilan filem melayu lain dari yang lain. Saya sudah menyaksikannya dan anda bagaimana pula....Nantikan kupasan seterusnya mengenai foto HMM siri akan datang.

Aksi Merong Mahawangsa


2 ulasan:

Cinoi berkata...

NOt bad la cun poster diaaa....

putrasharif@gmail.com berkata...

Tq cinoi komen awak tu, sya mmg kagum cara dia editing