29 Mac 2011

Sumo Paint. Website online paling 'Superb' untuk Image Editor




What is sumopaint.com?
sumopaint.com is a thriving online art community of over a 15 million unique users and over 300 000 registered members from over 220 countries. The primary purpose of the community is to create, share, remix, explore, comment, rate and fave the artwork of its members. Sumopaint.com hosts the internet's most versatile painting / photo manipulation application called the Sumo Paint.

Sumopaint.com ialah sebuah web komuniti dilaksanakan secara  online. Dengan cara online web ini dapat membantu pengguna mencipta, berkongsi, menjelajah dan berkreatif menerusi aplikasi foto seakan Photoshop. Apa yang anda perlukan cuma Flash player untuk menggunakan aplikasi online ini.

Apabila anda mendaftar dengan Sumo Paint, ianya memberi kelebihan untuk anda menyimpan dan menyambung semula suntingan foto atau lukisan foto yang sedang anda lakukan. Ia juga membolehkan anda menggunakan lebih banyak ciri, tools dan servis. Sekiranya anda tidak mahu mendaftar sekalipun, ia tidak menjadi masalah kerana tools yang disediakan sudah cukup untuk anda berkreatif dengan foto digital anda.

Apabila anda klik pada butang Open Sumo Paint, window baru akan terpapar, di mana anda boleh memulakan kerja-kerja kreatif tanpa had. Antara tool yang disediakan seperti Filter efek 3D, Blur, Distort, efek cahaya, Stylize dan banyak lagi. Hanya klik dan ia dilakukan secara automatik. Seperti mana Photoshop, Sumo Paint turut menyediakan Swatches, fungsi Layers dan tentunya peralatan suntingan penting lain. Gambar yang dihasilkan juga boleh dimuat turun terus ke hard drive anda.

Selain itu, anda boleh melihat dan memuat turun imej yang dihasilkan pengguna lain di Sumo Paint atau mungkin anda sendiri ingin berkongsi imej yang anda hasilkan di Sumo Paint dan menerima komen terhadapnya. Ia turut dikelaskan mengikut kategori terbaharu, kegemaran dan undian terbanyak. Sumo Community juga turut membolehkan anda bersosial dengan pengguna lain.


2 ulasan:

beaty berkata...

wah macam best saja ni..mau try la

putrasharif@gmail.com berkata...

Beaty tq ya..sya sudah try pakai just ok la, tp PS tetap d hati